Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Thursday, March 31, 2011

Puisi untuk Ibu


Buat Ibu Tersayang :

Ibu,

Kaulah yang bertakhta dihatiku,
Kaulah segala-galanya bagiku,
Kaulah insan yang bertarung dengan nyawa demi melahirkanku.

Ibu,

Kaulah insan yang tak pernah mengenal erti penat dan lelah,
Insan yg tak pernah mengeluh walau terpaksa bersusah payah,

Ibu,

Kaulah insan yang menghabiskan seluruh hidupmu untukku.

Waktu Pagi dan petangmu waktu jaga dan tidurmu,
Semuanya hanya untukku.

Ibu,

Kaulah insan yang sentiasa bersamaku saat suka dan duka,
Sentiasa rela tak pernah terpaksa,

Ibu,

Kaulah insan yang mengandungkanku 9 bulan 10 hari.

Membawaku ke mana sahaja kau pergi,
Menyayangi diriku dengan sepenuh hati,
Kasih sayangmu ibarat lautan tak bertepi.

Ibu,

Kaulah insan yang membesarkan dan menjaga ku sehingga dewasa,
Sehingga kenal mana dosa mana pahala,
Sehingga kenal mana syurga mana neraka.

Kaulah insan yang memberiku makan dan minum,
Mengajarkanku setiap apa yang kau tahu,
Memberikan ku kesemua yang ku mahu.

Ibu,

Apa lagi yang boleh ku harapkan darimu,
Apa lagi yang boleh ku pinta darimu.

Semua yang kupinta ditunaikan sepenuhnya,
Kasih sayangmu kau curahkan segala-galanya buatku,
Sehingga aku tak terbalas setiap jasa-jasamu.

Ibu,

Andai aku mati hari ini,
Andai aku pergi meniggalkan mu sendiri,
Kau ampunilah segala dosa-dosaku,

Kau ampunilah segala kesalahan-kesalahanku,
Kau ampunilah segala kerenah dan keinginanku,
Kau ampunilah andaiku pernah mengguris hatimu.

Ibu,

Tiada apa yang ku harapkan lagi darimu,
Tiada apa lagi yang ku pinta darimu,
Hanya kemaafan dan restu darimu….Ibu.

Ibu,

Ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu

2 comments: