Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, March 16, 2011

Masjid Twin Tower Ground Zero Dan Kaitannya Dengan Al-Quran =Yang Bersifat Back To The Future= RELEVAN SEPANJANG ZAMAN --------> Surah At-Taubah Ayat 107 <-------

Dinar-Emas.COM: http://www.dinar-emas.com/thread-348.html#ixzz1GlRre97w
Dapatkan Dinar Emas Anda Yang Pertama Di http://www.dinarmas.com











Semua...

Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Nabi Muhammad yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.
Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya.
Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)
Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah.
Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja.
Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
2 bukti pada Surah At-Taubah dalam kitab suci Al-Quran.

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero),
telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu.
Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah,
ayat 107 dan 109 ,
secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama :
Surah At-Taubah, ayat 107;





Quote:
Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam),
dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri),
serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman,
dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.
Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara),
mereka akan bersumpah dengan berkata:
“Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”.
Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”





Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107
Keseragaman Peristiwa
dengan Ayat 107
Pada Surah At-Taubah
Dalam Kitab Suci Al-Quran



1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”
Di Kabul,
Afghanistan 2 orang Islam telah mati dan 4 lagi cedera
dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran.
2 lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero,
umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet,
media Israel,
masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya,
Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.
Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas.
Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi,
terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London),
Center for Islamic Plurasim (Amerika),
Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.
Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.
Multi-billionaire terkenal Amerika,
Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau.
Malangnya,
Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut,
mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010,
jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House.
Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia.
Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah.
Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip.
Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.
Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam?
Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).
Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan.
Dengan pertolongan Allah Subhanawataala,
sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung.
Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.
Kini,
perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller,
malah pembinaan Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak.
Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia.
Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah.
Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi,
dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.








(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa.
Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.


5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”
Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata.
Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107,
tentunya tidak,
ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya,
di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf,
beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaan masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.
Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Artikel dari web Dinar-Emas.com

To be continue.  part 2








No comments:

Post a Comment