Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Tuesday, December 7, 2010

LAGI KONSPIRASI DALAM INDUSTRI MUZIK

Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi




Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.


Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, kurt Cobain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.

3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.




Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.


Checkered Floor!
Band Hujan

Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya

Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.


Di Ibu Pejabat CIA

Di Lodge Freemason

Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.


Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!
Dato' Siti Nurhaliza
Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.

2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!

Rihanna dan Unfinished Pyramid

Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!



All Seeing Eye di AJL

Band Search
Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.


The All Seeing Eye Around Us



Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.


We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.




Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata



Fikirkan semula

Sunday, December 5, 2010

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

  • Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. Abraham memperanak Ishak, Ishak memperanak Yakub, Yakub memperanak Yehuda dan saudara-saudaranya. Yakub memperanak Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kritus (Matius 1 : 1 )

Kenapa tidak ada Allah dalam Silsilah keturunan Yesus itu??
kenapa semuanya manusia??



Maka JELAS bagi mereka yang punya akal, bahawa yesus adalah keturunan MANUSIA
-   “Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena daripadamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umatKu Israel.” (Matius 2:6)

Ini maknanya Yesus diNUBUWWAH kan oleh Tuhan menjadi Nabi kepada umat israel
Setiap yang diNUBUWWAHKAN adalah pasti BUKAN TUHAN
NuBUWWAH itu maknanya menjadikan dia NABI, perkataan Arab tu
Maka seorang yang dijadikan NABI, SUDAH PASTI bukan TUHAN.  Tidak  berasas sama sekali seorang NABI menjadi TUHAN!!

Kalau Yesus itu betul2 Tuhan, dia tidak perlu diNUBUWWAH kan, mesti dia dari kecil lagi dipanggil tuhan dan menjadi Tuhan
-  “Maka datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibabtis olehnya.” (Matius 3:13)
Kalau betul Yesus itu Tuhan, sudah TENTU Yesus yang akan MEMBABTIS Yohanes. Ini sudah terbalik.
Dan MENGAPA pula Tuhan perlu dibaptis??? Tuhan juga ada dosa ke?? Bukankah upacara memBABTIS itu adalah untuk MENYUCIKAn diri??  bermakna sebelum dibaptis , Tuhan masih belum SUCi??

-   “Maka Yesus dibawa oleh Roh ke padang gurun untuk dicobai Iblis.”(Matius 4:1)
Jika Yesus itu Tuhan, sudah tentu Tuhan yang akan mencuba IBLIS!!! Ini pun sudah terbalik, ajaran TERBALIK apa  ni??  Harap sedar2 lah

-  “Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya.” (Matius 4:8)
Iblis membawa Tuhan pula yerr??? Hhhmmmm

-  “Maka berkatalah Yesus kepadanya :”Nyahlah Iblis! Sebab ada tertulis : Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya Dia sajalah engkau berbakti!”. (Matius 4:10)

Yesus tidak mengatakan SEMBAH LAH AKU!!!!!  Yesus mengajar AJARAN TAUHID, yang layak disembah hanya ALLAH
-   “Bukan setiap orang yang berseru kepadaku : Tuhan, Tuhan! Akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di Syurga.” (Matius 7:21)
Yesus mengatakan bahawa “Yang masuk syurga adalah orang yang melakukan menurut kehendak Bapanya.” (Allah), bukan hanya berseru kepadanya : Tuhan, Tuhan!.
Setiap yang menyuruh melakukan kehendak Tuhannya, pasti bukan Tuhan. Yesus menyuruhnya melakukan menurut kehendak Tuhannya, bererti Yesus bukan Tuhan.

-   “Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang yang benar, ia akan menerima upah orang benar.” (Matius 10:41)

Yesus mengaku bahawa dia adalah NABI, seorang NABI sudah PASTI bukan TUHAN!!
“(Isa) berkata, “Sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Allah memberiku kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” Surah Maryam : Ayat 30

-     “Pada waktu mereka turun dari gunung itu, Yesus berpesan kepada mereka : “Jangan kamu ceriterakan penglihatan itu kepada seorang pun sebelum Anak Manusia dibangkitkan dari antara orang mati.” (Matius 17:9)

Yesus berpesan jangan menceritakan kepada seorang pun tentang apa yang mereka lihat, sebelum dia dibangkitkan dari antara orang mati. Jika Yesus itu Tuhan, tidak mungkin Tuhan itu mati dan dibangkitkan kembali.
Orang yang MATI sudah pasti BUKAN TUHAN
lagi pun diceritakan bahawa dia mengatakan dia “DIBANGKITKAN”, bukannya MEMBANGKITKAN dirinya sendiri

Yesus tidak mampu untuk membangkitkan dirinya sendiri, apa lagi untuk naik ke langit. Semua itu adalah dengan kuasa ALLAH mengangkatnya ke langit
Maka jelas Yesus bukan TUHAN

-     Maka kata Yesus kepada mereka itu, “Sesungguhnya cawan minuman-Ku itu kelak kamu akan minum juga, tetapi akan hal duduk di sebelah kanan-Ku dan di sebelah kiri-Ku itu, bukannya hak bagi-Ku memberinya, hanyalah diberi kepada orang-orang, yang dipersediakan baginya oleh Bapa-Ku.” (Matius 20:23 )

Konteks ayat tersebut iaitu apabila kedua muridnya iaitu Yakobos dan Yohanes meminta kepada Yesus agar mereka berdua dapat duduk di sebelah kanan atau di sebelah kirinya Yesus nanti. Tetapi Yesus mengaku dengan jujur dan terang, bahawa dia tidak punya hak untuk mengabulkan permintaan mereka berdua, kerana kata Yesus hal itu hanyalah hak Bapanya (Allah), bukan hak dia. Pengakuan tersebut jelas-jelas menunjukkan bahawa Yesus bukan Tuhan.

-     “Pada pagi-pagi hari dalam perjalanan-Nya kembali ke kota, Yesus merasa lapar. Dekat jalan Ia melihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi Ia tidak mendapat apa-apa pada pohon itu selain daun-daun saja. Kata-Nya kepada pohon itu : “Engkau tidak akan berbuah lagi selama-lamanya!” dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu.” (Matius 21:18-19)

Yesus seorang manusia yang terasa LAPAR.  LAPAR adalah sifat LEMAH, TUHAN sekali-kali tidak merasa lapar
Dan apa hal pula ayat tu mengatakan Yesus mengutuk POKOK ARA tu? Hanya kerana pokok ara itu TIDAK BERBUAH. Sampai dia mengatakan agar POKOK tu jangan berbuah sampai selama-lamanya
Sanggup penulis ALKITAB itu merendah-rendahkan Yesus sebegitu rupa. Sedarlah bahawa banyak UBAH SUAI dan TOKOK TAMBAH dalam AlKitab itu
Masakan Yesus seorang rasul yang PENYABAR dan MULIA akan mengutuk pokok sebegitu rupa!!

-    Tetapi akan hari dan ketikanya tiada diketahui oleh seorang jua pun, meskipun malaikat yang di syurga atau Anak itu, melainkan hanya Bapa sahaja. (Matius 24:36)

Yesus sendiri TIDAK TAHU tentang hari Kiamat, bagaimana mungkin dia itu adalah TUHAN!!
Ketahuilah, hanya TUHAN yang mengetahui BILA berlakunya hari Kiamat, hanya ALLAH sahaja yang tahu!!
-    “Dan Ia membawa Petrus dan kedua anak Zebedeus serta-Nya. Maka mulailah Ia merasa sedih dan gentar, lalu kata-Nya kepada mereka : “Hatiku sangat sedih, seperti mau mati rasanya. Tinggalah disini dan berjaga-jagalah dengan Aku.” (Matius 26:37-38)

Apa kes pulak Tuhan merasa sedih dan GENTAR ini??
Tuhan takut kepada siapa??
Tuhan pun ada rasa takut ke??
Ketahuilah bahawa Tuhan tidak takut kepada sesuatu apa pun kerana Dia Maha Berkuasa.  Maka ternyata Yesus bukan TUHAN kerana dia juga merasa GENTAR!!
-   “Yesus maju sedikit, lalu sujud dan berdo’a, kata-Nya : “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini llau daripada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Ku kehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.” (Matius 26:39)

Yesus sendiri SUJUD kepada Tuhan, apa kes pulak Tuhan sujud kepada Tuhan?? Tuhan yang mana ni??
Dan saksikanlah, YESUS sendiri SUJUD kepada Tuhan, adakah kamu kristian SUJUD kepada ALLAH??
Adakah dalam sembahyang kamu ada SUJUD kepada ALLAH?? Jika tiada, maka namanya kamu masih BESAR DIRI kerana tidak mahu SUJUD kepada ALLAH
Umat ISlam yang SUJUD kepada ALLAH dengan sebenar2nya, maka umat Islam lebih mengikuti Yesus
-    “Yesus mendekati mereka dan berkata : “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.” (Markus 28:18)

Yesus diberikan kuasa / MUKJIZAT oleh Allah S.w.t, bukan Yesus sendiri yang MEMILIKI kuasa itu
-    Maka kata Yahya kepada-Nya, “Ya Guru, kami sudah melihat seorang, yang tiada mengikut kita, membuangkan syaitan dengan nama Guru; lalu kami larangkan dia, sebab tiada ia mengikut kita.” (Markus 9:38)

Lihatlah, Nabi yahya sendiri memanggil Yesus dengan sebutan ‘GURU’, bukannya TUHAN!!
Nabi Yahya juga adalah seorang nabi Allah, dan dia lebih mengetahui dari orang lain di zaman itu tentang Allah, Dan dia sendiri memanggil Yesus dengan panggilan GURU, bukannya TUHAN
Jika Yesus itu Tuhan , sudah tentu Nabi Yahya memanggilnya Tuhan / RObb

-    “Pada waktu Yesus berangkat untuk meneruskan perjalanan-Nya, datanglah seorang berlari-lari mendapatkan Dia dan sambil bertelut dihadapan-Nya ia bertanya: “Guru yang baik, apa yang harus ku perbuat untuk memperolehi hidup yang kekal?” Jawab Yesus : “Mengapa kau katakan Aku baik? Tak seorang pun yang baik selain dari pada Allah saja.(Markus 10:17-18)

Yesus dipanggil ‘guru’ oleh orang tersebut, bererti Yesus bukan Tuhan. Yesus menjawab bahawa “tak seorang pun yang baik selain dari pada Allah saja”. Jika Yesus itu Tuhan, tentu dia akan berkata bahawa “tak seorang pun yang baik selain daripada Aku.”
Yesus sendiri TAKUT dikatakan padanya baik, kerana sifat RENDAH DIRI yang ada padanya, maka itu BUKTInya dia bukan TUHAN

-    Setelah Tuhan (Yesus) bersabda demikian kepada mereka itu, maka terangkatlah Ia naik ke syurga lalu duduk di sebelah kanan Allah. (Markus 19:19)

Ada pendapat kamu kristian mengatakan Yesus itu adalah Allah itu sendiri. Tetapi dalam ayat ini pula menyebut Yesus duduk di sebelah kanan ALLAH. Ada dua peribadi pula di situ.
Adakah kamu mengatakan ada dua  Tuhan??

Jika TIDAK, mengapa kamu katakan Yesus itu adalah Tuhan sedangkan ayat itu menunjukkan dia berada di sebelah KANAN Allah?
-   Dan ketika genap lapan hari dan ia harus disunatkan, ia diberi nama Yesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum ia dikandung ibu-Nya. (Lukas 2:21)

Ajaran mana pula yang ajar bahawa Tuhan dulu nya pernah disunat / khitan ni?  Apa  perlu Tuhan dikhitan?  Sesungguhnya ajaran ini betul-betul telah merendahkan martabat TUHAN!!
Ketahuilah perintah berkhitan itu disuruh kepada HAMBA-HAMBA ALLAH. Hamba Allah yang taat akan berkhitan. Maka itu TERBUKTI bahawa Yesus hanya seorang hamba ALLAH, kerana para malaikat menkhitankannya!!

-   Maka tercenganglah ibu bapa-Nya melihat Dia; lalu kata ibu-Nya kepada-Nya, “Hai anakku, apakah sebabnya Engkau berbuat demikian kepada kami? Tengoklah, bapa-Mu dengan aku mencari Engkau dengan bersusah payah.” (Lukas 2:48)

Ibunya memanggil Yesus anakku!! Kenapa ibunya tidak memanggilnya Tuhan??  Setiap yang mempunyai orang tua pasti BUKAN TUHAN!
-   Lalu Ia pulang bersama-sama dengan mereka ke Nazaret; dan ia tetap hidup dalam asuhan mereka. Dan ibu-Nya menyimpan semua perkara di dalam hatinya.  dan Yesus makin bertambah besar dan bertambah hikmatNya dan besar-Nya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia. (Lukas 2:51-52)

Yesus diasuh 0leh ibunya Maria.  Mengapa Tuhan perlu diasuh oleh manusia sedangkan Tuhan itu Maha Berkuasa??  Setiap yang mempunyai PENGASUH sudah PASTI bukan Tuhan.

-   Ketika yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli. (Lukas 3:23)

Kenapa Tuhan baru memulakan pekerjaannya sewaktu berusia 30 TAHUN??   Kenapa tidak dimulakannya dari kecil jika betul Yesus adalah Tuhan??

Ketahuilah bahawa Yesus itu seorang RASUL!!   Seperti rasul-rasul lain, mesti menunggu saat matang terlebih dahulu sebelum memulakan DAKWAH TAUHID.
Dan yang peliknya , mengapa penulis ALKiTAB itu menulis “menurut anggapan orang”?? Jika benar dia mendapat ilham menulis itu dari Tuhan, mengapa dia perlu menulis  ”menurut anggapan orang”??  Di situ pun sudah terlihat bahawa penulis AlKitab itu pun TIDAK YAKIN dengan dirinya sendiri.   Yang BATHIL pasti terserlah!

-   Murid-murid datang kepada Yesus dan membangunkan Dia. “Guru, Guru, kita hampir tenggelam!” seru mereka. Yesus bangun, lalu berkata kepada badai itu, “Teduhlah!” Angin dan gelombang pun reda dan keadaan menjadi tenang kembali. (Lukas 8:24)

Murid-muridnya pun memanggilnya GURU, bukannya TUHAN!!
-  Maka kelihatanlah kepada-Nya seorang malaikat dari langit menguatkan Dia. Maka di dalam ketakutan yang amat sangat, makin bersungguh-sungguh hati Ia berdoa, sehingga peluh-Nya menjadi seperti darah menitik ke bumi. (Lukas 22:43-44)

Yesus pernah berada dalam KETAKUTAN yang amat sangat kerana melihat malaikat yang turun dari langit.  Sama keadaannya ketika Muhammad S.a.w melihat Jibril pada waktu awalnya. Maka apa kes dikatakan Yesus itu adalah Tuhan?  Tuhan sudah tentu tidak ada perasaan TAKUT seperti manusia.
Yesus takut kepada malaikat, maka PASTI Yesus bukan TUHAN!!   Yesus dikuatkan oleh malaikat, maka pasti Tuhan bukan dikuatkan oleh malaikat!!
- Dan macam-macam lagi …….


Hanya kerana beberapa ayat dalam Surat Yohanes maka Kristian sudah menganggap Yesus itu Tuhan
- “Pada mulanya adalah firman;   Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah”. (Yohanes 1:1).
Antara contoh ayat yang menyebabkan Kristian mengatakan Yesus itu adalah Allah itu sendiri adalah ayat di atas, yang kononnya firman itu adalah Yesus.
Pada mulanya adalah Yesus, Yesus itu bersama sama dengan Yesus dan Yesus itu adalah Yesus.   Ayat apa sebegitu rupa?  Yang mempunyai maksud yang sangat MENGELIRUKAN dan MENYESATKAN.
Jika firman itu bersama-sama Allah, maka firman itu bukannya ALLAH.   Seperti dikatakan Daud bersama-sama Musa, nah Daud itu sudah tentu bukannya Musa.
Dan hanya kerana beberapa AYAT sahaja dalam Surah Yohanes itu kamu telah meletakkan Yesus sebagai Tuhan, maka bagaimana dengan ayat-ayat lain dalam INJIL 4, iaitu Matius, Markus dan Lukas yang TERANG-TERANG mengatakan Yesus itu hanya HAMBA ALLAH yang membawa ajaran TAUHID??

-   Dan kemudian Kristian tambah lagi dengan ayat,  “Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih kurnia dan kebenaran. “ (Yohanes 1:14)
Di dalam ayat itu pula dikatakan Yesus sebagai ANAK TUNGGAL.  Sekejap mengatakan Tuhan, sekejap mengatakan ANAK TUNGGAL.
Maksud ayat tersebut iaitu Yesus iaitu Firman itu telah menjadi manusia sebagai Anak Tunggal Bapa. Ayat ini merupakan inkarnasi  Tuhan yang menjelma menjadi manusia Yesus. Tentu menjadi pertanyaan, jika Tuhan atau Allah telah menjelma menjadi Yesus, apakah masih ada Allah atau Tuhan yang lain? Mesti jawabnya sudah tidak ada Tuhan lain. Namun dalam pandangan Kristian, tetap saja masih ada Allah lain, iaitu Bapa Yesus dan juga Roh Kudus, yang ketiganya adalah satu. Itulah dia fahaman TRINITI / TRINITY

-   Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (Yohanes 3:16).
Ayat ini termasuk salah satu ayat yang paling menentukan keselamatan dunia dan akhirat. Intinya asal percaya kepada Yesus yang mati di kayu salib dalam rangka menebus dosa manusia, maka dijamin masuk syurga. Itu merupakan bentuk kasih Allah akan dunia ini, maka dikurniakan-Nya kepada Anak-Nya yang tunggal, untuk menyelamatkan manusia dari dosa.
Jika ayat ini sangat penting, mengapa hanya Yohanes yang menulisnya, dan itu pun ditulis di bahagian paling belakang. Sementara tiga Injil yang lebih dahulu ditulis seperti Matius, Markus dan Lukas, tidak menulis ayat ini. Secara logiknya, mestinya ketiga injil  itulah (Matius, Markus, dan Lukas) harus memuat sabda Yesus tersebut, sebab mereka lah yang terlebih dahulu menulis Injil daripada Yohanes.

Maka JELAS  sekali bahawa ayat ini lemah dari segi konteksnya, kerana ianya hanya ada dalam Surat Yohanes,  sedangkan tidak ada dalam ketiga-tiga injil yang lebih awal!!  Bukti 1 melawan 3 , sudah tentu 3 surat lagi lebih kuat dari 1. Kerana ketiga2 SURAT tadi menceritakan perihal Yesus sebagai HAMBA ALLAH
Dan ini juga BUKTI nyata bahawa berlaku PENAMBAHAN yang KETARA di  dalam Surat Yohanes ini. Mungkin isi asalnya lain, tetapi telah dicampur adukkan akibat pengaruh kerajaan ROME dan Yahudi.
.
Dan jika kerana Yesus dapat menghidupkan orang mati maka Kristian sudah menganggap Yesus itu Tuhan
Maka ketahuilah , Yesus menghidupkan orang mati setelah dia mengadap ke langit dan berdoa meminta kepada Allah S.w.t.  Itu adalah antara mukjizat beliau.  Dan bukan dia seorang dikurniakan mukjizat dapat menghidup kan orang yang telah mati, tetapi ada lagi nabi-nabi lain seperti Nabi Ilyas / Elia.  Ini disebut di dalam kitab Perjanjian Lama

1 Raja-raja 17:17. Sesudah itu anak dari perempuan pemilik rumah itu jatuh sakit dan sakitnya itu sangat keras sampai tidak ada nafasnya lagi.
17:18 Kata perempuan itu kepada Elia: “Apakah maksudmu datang ke mari, ya abdi Allah? Singgahkah engkau kepadaku untuk mengingatkan kesalahanku dan untuk menyebabkan anakku mati?”

17:19 Kata Elia kepadanya: “Berikanlah anakmu itu kepadaku.” Elia mengambilnya dari pangkuan perempuan itu dan membawanya naik ke kamarnya di atas, dan membaringkan anak itu di tempat tidurnya.
17:20 Sesudah itu ia berseru kepada TUHAN, katanya: “Ya TUHAN, Allahku! Apakah Engkau menimpakan kemalangan ini atas janda ini juga, yang menerima aku sebagai penumpang, dengan membunuh anaknya?”

17:21 Lalu ia mengunjurkan badannya di atas anak itu tiga kali, dan berseru kepada TUHAN, katanya: “Ya TUHAN, Allahku! Pulangkanlah kiranya nyawa anak ini ke dalam tubuhnya.”

17:22 TUHAN mendengarkan permintaan Elia itu, dan nyawa anak itu pulang ke dalam tubuhnya, sehingga ia hidup kembali.
.
Nabi Ilyasa’ /  Elisa pun pernah menghidupkan orang yang telah mati
2 Raja-raja 4:32 Dan ketika Elisa masuk ke rumah, ternyata anak itu sudah mati dan terbaring di atas tempat tidurnya.

4:33 Sesudah ia masuk, ditutupnyalah pintu, sehingga ia sendiri dengan anak itu di dalam kamar, kemudian berdoalah ia kepada TUHAN.

4:34 Lalu ia membaringkan dirinya di atas anak itu dengan mulutnya di atas mulut anak itu, dan matanya di atas mata anak itu, serta telapak tangannya di atas telapak tangan anak itu; dan karena ia meniarap di atas anak itu, maka menjadi panaslah badan anak itu.

4:35 Sesudah itu ia berdiri kembali dan berjalan dalam rumah itu sekali ke sana dan sekali ke sini, kemudian meniarap pulalah ia di atas anak itu. Maka bersinlah anak itu sampai tujuh kali, lalu membuka matanya.
.Dan ketika Nabi Ilyasa’ / Elisa telah wafat pun, apabila satu mayat dicampakkan ke dalam kuburnya, dan bersentuh dengan tulang-temulang Nabi Ilyasa’, maka mayat tadi dapat hidup kembali

2 Raja-raja 13:21 Pada suatu kali orang sedang menguburkan mayat. Ketika mereka melihat gerombolan datang, dicampakkan merekalah mayat itu ke dalam kubur Elisa, lalu pergi. Dan demi mayat itu kena kepada tulang-tulang Elisa, maka hiduplah ia kembali dan bangun berdiri.



Firman2 Allah S.w.t tentang kemungkaran yang dilakukan oleh umat Kristian ini

“Dia pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu.” Surah Al An’aam : Ayat 101
“Dan mereka berkata: “Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak”.  Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,  hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,  kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.  Dan tidak layak lagi Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.   Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.” Surah Maryam : Ayat 88-93
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” Surah Al Ma’idah : Ayat 72
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.” Surah Al Ma’idah : Ayat 73
“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus”.” Surah Al Ma’idah : Ayat 77

Kesimpulannya
Sudah ternyata amat BANYAK dalil / bukti bahawa Yesus itu bukannya Tuhan.  Tetapi kristian hanya berpegang kepada beberapa potong ayat dalam Surat Yohanes sahaja sedangkan Injil2 lain dalam Injil Empat itu semuanya MENAFIKAN KeTuhanan Yesus!!
Jangan tunggu menjadi JAHAT seperti membunuh , merompak, merogol dan sebagainya kerana semua itu adalah antara DOSA2 yang tidak disukai oleh HATI manusia sendiri.  Tetapi ada perkara DOSA yang mana TIDAK DISUKAI oleh Tuhan tetapi HATI manusia tidak ada apa2 masalah dan tidak memandangnya sebagai JAHAT, iaitu SYIRIK atau MENYEKUTUKANNYA dengan sesuatu yang lain.
Soalnya sekarang,  TAAT atau tidak kita sebagai HAMBA ALLAH kepada TUHAN semesta ALAM??

“Tiap-tiap orang yang telah mendengar kenabianku baik Nashrani atau Yahudi kemudian bila ia mati tidak masuk Islam, nescaya ia ahli neraka,” (HR. Muslim)
“Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya ni’mat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israil” Surah Az Zukhruf : Ayat 59

BIBLE sendiri menyebut Yesus itu adalah HAMBA ALLAH
“Lihatlah, itu hamba-Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepadanya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atasnya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa. [Matius 12:18]

Masakan HAMBA menjadi TUHAN??
Masakan TUHAN beribadat kepada TUHAN??  Untuk apa TUHAN menyembah TUHAN sendiri??
Yesus beribadat dan MENYEMBAH TUHAN, ini yang sebetulnya

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan (bahagian 1)

AsSalaaamu alaikum w.b.t…. Di sini saya ingin memberikan bukti-bukti yang NYATA dan JELAS betapa Jesus atau Nabi Isa a.s bukan lah Tuhan. Jesus is not a God, but only a prophet. Jesus hanyalah seorang Rasulullah dan diutuskan kepada kaum Bani Israel sahaja, bukan untuk seluruh alam. Hanya Nabi Muhammad S.a.w diutuskan kepada seluruh alam ini.
Daripada dalil2 dari kitab sendiri pun dengan JELASnya menerangkan bahawa Allah S.w.t dari dulu lagi mengaku bahawa Dia itu Tuhan.
Perjanjian Lama (Taurat) – “Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku. Taurat : Yesaya 44:6
Perjanjian Baru (Injil) – “…bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.” Injil : Markus 12:31
Perjanjian Terakhir (AlQuran) – “Katakanlah:”Dialah Allah, Yang Maha Esa”. Surah Al Ikhlas : Ayat 1
Perjanjian Lama (Taurat) –  Yesaya 44:6   “Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku.
Perjanjian Baru (Injil) - Markus 12:31  “…bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia.”
Perjanjian Terakhir (AlQuran) – “Katakanlah:”Dialah Allah, Yang Maha Esa”.   Surah Al Ikhlas : Ayat 1
.
Tetapi Yesus TIDAK PERNAH mengaku bahawa dia itu Tuhan dengan NYATA.
.
- Yesus diuji oleh IBLIS – Mana mungkin Tuhan diuji oleh IBLIS!  Tuhan lah yang sepatutnya MENGUJI Iblis.
Matius 4:1 Maka Yesus dibawa oleh Roh ke padang gurun untuk dicobai Iblis.
Adalah TIDAK RASIONAL sama sekali Iblis menguji Tuhan. Itu sudah dikira merendah2kan martabat Tuhan. Tuhan yang menguji makhluk2Nya, bukan makhluk yang menguji Tuhan!
- Yesus BERDOA memohon rahmat dari ALLAH S.w.t. Mana mungkin Yesus itu adalah ALLAh.
“Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman ia berdoa kepada Allah.” Lukas 6:12
Orang-orang Kristian menganggap Jesus itu Tuhan melalui ayat ini
“Sebab untuk itulah Kristus telah mati dan hidup kembali, supaya Ia menjadi Tuhan, baik atas orang-orang mati, mahupun atas orang-orang hidup.” Roma 14:9
Tetapi adalah perlu diingat, ayat itu bukannya ayat dari Jesus sendiri, ianya bukan Firman ALLAH, tetapi ianya adalah kata-kata yang dibuat oleh Paulus bagi jemaahnya di Rome. Jelas di situ kandungan BIBLE bukan semuanya FIRMAN ALLAH tetapi telah ditambah dengan kata-kata dari Paul juga.
- Yesus besyukur kepada Tuhan, mana mungkin Tuhan mengucap terima kasih kepada diriNya sendiri.
“Yesus bersyukur kepada Tuhan.” (Matius ll:25, Lukas 10:21)
- Yesus beribadat kepada ALLAH, mana mungkin Tuhan menyembah dirinya sendiri?? Nampak jelas di situ wahai Alexious kawanku. Betapa Jesus sendiri beribadat kepada ALLAh, menyembah ALLAh yang satu. Tidak logik sama sekali Tuhan menyembah kepada dirinya sendiri.
- Yesus dilahirkan oleh manusia, mana mungkin dia adalah anak Tuhan. Kalau dia turun dari langit tu lain lah sedikit kalau awak nak kata anak Tuhan pun. Ini dia lahir dari perut Maryam, seorang manusia, HAMBA ALLAH.
- Yesus terasa lapar dan perlu makan, mana mungkin Tuhan berasa lapar. Jangan anda merendah2kan Tuhan, kerana Tuhan tidak lapar dan dahaga. Tuhan tidak mengantuk dan tidur sebagaimana manusia. tetapi Jesus juga tidur, bermakna dia adalah manusia, seorang Rasulullah.
“Karena pada masa Aku lapar, kamu memberi Aku makan; Aku dahaga, kamu memberi Aku minum; Aku seorang keluaran, kamu menyambut Aku;” Matius 25 : 35
- Jesus juga merasa sakit, mana mungkin Tuhan merasa sakit. Allah S.w.t Maha Perkasa dan Maha Kuasa, tidak sekali-kali Dia bersifat dengan sifat makhluk.
“Aku bertelanjang, kamu memakaikan Aku dengan pakaian; Aku sakit, kamu melawati Aku; Aku di dalam penjara, kamu datang berjumpa Aku.” Matius 25 : 36
- Yesus bertubuh manusia, mana mungkin Tuhan bertubuh seperti manusia.
- Yesus pernah mengeluh, ditinggalkan Tuhan. Mana mungkin Tuhan meninggalkan diriNya sendiri.
“Engkau sendiri telah menolak Aku, demikianlah firman TUHAN, telah pergi meninggalkan Aku. Maka Aku mengacungkan tangan-Ku dan membinasakan engkau; Aku sudah jemu untuk merasa sesal.” Yeremia 15:6
- Yesus tidak pernah MENGAKU dia adalah Tuhan. Tidak ada bukti sama sekali Jesus mengaku dia itu Tuhan, tiada dalam Bible sekalipun. Mana mungkin Tuhan tidak mengaku dia Tuhan, tetapi pengikut2 nya yang pandai2 meletakkan Jesus sebagai Tuhan.
Jesus hanya menyuruh menyembah ALLAH, Tuhan yang satu, sepertimana dialognya dengan IBLIS ini
“Dan Iblis membawanya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memper­lihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya, dan berkata kepada­Nya: “Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku. ” Maka berkatalah Yesus kepadanya: “Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!” (Matius 4:8-10)
“Yesus lebih kecil daripada Tuhan.” Yohanes 10:29
“Tuhan lebih besar dari pada Yesus.” Yohanes 14:28
“Yesus duduk di sebelah kanan Tuhan.” Markus 16:19, Roma 8:4
“Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan.” Kisah Para Rasul 7:56
- Dialog-dialognya dalam Bible sepertimana dialog2 Nabi Musa a.s dalam Taurat dengan ALlah. Maka Yesus hanya adalah nabi Allah, itu sudah terbukti, sama seperti Nabi Musa a.s dan nabi2 lain. Tetapi mengapa anda puja seorang manusia sama seperti anda puja Tuhan? Itu sudah sesat yang nyata. Sama seperti agama2 yang menyembah berhala dan memuja jin (yang sudah dibuat patung), konon2nya itu Tuhan mereka.
- Yesus juga mengajar kita menyebut INSYAALLAh, iaitu Jika ALLAh Mengkehendaki. Bukti2nya
“Jadi sekarang, hai kamu yang berkata: “Hari ini atau besok kami berangkat ke kota anu, dan di sana kami akan tinggal setahun dan berdagang serta mendapat untung”, sedang kamu tidak tahu apa yang akan terjadi besok. Apakah arti hidupmu? Hidupmu itu sama seperti uap yang sebentar saja kelihatan lalu lenyap. Sebenarnya kamu harus berkata: “Jika Tuhan menghendakinya, kami akan hidup dan beruat ini dan itu.” Tetapi sekarang kamu meme­gahkan diri dalam congkakmu, dan semua kemegahan yang demikian adalah saIah. Jadi jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa.” (Yak 4:13-17)
“Ia minta diri dan berkata: “Aku akan kembali kepada kamu, jika Allah menghendakinya.” Lalu bertolaklah ia dari Efesus.” (Kis 18:21)
“Tetapi aku akan segera datang kepada­mu, kalau Tuhan menghendakinya. Maka aku akan tahu, bukan tentang perkataan orang-orang yang sombong itu, tetapi tentang kekuatan mereka.(1 Kor 4:19).
Maka jika Jesus pun berkata begitu, maknanya dia pun tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Mana mungkin Tuhan tidak mengetahui tentang masa depan. Sedangkan Allah Maha Mengetahui, segala ilmu , pengetahuan, masa dulu dan masa depan semua dalam ILMUNYA.
- Yesus tidak tahu tentang akhirat, tetapi hanya ALLAH Yang Mengetahui tentang akhirat.
“Allah tahu bila datangnya kiamat, sedang Yesus tidak tahu.” Matius 24:36
- Yesus terpaksa diangkat ke langit oleh para malaikat untuk mengelakkan dari kena salib. Mana mungkin Tuhan tidak dapat melawan manusia. Sedangkan kuasa Allah hanya berkata KUN, maka akan berlakulah. Dia sebut KUN sahaja boleh hancur seluruh manusia. mana mungkin Jesus itu Tuhan hingga dia terpaksa diangkat ke langit?
- Yesus pun tidak pernah menyebut tentang Kristian. Kristian ini diada-adakan oleh pengikut-pengikutnya lama selepas ketiadaan Jesus.
“Di Antiokhia-lah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen.” (Kis 11:23-26)
- Dalam Bible pun ada menyebut bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH, buktinya adalah dalam ayat dari BIBLE di bawah;
“Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui, bahawa Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia.” Ulangan 4:35-39
- Dalam Bible juga menyebut tentang TAUHID (mengesakan ALLAH).
Tauhid Nabi Musa (Ulangan 4:35, Ulangan 6:4, Ulangan 32:39)
Tauhid Nabi Daud (II Samuel 7:22, Mazmur 86:8)
Tauhid Nabi Sulaiman (I Raja-raja 8:23)
Tauhid Nabi Yesaya (Yesaya 43: 10-11, Yesaya 44:6,Yesaya 45:5-6, Yesaya 46:9)
Tauhid Yesus (Markus 12:29, Yohanes 5:30, Yohanes 17:3)
- Yesus tidak pernah mengajar konsep penebusan dosa yang dibuat oleh orang lain. Tetapi pengikut-pengikutnya kemudian hari sendiri telah mereka-cipta konsep penebusan dosa orang lain. Semua nabi menekankan adanya tanggung jawab individu atas segala perbuatan setiap manusia (Yehezkiel 18:20, Ulangan 24:16, Matius 16:27, Yeremia 31:29-30, II Tawarikh 25:4).
Insaflah bagi mereka yang mengaku Jesus sebagai Tuhan, kerana Jesus hanya sekadar manusia biasa dan dia adalah salah seorang Rasul Allah. Saya sayangkan Jesus sebagai nabi, tetapi tidak sekali-kali akan memujanya sebagai Tuhan kerana “TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH”.
“Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.   Surah Al-Ikhlas
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” Surah Thaaha : Ayat 14
Dan lain2 lagi
Pernah Yesus mengatakan “Sembahlah AKU”??
Sedangkan perkara tentang TUHAN mesti dijelaskan dengan sejelas2nya terhadap umat MANUSIA. Perkara KeTuhanan bukan perkara main2, bukan perkara kecil. Maka adalah RASIONALnya ia perlu diJELAS kan dengan SEJELAS2Nya
JIka ianya TIDAK JELAS / KABUR, maka ia boleh menimbulkan SALAH FAHAM , KEKABURAN dan KEBINGUNGAN bagi manusia. Dan akhirnya dari KEKABURAN itu lah menjadikan manusia SESAT
Seperti mana orang tersesat dalam hutan, salah faham yang mana jalan yang betul yang mana salah untuk dilalui untuk keluar dari hutan
Dapat kita perhatikan dengan JELAS dan NYATA bahawa JESUS bersifat dengan sifat manusia yang nyata, bukan sifat-sifat Ketuhanan. Jika anda mahu mengetahui asas kepada sifat ALLAh, sifat Ketuhanan, berikut disertakan;