Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, February 29, 2012

Iblis Laknatullah

PENGENALAN DIRI

Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT
STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah – setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks

Rujukan :
Khairul Ghazali. 2001. Rupa dan Wajah Iblis Laknatullah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man Majalah BERNAS edisi 11 (1999), hlmn 111

anda mungkin juga meminati : Iblis memanfaatkan Dajjal
                                            Gangguan Iblis ketika Sakaratulmaut


Thursday, February 23, 2012

Cerita mengarut (Lawak)



Cerita ini adalah cerita rekaan semata-mata dan ditambah pedo'oh (mengarut) sesedap rasa...Takde kene mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

Kisah berlaku di dunia maya yang penuh fantasi dan halusinasi.....





















Monday, February 20, 2012

Ganguan Iblis Ketika Sakaratul Maut


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”


Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4


Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu

“Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6


Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu:

“Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:

“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”


credit to mohd shahid dan  Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Tuesday, February 7, 2012

2/13 = ( Misi Mata 1 ) Iblis Memanfaatkan Dajjal


((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Iblis Memanfaatkan Dajjal

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia,
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik...
dan melarang daripada segala perkara yang salah...
dan kamu pula beriman kepada Allah.
[Al-Quran]
[Surah Al-Imran]
[Ayat Ke 110]

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum kepada sidang pembaca sekalian...
Alhamdulillah,
kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya,
berkenaan ((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal ))) 
yang akan dimanfaatkan kelak oleh anda & waris2 anda di kemudian masa...
Semoga dengan kehadiran artikel kali ini,
tidak menyebabkan sekatan dilakukan oleh "mereka" terhadap siri akan datang.
Tuan-puan yang dihormati...
Seseorang yang tahu dirinya adalah prodigi,
tidak membiarkan ilmu itu melilit dirinya seorang atau untuk manfaatnya sahaja,
bahkan dengan berkongsi ilmu PENANGKIS inilah melalui siri Artikel ini,
ia mendatangkan kebaikan yang pasti jua membantu dirii orang lain di akhirat kelak,
oleh itu kami nasihatkan anda,
janganlah sesekali jadi GOYYIM,
janganlah sesekali jadi CATLE,
jangan sesekali jadi BINATANG TERNAK,
dengan kata lain,
janganlah anda menjadi KAFIR akan ayat2 Allah & signal2 Allah yang hadir sekarang.
Buka pintu mata hati anda,
dan jangan berpura-pura tidak mengetahui yang ini adalah tanda2
yang Allah zahirkan untuk anda semua mengerti yang ini adalah tanda2
untuk MUKMIN bersiap sedia dengan SUATU KEDATANGAN yang diJANJIkan.
Pesan kami lagi sekali...
janganlah anda menjadi KAFIR akan signal2 Allah yang hadir sekarang,
samada berupa cuaca dunia, bangunan2 dunia, moral akhlak, dll.
(HATI YANG BERSIH pasti dengan pantas faham apa makna kami ini)


////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
NO.1
(JANGAN MENGHAMPIRI SIFAT ORANG KAFIR, SEDANGKAN ANDA ORANG ISLAM):
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai *hati*...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai *mata*...
tetapi tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai *telinga*...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti *BINATANG TERNAK*,
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai !!!
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)


NO.2
(SEKIRANYA ANDA ORANG ISLAM, JANGAN MENGHAMPIRI SIFAT ORANG KAFIR)
Sesungguhnya orang-orang kafir,
sama sahaja kepada mereka...
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.
Allah materaikan atas *hati* mereka & *telinga* mereka...
dan pada *mata* mereka...
ada penutupnya...
dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[Al-Quran]
[Al Baqarah]
[Ayat 6-7]
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Tuan puan sidang pembaca sekalian,
Artikel salam peringatan ini ditulis tanpa jadual,
kerana apa yang kami tulis ini telah sedia ada di minda kami,
telah lama difilemkan dalam akal kami,
sehinggakan seolah2 apa yang telah terjadi semalam dan hari ini,
bagaikan telah diFILEMkan dan diSIMULASIkan dalam pemikiran kami selama ini,
tidak menjadi hairanlah kepada golongan kami kerana apa yang akan terjadi,
adalah apa yang telah dari KAMI menfilemkannya dalam minda2 kami,
kesan daripada kami berjaya memecahkan kod2 Al-Quran & Al-Hadis
untuk manfaat umat akhir zaman...
Kepada umat ini yang fasih slangnya dengan Bahasa Melayu.
anda dikira bertuah kerana kitab ini disampaikan di alam maya dalam bahasa MELAYU.
sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada nyawa anda di akhirat,
maka kebaikan itu kembali kepada empunya yang meyakini akan Artikel ini,
dan kesudahan yang baik, HANYAlah bagi makhluk2 yang berTAKWA.

Sesungguhnya engkau...
tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi,
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56)


Artikel ini akan memecahkan kod2 Al-Quran & Al-Hadis,
yang amat berkait rapat dengan jalur lebar peristiwa hari ini.
Ingat...
jangan sekali pun melabelkan kami peramal & penyihir,
kerana tuduhan anda itu akan berbalik ke tunjang asal iaitu Nabi Muhammad,
kebanyakan kata2 baginda telah terbukti terjadi hari ini,
lebih tepat kami katakan terjadi di zaman kita sahaja...
tidak pula berlaku di zaman di saat nabi kita melafazkan tanda2 itu...
dan...
bukankah semua yang terjadi hari ini telah benar2 mempunyai 100% matriks
dengan segala jalur kata2 baginda dalam Hadis Sahih ?
Kalau ya betul....
Kalau anda yakin kata2 Nabi benar...
JANGAN SEKALI PUN ANDA LABELKAN KAMI SEBAGAI PERAMAL BERPANGKAT PENYIHIR,
sekiranya di tengah2 siri Artikel ini,
akan terjadi peristiwa2 yang 100% sama dengan apa yang kami bentangkan...
kerana apa...
kerana kami memecahkan kod2 jaringan matriks...
sesungguhnya tuan-puan...
ayat2 Al-Quran hampir kesemuanya bersifat "MASA DEPAN"
kerana itulah anda akan terkejut...
hanya manusia yang DISINARI NUR akan senang memintas signal yang hadir...
Dalam Siri Artikel ini...
anda akan saksikan sendiri jaringan matriks antara Kitab Al-Quran + Al-Hadis,
dengan jalur-lebar SEGALA MISTERI AKHIR ZAMAN,
yang akan anda melihat SECARA LIVE pembuktian kajian kami !!!


Tuan-puan semua...
kerana dari banginda jualah menjadi ASBAB artikel ini hadir di akhir zaman,
janganlah menjadikan diri anda seperti ARAB JAHILIYIAH,
seperti Goyyim mahupun Binatang ternak yang ditutup mata telinga & hati,
yang sudah ditunjukkan depan bijik mata tentang BULAN TERBELAH 2 pun,
masih tidak beriman kepada Muhammad !!!
Hidup anda sudah melangkaui 1400 tahun sejak kemangkatan baginda Nabi Muhammad,
sepatutnya...
dengan kemodenan hari ini,
anda lebih pantas meYAKINi setiap signal yang Allah hadirkan,
samada dalam bentuk cuaca bumi, pemerintahan manusia, dan tanda2 pelik la ni...
baiklah...
kita mulakan sekarang !!!



((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal



JARINGAN MATRIKS NOMBOR_1:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu,
lalu Kami membentuk rupa kamu,
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam...
lalu mereka sujud melainkan Iblis...
dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman:
“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?”
Iblis menjawab:
“Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau jadikan aku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
Allah berfirman:
“Turunlah engkau dari Syurga ini,
kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya;
oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.
Iblis berkata:
Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan”.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”.
Iblis berkata:
“Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat...
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus;
Kemudian aku datangi mereka, 
dari hadapan mereka...
serta dari belakang mereka...
dan dari kanan mereka...
serta dari kiri mereka...
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur...!!!”.
Allah berfirman:
“Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir.
Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, 
tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan kamu semuanya...!!!
[Al-Quran]
[Al-A'raf]
[Ayat 11 ~ 18]



JARINGAN MATRIKS NOMBOR_2:
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
Melainkan Iblis;
ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
Allah berfirman:
Hai Iblis,
apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.
Iblis menjawab:
“Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.
Allah berfirman:
“Kalau demikian,
keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah diusir.
“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku...
Jika demikian, 
berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan”.
Allah berfirman:
“Dengan permohonanmu itu, 
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
“Hingga ke hari – masa yang termaklum”.
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku! 
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, 
demi sesungguhnya...
aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, 
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Allah berfirman:
“Inilah satu jalan yang lurus,
yang tetap Aku memeliharanya.
“Sesungguhnya hamba-hambaKu,
tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat.
“Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, 
tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.
[Al-Quran]
[Al-Hijri]
[Ayat 28 ~ 43]



JARINGAN MATRIKS NOMBOR_3:
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam...
maka mereka sujudlah melainkan iblis...
Dia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada yang Engkau jadikan dari tanah ?”
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku...
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku ?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit”.
Allah berfirman:
“Pergilah...!!!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka...
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu...
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka...
dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak...
dan janjikanlah mereka...
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Sesungguhnya hamba-hambaKu,
tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka...
cukuplah Tuhanmu menjadi Pelindung...!!!
[Al-Quran]
[Al-Isrok]
[Ayat 61 ~ 65]


=======================================================================================================

Tuan-puan semua...
dendam Azazil = Iblis = Lucifer
tidak sekali pun pernah terpadam...
dendam beliau sehingga hari ini telah pun melewati beribu2 tahun...
dahulunya...
beliau bukanlah makhluk yang jahat...
tapi asbab kepada dugaan yang Allah hadirkan berupa penciptaan Adam di dalam galaksi ini,
telah menyebabkan beliau gagal dalam ujian ini,
kegagalan beliau dalam ujian ini menunjukkan beliau bukanlah MALAIKAT,
walaupun beliau pernah memimpin berjuta2 malaikat dari pelbagai galaksi yang berwarna-warni,
semenjak beliau dilucutkan martabat tertingginya dari kalangan malaikat sebagai pemimpin HEBAT...
semenjak beliau mendengar sendiri perkataan LAKNAT dari Allah,
beliau merajuk + sedih + dendam + marah + benci + bersungguh-sungguh (kepada ADAM)
Tuan-puan...
hanya kerana ASBAB kecil iaitu tidak tunduk sujud tanda hormat kepada bapa kita Adam !!!
maka beliau telah terkeluar dari senarai terhormat makhluk2 di "galaksi sana"
now...
apakah jaringan MATRIKSnya dengan hidup kita ini...?
Untuk menyelamatkan hamba2nya dari tempias DENDAM kesumat Iblis ini,
Allah telah menghadiahkan *ILMU*nya berupa wahyu kepada manusia2 pihannya,
dengan *ILMU* inilah...
maka...
makhluk2 berakal dapat meneruskan hidup penuh rahmat MELALUI JALAN YANG LURUS !!!
Apakah ilmu2 itu ?


Ilmu-ilmu ini adalah wahyu2 & ilham2 & mimpi2 yang tercatat kemas dalam skrol di bawah,
termasuklah yang telah terakam kemas dalam naskah tertua berikut:
- nama-nama benda isi galaksi ( untuk kegunaan Adam )
- suhuf-suhuf ( kepada beribu2 nabi pada SETIAP BANGSA )
- kitab Talmut
- kitab Zabur
- kitab Taurat
- kitab Injil
- kitab Quran
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Inilah ilmu2 yang menjadi penyelamat kepada seluruh Bani Adam
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tapi sayang 1001 kali sayang...
Iblis sentiasa mengemaskini DENDAMnya supaya misinya
untuk memasukkan semua keturunan Adam ke NERAKA,
sentiasa UP TO DATE dan sesuai dengan pergerakan tamadun manusia...


KLU MERBAHAYA NO.1 :
Iblis berkata:
“Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat...
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus;
Kemudian aku datangi mereka,
dari hadapan mereka...
serta dari belakang mereka...
dan dari kanan mereka...
serta dari kiri mereka...
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur...!!!”.
KLU MERBAHAYA NO.2 :
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
KLU MERBAHAYA NO.3 :
Dia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada yang Engkau jadikan dari tanah ?”
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku...
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku ?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit”.

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Inilah kata2 Iblis yang menjadi ancaman semua umat manusia, termasuklah UMAT NABI MUHAMMAD
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Sekarang...
kami bawa anda "back to future..."
mari anak-anak semua mari kita baca ini cerita...
1400 tahun yang lepas...
Baginda Nabi Muhammad telah melepaskan 1 kata2 yang paling menyayat hati...
bibir baginda yang merah delima itu mengeluarkan kata2 untuk kita....
berbunyilah.....
((( Umatku......Umatku..............................Umatku....... )))
lalu...
baginda pun mangkat........
tahukah anda apa jaringan matriks sebutan umatku2 umatku dengan situasi hari ini ?
Jawapannya = Dendam Iblis 1 + Ancaman Fitnah Akhir Zaman Al Masih Dajjal



///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Kami Bawakan Kepada Anda
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Tahukah anda,
apa beza Misi Iblis & Misi Dajjal ?
jawapannya...
Misi Iblis = memasukkan seramai mungkin keturunan Adam & keturunan Hawa ke Neraka
Misi Dajjal = memerintah planet bumi mengikut caturan fitnahnya (selari dengan impian IBLIS)


Kehadiran Dajjal di akhir zaman adalah bonus untuk Iblis,
supaya dengan kehadiran DAJJAL lah,
umat Muhammad dapat dimasukkan dengan paling ramai sekali,
sebelum dipintas oleh Al-Masih Mahdi & Al-Masih Isa.
Apakah senjata2 Iblis & senjata2 Dajjal ?
Di bawah adalah jawapan kami untuk anda...
Setiap apa yang Nabi Muhammad sampaikan adalah berupa simbolik & mempunyai matriks,
ianya dilakukan sebegini rupa kerana kami yakin...
Nabi Muhammad sengaja menyebut sedemikian rupa supaya hanya umatnya di akhir zaman,
dapat memecahkan kod ini...
dan antara sebab lain ialah...
supaya rahsia kejayaan umat ISLAM tidak terbongkar dengan senang di kalangan
perisik2 orang kafir yang juga terdiri dari kalangan genius2 handal....
sebab itulah tuan-puan....
bila sesuatu kod itu berjaya kami pecahkan...
kami akan menggelatar ketakutan....
kerana kami tahu apa yang ramai manusia tak tahu.......
Tuan-puan semua...
matriks tak mungkin dipecahkan,
melainkan akhir garisan matriks itu bertembung pada zonnya,
dan kebanyakan zon2 matriks ucapan baginda Nabi Muhammad...
telah benar2 jatuh hanya kepada zon2 hari ini....
dengan kata lain,
jaringan matriks Al-Quran & Al-Hadis
telah bertembung dengan HARMONI & SEIMBANG hanya pada zaman kita sahaja !!!
sekali lagi kami ulangi...
95% dari semua tanda2 akhir zaman yang pernah dicatatkan dalam Al-Hadis,
hanya terjadi benar2 di zaman kita !!!
sekali lagi kami tulis...
BENAR2 terjadi di zaman kita aje !!!
sebab itulah tuan-puan,
kebanyakan dari AMARAN2 kami kepada anda,
samada tentang PERANG, EKONOMI, HIBURAN, bahkan terhadap CUACA DUNIA,
menjadi 100% terjadi,
contohnya Tsunami:
buktinya ?
* kami telah keluarkan amaran Tsunami pada 09 March 2011 at 03:33 waktu Tanah Melayu
* (3 hari kemudian)... Tsunami Mega telah melanda Jepun pada 11 March 2011
Pembuktian:
a) rujuk amaran pertama di alamat: http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/169217836460185
b) lihat kesan-kesannya di alamat: http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/169667716415197
(ini hanyalah contoh2 kecil sahaja...)



Dulu...
di awal kemunculan kami di alam maya...
ramai yang membantai kami dengan tuduhan PERAMAL, PENYIHIR,
selalu membuat cerita2 dongeng ala2 fantasi...
tetapi bila 1 per 1 hasil kajian kami menjadi kenyataan,
bahkan menjadi realiti 1 per 1 dan dibuktikan pula oleh perjalanan masa,
maka ramai yang terdiam ?
hanya kerana ASBAB kami memecahkan kod matriks ini,
but WHY ?
bukankah anda hidup di zaman moden ?
bukankah sepatutnya anda lekas percaya tentang signal2 akhir zaman ini,
apakah oleh kerana hasil kajian kami berkenaan Al-Quran & Al-Hadis,
menyebabkan anda menjadi lebih BENAK dari binatang ?
Ops...
/////////////////////////////////////////////////////
Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk, 
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk 
kepada orang yang diSESATkan-Nya, 
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]
/////////////////////////////////////////////////////

Kita sambung balik...
Tahukah anda,
apa beza Misi Iblis & Misi Dajjal ?
jawapannya...
Misi Iblis = memasukkan seramai mungkin keturunan Adam & keturunan Hawa ke Neraka
Misi Dajjal = memerintah planet bumi mengikut caturan fitnahnya


Kehadiran Dajjal di akhir zaman adalah bonus untuk Iblis,
supaya dengan kehadiran DAJJAL lah,
umat Muhammad dapat dimasukkan dengan paling ramai sekali,
sebelum dipintas oleh Al-Masih Mahdi & Al-Masih Isa.
Apakah senjata2 Iblis & senjata2 Dajjal ?
Di bawah adalah jawapan kami untuk anda...
Tahukah anda...
Dunia hari ini penuh dengan SIMBOL "1".
Sebenarnya tuan-puan...
simbol "1" adalah kelibat TRADEMARK kehadiran Al-Masih Dajjal & IBLIS ?
kenapa kami katakan begitu ?
Jawapannya:
Iblis Mata 1 = matanya telah dibutakan sebelah dengan jarum oleh Nabi Idris (kisah telur)
Dajjal Mata 1 = matanya mengikut banyak rekod2 Al-Hadis (adalah buta sebelah matanya)


Gabungan simbol "1" ini adalah apa yang Nabi telah luahkan sebagai FITNAH AKHIR ZAMAN.
Kerana itulah...
baginda sangat2 risau tentang nasib umatnya di akhir zaman,
jangan2 kerana penggabungan Misi si Mata 1 ini,
maka ramailah umat baginda yang sepatutnya tak masuk NERAKA,
langsung dikategorikan sebagai AHLI NERAKA,
hanya atas2 sebab mengikut "cara hidup" ciptaan Mata 1 ini
Baiklah...
Ini jawapan kami kepada fitnah akhir zaman = UJIAN MAHA BESAR (yang sedang melanda planet ini)
Dan ujian maha besar yang kami maksudkan ialah:
ujian dari si MATA 1 = ( Iblis Mata 1 & Dajjal Mata 1 )
melalui merekalah terhasilnya FITNAH AKHIR ZAMAN yang melewati
perkara2 berikut iaitu:
- matawang
- ekonomi
- hiburan
- makanan
- minuman
- pakaian
- cara hidup
- cara kerja
- cara pemerintahan
- ketenteraan
- media massa
- pasaraya
- teknologi
- sukan
- pemimpin
- permainan kanak-kanak


Semua ini adalah ujian untuk anda,
kerana anda akan mewarisi SYURGA yang kekal abadi lagi NIKMAT,
hanya apabila anda LULUS ujian ini,
samada ketika anda hidup ataupun ketika nyawa dicabut.

/////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang...
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
/////////////////////////////////////////////////////////////

((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal


Ini adalah pecahan kod kami untuk anda sendiri menyusunnya di dalam nota anda.
Iblis = mempunyai dendam
Dajjal = mempunyai misi memerintah planet bumi mengikut ORDERnya


PENCERAHAN:
Iblis ada hasrat yang tak padam2...
iaitu memperelokkan apa yang HARAM menjadi MOLEK di depan mata manusia,
sedangkan si Dajjal pula...
telah menyediakan sistem pemerintahan dunia,
yang serba MOLEK yang NIKMAT yang selaras pula dengan hasrat IBLIS.
sebahagian dari anda yang membaca Artikel ini,
sudah terang lagi bersuluh berada di tengah2 sistem Dajjal.
Apa itu sistem Dajjal yang ELOK di depan mata manusia ?
sedangkan kerana sistem itulah,
hasrat IBLIS memasukkan seluruh manusia ke NERAKA,
terang-terang menjadi KENYATAAN....!!!
Ingat...
Anda sendiri boleh mengHAKIMi diri anda sekarang,
samada anda layak masuk NERAKA atau tidak,
ya....
semudah itu...



KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 1:
Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Kamu (orang Islam) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu,
sejengkal demi sejengkal,
dan sehasta demi sehasta,
sehingga kamu (orang Islam) akan menuruti mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian),
walaupun mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian) memasuki lubang-lubang biawak.
Sahabat bertanya:
‘Siapakah mereka itu ya Rasulullah? ‘
Nabi menjawab:
‘Yahudi dan Nasara (orang Kristian), siapa lagi ?.’ ”



KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 2:
Hadis Sahih, Riwayat Tarmizi, dari Amru Bin Syuaib, dari datuknya:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam),
sesiapa yang menyerupai (meniru) selain daripada kami(cara hidup Islam).
Jangan kamu menyerupai orang Yahudi dan Nasrani (Kristian).


KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 3:
Hadis Sahih, Riwayat Ahmad & Abu Daud, dari Ibnu Umar R.A. :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (cara hidup orang Kristian & orang Yahudi),
maka dia dikira termasuk ke dalam golongan itu.”


KLU Jaringan Matriks AL-Quran:
Surah Al-Maidah, ayat 51
Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang yahudi dan Nasrani,
menjadi pemimpin-pemimpinmu;
sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.
Barangsiapa di antara kamu (orang islam) mengambil mereka menjadi pemimpin,
maka sesungguhnya orang (Muslim) itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


KLU Dari Iblis sendiri, tercatat dalam Al-Quran:
(sila rujuk Jaringan Matrik 1~3 di atas)
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.



KLU Dari Nabi Muhammad sendiri:
:......Umatku......Umatku......Umatku.......


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Nah.....
saksikanlah wahai manusia2 yang memahami Bahasa Melayu...
anda & seisi keluarga anda telah benar2 berada di tengah2 SISTEM DAJJAL,
1 sistem yang pernah diAMARANkan oleh setiap nabi2 di planet bumi,
tentang bencana FIRNAH BESAR yang akan dibawa Al-Masih Dajjal,
jangan2 kerana fitnah inilah boleh menyebabkan umat nabi2 itu...
senang2 sahaja masuk NERAKA,
maka sia2lah dakwah mereka,
tapi lebih menyakitkan hati kita sekarang...
FITNAH MAHA BESAR ini 1 pun tak tertimpa di umat2 yang lepas,
bahkan telah diTAKDIRkan untuk hadir di zaman kita,
lebih tepat kami katakan...
SEDANG TERJADI SEKARANG !!!
Now ini adalah jawapan kami:
- sistem matawang kertas (riba)
- sistem matawang digital (riba)
- sistem riba = kesudahannya adalah ke NERAKA
- siapa yang di sini yang tak terlibat dengan RIBA ?
- sistem makanan dunia (perhatikan molekul2 makanan anda, adakah benar HALAL ?)
- perhatikan cara perempuan berpakaian !!!
- lihat trend pemakaian seluar JEANS (sila study dari golongan manakah seluar ini ?)
- hiburan dunia
- minuman dunia
- pakaian dunia
- cara hidup yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara kerja yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara pemerintahan yang sama sahaja di seluruh dunia
- ketenteraan dan kostum tentera yang sama sahaja di seluruh dunia
- media massa yang sama sahaja di seluruh dunia
- pasaraya yang punya JENAMA yang sama sahaja di seluruh dunia
- teknologi yang sama sahaja di seluruh dunia
- sukan yang sama sahaja di seluruh dunia
- pemimpin yang sama sahaja TRENDnya di seluruh dunia


Dan perhatikan simbol "1",
telah dipakai tanpa SEDAR di seluruh dunia...
mari kami tunjukkan anda apa yang kami berjaya PECAHKAN !!!
1 bahasa yang sama,
1 cara hidup yang sama,
1 makanan yang sama,
1 nyanyian yang dikongsi bersama,
1 hiburan yang sama,
1 matlamat yang sama,
1 corak pemerintahan yang sama di hampir semua negara,
1 cara bekerja yang sama,
1 cara berdagang yang sama,
1 matawang yang sama,
1 jalan ke arah globalisasi dunia,
1 dunia 1 order yang sama,
dan yang paling penting sekali,
hampir seluruh negara di dunia ini,
mempunyai 1 slogan yang hampir sama pernah dipopularkan oleh negara Israel,
iaitu slogan 1 negara 1 dunia
1 ORDER DUNIA
ONE WORLD ORDER
(Selamat Datang Ke New WORLD ORDER)
ONE RING TO RULE THEM ALL ----------> TO HELL FIRE
IN THE DARKNESS BIND THEM
((( DENDAM IBLIS TELAH MENCAPAI KEMUNCAKNYA DI "ZAMAN KITA" )))
((( Dimanfaatkan Oleh Kehadiran Al-Masih Dajjal Tak Lama Aje Lagi )))
Sebab itulah...
bayang2 Mata 1 dan simbol Mata 1 ada di mana2 sahaja di planet bumi ini,
sebab sistem dunia hari ini,
MASTER MINDnya ialah...
((( SI MATA 1 )))


((( Kombinasi IBLIS + Dajjal )))
BUKTIKAN KAMI SALAH.
Hendak harapkan ulamak SEKULAR anda menceritakan hal seTELITI ini ?
Jauh panggang dari api....
ARTIKEL TAMAT
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal


==================================================================================

Tuan-puan semua...
Menjadi tanggungjawap andalah,
untuk menyebarkan Artikel ini kepada bacaan umat manusia yang memahami Bahasa Melayu,
supaya dengan kesedaran akal yang telah Allah ciptakan untuk anda ini,
dapatlah anda niatkan untuk menyelamatkan seramai mungkin
sanak saudara anda dari pemahaman yang SALAH,
tentang salah faham jaringan matriks terhadap tanda2 besar Akhir Zaman,
yang akan kami sedang pecahkan KOD-KODnya dengan jalur-lebar situasi dunia hari ini,
dengan siri rantaian yang amat rapat...
melalui catatan agung Al-Quran & Al-Hadis
(sejenis kitab paling MISTERI yang membenarkan skrol2 yang lepas),
Tuan-puan semua...
Siri Artikel ini kami namakan sebagai ((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
kerana kami ingin hidupkan mata hati anda...
supaya anda dapat menelah & memintas pergerakan & perancangan "pertubuhan" mereka.
ALLAH MAHA KUASA...
MAKHLUK TIADA KUASA...



Sesungguhnya engkau...
tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi,
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56)


Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu,
agama yang 1 asas pokoknya...
dan Akulah Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu terhadap aku.
Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka,
mereka semuanya akan kembali kepada kami.
[Al-Quran]
[Al-Baqarah]
[Ayat 92~93]



Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu,
agama yang 1 asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu,
maka bertakwalah kamu kepadaKu.
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka,
kepada beberapa pecahan,
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
[Al-Quran]
[Al-Mukminun]
[Ayat 52~53]


...jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 102]


Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 19]


Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,
maka tidak akan diterima daripadanya,
dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 85]


Dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan...
[Al-Quran]
[Al-Balad]
[Ayat 10]


///////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Itulah bezanya PENGETAHUAN & ILMU
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////


1)
"Yang menggerakkan hati manusia ni ialah Allah,
Allah sendiri bagi nasihat kepada Nabi & semua Rasul-rasulnya...
supaya jangan bersedih kalau ada umatnya yang tak mau ikut jalan mengenal tuhan,
sebabnya yang bagi hidayah & petunjuk itu adalah datang dari Allah...
Allah yang pilih...
tapi ingat,
untuk dipilih kita kena mintak...!!! "
Nota:
- untuk terpilih sebagai orang yang SESAT,
anda tak perlu mintak pun !!!


2)
Dan jika Allah menghendaki,
tentulah Dia menjadikan kamu 1 umat,
akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
[Al-Quran]
[Al-Nahl]
[Ayat 93]


3)
Dan Allah,
sentiasa memberi petunjuk hidayahNya...
kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus...
[Al-Quran]
[Al-Baqarah]
[Ayat 213]


4)
Dan kepada Allah jualah...
tertentunya urusan memberi panduan...
yang menerangkan jalan yang lurus...
dan di antara jalan-jalan yang dituju...
ada yang terpesong dari kebenaran...
dan jika Allah kehendaki,
tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua. !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 9 ]


5)
Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk
kepada orang yang diSESATkan-Nya,
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]


6)
Cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]


7)
Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Fatihah ]
[ Ayat Ke - 6 ]


8)
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai hati...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai mata...
tetapi tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai telinga...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti BINATANG TERNAK,
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai !!!
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)


=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================
Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA


ONE FLAG TO RULE US ALL
http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak?sk=info


www.Dinar-Emas.com
www.Dinarmas.com
www.Nubex.com.my
www.WorldIslamicMint.com
Di Saat Israel Menunggu Al-Masih Dajjal Raja Yahudi
Umat Melayu Menunggu Pertabalan Khilafah Al-Masih Mahdi

Wassalam.
14 Jamadil Akhir 1432
18 May 2011
Rabu
01:45 am
(Melaka Darul Islam, Tanah Melayu, Nusantara)


Monday, February 6, 2012

JAWAB SECARA SPONTAN:



Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

~>> bawak2 la berehat~ :p

4/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 2/3)



((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
4/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 2/3)
Dengar sini baik2 semua...
Anda sedang hidup di zaman,
di mana zon waktu yang anda sedang bernafas ini,
telah berada & kena pada "timingnya"
untuk menjadikan Dinar & Dirham sebagai matawang dunia,
buktinya ???
Perhatikan baik2 jawapan kami ini...


1)
Sebelum sesebuah negara itu boleh "establish" dengan jayanya,
dalam pelbagai cabang bidang ketamadunan manusia...
seluruh lapisan masyarakat di (negara itu) perlu ada "ekonomi",
baca baik2 ye...
tak wujud gemilang tanpa bermulanya kekayaan,
tak wujud kekayaan tanpa ada ekonomi,
dengan ekonomi yang bermula dari zaman "batu kerikil",
sehingga ke stage ekonomi zaman "besi teknologi",
akan membantu pembentukan "establish" sesebuah negara,
iaitu 1 buah negara yang super power (pada bidang masing2).
Nak tahu apa pointnya sekarang ???
pointnya sekarang ialah...
sebelum demokrasi = (sistem idea kafir)
boleh dijayakan dengan gemilang seperti yang anda nikmati hari ini,
ianya wujud "hanya" selepas ekonominya diwujudkan,
dan ekonomi bagi sistem demokrasi ini ialah ???
...ialah = kapitalis
Duit kertas berjaya direbakkan dari zaman "batu kerikil"
secara berlapis-lapis sehinggalah ke tahap...
ianya berjaya pula ke stage zaman "besi teknologi",
hari ini anda mengenalinya sebagai...
SISTEM DUIT KERTAS ------> SISTEM DUIT DIGITAL
kedua-dua sistem ini tidak kekal lama,
apabila Tasik Galilee di Palestin bakal kering,
lagi 40 tahun ++ dari sekarang.


2)
Kenapa kami tuliskan di atas sebagai HINT & PEMBANGKIT iaitu...
(perkaitan Duit Kertas = sistem Demokrasi),
(perkaitan Dinar & Dirham = sistem Khalifah),
yang kena dengan umat Islam & berkenaan dengan zaman anda ini pula...?
iaitu anda pada hari ini telah benar2 hidup di ambang
fasa 1 dari 3 fasa yang telah kami TEMUKAN.
iaitu penggunaan kembali Dinar & Dirham sebagai matawang dunia,
buktinya ???
Mari kami ceritakan perkara2 yang PASTI terjadi tak lama aje lagi.
Perkara2 ini,
kami pecahkan kepada 3 stage,
dan stage ini tidak dibentangkan oleh sesiapa pun,
walaupun dari Sheikh Imran Hosein mentor kami selama ini,
stage ini adalah hasil kajian kami,
dan ilham terus dari Allah,
nak tahu apakah stage2 itu ???
Baca baik2 & telitikannya mengikut NUR HATI anda.


(STAGE 1/3) 
- katakan, kami setuju dengan usaha2 Umar Vadillo menDAULATkan Dinar & Dirham
- katakan, kami bangga dengan usaha2 Dr. Mahathir menDAULATkan Dinar & Dirham
- katakan, kami bertuah mempunyai Nik Aziz meRASMIkan Dinar & Dirham
- katakan, kami kagum hasil risikan Sheikh Imran Hosein berkenaan situasi dunia
- katakan, 4 manusia ini adalah hadiah Allah untuk manusia zaman ini
- mereka2 ini adalah percikan awal sempadan tanda2 besar
- kehadiran mereka ber3 zahir pula di negara2 yang tak disangka2
- dan berkat usaha (dakwah + melaksana)
- negara2 MELAYU 1 per 1 berjaya mendaulatkan Dinar & Dirham
- Acheh, Jawa, Sulu, Kelantan, Kedah, Perak, Johor (sedang bangkit)
- pada ketika ini, Angkatan Terahsia kami masih teruskan usahanya...
- Dr. Mahathir pula meneruskan fasa2 terakhir dakwahnya kepada individu tertentu
- Sheikh Imran Hosein menghabiskan usianya dengan kod2 misteri kepada prodiginya
- dalam diam kami tetap di belakang tabir menyokong & memerhati
(kami namakan Stage 1/3 sebagai zaman "batu kerikil" D&D)
D&D = Dinar & Dirham


(STAGE 2/3)
- ini adalah fasa di mana ISRAEL berjaya menjadi pusat dunia
- untuk melihat tanda-tanda ini USA mesti dijatuhkan (melalui kejatuhan TOTAL USD)
- semua ketamadunan manusia dihimpunkan ke sana (sistem DIGITAL)
- pada ketika ini, sistem duit kertas sudah pupus (no more graf USD)
- pada ketika ini, SISTEM KERAJAAN DIGITAL berjaya establish
- pada ketika ini, SISTEM DUIT DIGITAL berjaya establish
(kami namakan stage ini sebagai zaman "besi teknologi" kapitalis)
inilah zaman emas yang dinanti-nantikan YAHUDI
inilah zaman yang dihasilkan oleh tamadun Yakjuj & Makjuj.
dan inilah cincin yang diperlukan untuk menakluk seluruh dunia dengan 1 PETIK
ONE RING TO RULE THEM ALL
Cincin = Ring = sistem Digital = berpusat di ISRAEL
(kalau bukan anda yang menyaksikannya, percayalah 100% anak2 yang menyaksikannya)
Nota:
bila zaman keemasan sesuatu tamadun itu hadir,
bermaksud zaman itu akan musnah secara SUNNATULLAH...
- di ketika ini, era kapitalis berada di kemuncak zaman emasnya
- pusat kewangan dunia akan berpindah dari New York ke Tel Aviv.
- Israel menjadi THE RULLING STATE OF THE WORLD
- kegemilangan ISRAEL akan "hampir" sama dengan kerajaan emas zaman NABI SULAIMAN
- 1 Currency 1 World Order 1 Government 1 Nation 1 Language
------------------((( 1 RING TO RULE THEM ALL )))--------------------
- di saat (STAGE 2/3) ini sedang berlangsung...
- anak2 muda yang pernah membaca artikel kami (akan berfikir semula)
- apa yang diteorikan selama ini menjadi betul akhirnya
- apabila era sistem duit kertas pupus di depan mata orang2 Islam
- pada ketika itu jugaklah, umat ISLAM maju setapak lagi
- penggunaan Dinar & Dirham merebak dari Nusantara ke China
- Dinar & Dirham merebak dari China masuk ke seluruh benua India
- seluruh timur utara mula bangkit tanpa dapat dikawal
- dan ketika inilah penggunaan Dinar & Dirham dari (STAGE 1/3) itu...
- telah masuk fasa ke (STAGE 2/3) di seluruh dunia
- sedangkan sistem kapitalis sedang menikmati zaman emasnya
- tetapi ISLAM sedang bangkit pelan2 tanpa boleh dihalang
- nak tahu kenapa ???
- perhatikan baik2 komen kami di ATAS TADI
- gantikan perkataan demokrasi dengan = KHALIFAH
- gantikan perkataan kapitalis dengan = DINAR & DIRHAM
NOTA:
sebelum sesebuah pemerintahan itu akan gemilang,
ianya perlulah bermula dari ekonomi,
dan setiap ekonomi perlu melalui zaman "tadika"nya...
sebelum ke zaman "universiti"nya...
dan itu perlu dilalui oleh sistem Dinar & Dirham,
seperti mana yang telah dilalui oleh sistem kapitalis (duit kertas).


(STAGE 3/3)
- pada zaman inilah, sistem kapitalis mula nampak kehancurannya
- matawang digital & kerajaan digital tak bertahan lama
- tenaga elektrik perlahan2 pupus akibat bencana angkasa
- tasik galilee semakin kering akibat cuaca
- petanda kehadiran 3 pemimpin akhir zaman ke dunia menjadi bicara
- pada fasa ini, sistem kapitalis hancur...
- ketika inilah Al-Masih Dajjal muncul atas banyak "sebab2" lain...
- pada ketika ini, umat Islam semakin maju kedepan...
- ekonomi fasa "batu kerikil" menuju fasa "besi teknologi"
- ini bermakna, kemunculan sistem KHALIFAH pasti berlaku !!!
- bila ekonomi kukuh, baru ada negara yang gemilang bangkit
- dan anda merupakan manusia2 terawal yang memercikkannya
- ekonomi & matawang Dinar & Dirham establish
- pemerintahan islam melalui KHALIFAH terakhir pun establish
- dan THE RETURN OF THE KING pun tiba...
- silalah tonton filem The Lord of The Ring untuk memahaminya...
NOTA:
ini bermakna
usaha2 manusia di (STAGE 1/3) perlu ada & wujud,
sebelum berlangsung & hadirnya (STAGE 2/3) & (STAGE 3/3).
manusia2 di era 1-2-3 untuk tertubuhnya sistem ISLAM,
iaitu sistem matawang Dinar & Dirham & sitem Khalifah,
akan harum namanya di dunia & di akhirat,
dan kami percaya,
anda merupakan salah 1 manusia dari mereka2 itu,
sekiranya anda terpilih, kami ucapkan TAHNIAH.
-ketika di (STAGE 3/3)
-Al-Masih Mahdi pun menzahirkan dirinya (bila saat tepat? wallahualam)...
-kelibat baginda sudah ada pun, barangkali pernah lalu sebelah anda
-anda masih ingat lagi 2 gerhana matahari & gerhana bulan,
yang pernah terjadi pada 1980 han yang lepas ???
ya...
GERHANA DI BULAN RAMADHAN itu = tanda baginda telah dilahirkan oleh ibunya
gerhana itu tak pernah terjadi pun semenjak kemangkatan
Nabi Muhammad sejak 1432 tahun yang lepas,
dan gerhana itu benar2 hanya terjadi di "zaman kita" sahaja,
apa maknanya ini semua ???
maknanya...
Al-Masih Mahdi hari ini telah berumur dalam lingkungan lewat 20han,
sedangkan tahukah anda,
pada umur berapakah Imam Mahdi ditabalkan menjadi KHALIFAH ?
-----------------((( THE RETURN OF THE KING )))--------------- 
dan jangan lupa,
Allah bekalkan kepada anda semua LIVE SIGNAL dari Palestin,
untuk mengenal pasti bilakah...
kemunculan 3 pemimpin akhir zaman akan berlaku
kerana apa,
Hadis TAMIM AD-DHARI ada merekodkan,
dengan keringnya tasik ini di akhir zaman,
maka Al-Masih Dajjal akan menampakkan fizikalnya...
BUKTINYA ????????
TASIK GALILEE di Palestin hari ini,
semakin hari semakin kering dan ada baki 40 tahun ++ sahaja
untuk tasik itu kering mengikut ekosistem SUNNATULLAH,
tahukah anda apa maknanya ini semua ???
Maknanya,
KERINGNYA TASIK GALILEE = TURUNNYA NABI ISA
kami terbaca artikel penting ini,
selepas pergi ke google.com dengan keyword = Tasik Galilee
dan lebih teruk lagi,
kisah Tasik Galilee ini telah diendorsekan kebenarannya
oleh Nabi Muhammad sendiri,
melalui hadirnya rekod Hadis Tamim Ad-Dhari


Tugu Siaran Langsung Paras Tasik Galilee
(ini menunjukkan ulamak kita hari ini ramai menyalah anggap tentang status keluarnya Yakjuj Makjuj)
(telah kami khabarkan kepada anda semua sejak sekian lama....)
(bahawa Tasik Galilee sudah lama mengalami proses mengering tanpa kemunculan Nabi Isa pun !!!)
(hadis Nabi mengatakan Tasik Ini akan kering di saat Yakjuj Makjuj melaluinya)
(kebanyakan ulamak hari ini gagal menTAFSIR maksud hadis ini kerana apa tuan-puan ???????? )
(INI BERMAKSUD = Zionis hari ini adalah Yakjuj Makjuj yang dimaksudkan sebagai sedang mengeringkan Tasik ini)
(itulah sebabnya jaringan matriks antara Al-Quran & Al-Hadis itu penting untuk mengelakkan kita SESAT)
TAPI...adakah ulamak2 tempatan anda berjaya pecahkan kod ini dan tidak SESATkan pengikutnya ???

Amaran:
- sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi
- tasik galilee perlu kering untuk tanda turunnya baginda...
- sebelum turunnya baginda Nabi, Al Masih Mahdi kena muncul dulu
- Al-Masih Mahdi hanya zahirkan diri apabila Al-Masih Dajjal menunjukkan diri
- dan Dajjal takkan hadir, sebelum ISRAEL menjadi Negara Raja Dunia
- sebelum kemunculan Dajjal, sudah pasti ada sesi suai kenal
- bagaimana mungkin Dajjal senang2 ada 70ribu tentera yahudi di awal kemunculannya...
- dan proses suai kenal sedang berlangsung sekarang...
- anda boleh mengenal tanda2nya (betapa pesatnya Dubai sekarang)
- betapa sempurnanya sistem2 Teknologi Yakjuj Makjuj hari ini
- betapa merebaknya ejen2 Yahudi di seluruh dunia
- betapa besarnya fitnah akhir zaman ini kan ??? (byk lagi...)
- sedangkan Tasik Galilee ada baki 40 tahun ++ untuk kering
- sudah 20 tahun ++ gerhana itu berlalu (tanda lahirnya Mahdi)
- matawang Dinar~Dirham perlahan2 naik seiring peredaran zaman
- ketika matawang kapitalis sedang mencapai kemuncaknya
- matawang Islam perlahan2 bangkit di timur
NOTA:
dan apa yang berlaku pada hari ini,
ada sambungan ceritanya di fasa2 seterusnya...
zaman emas takkan hadir sebelum zaman gangsa,
harap anda faham artikel kami kali ini...



KESIMPULAN:
- usaha mendaulatkan Dinar & Dirham di Nusantara & Dunia dah bermula
- telah kena pula pada "timingnya"...
- kehadiran manusia2 seperti:
* Dr. Mahathir
* Imran Hosein
* Umar Vadillo
* Nik Aziz
* Bani XXXXX
* Ahlul Bait yang mendapat petunjuk
* kerajaan2 Melayu Nusantara
* kewujudan anak2 muda yang luar biasa
* kehadiran pertubuhan2 yang pelik & berselindung
* lahirnya syarikat2 mega Melayu yang low profile
* mistisnya kehadiran pasukan ALTER TERAHSIA seperti KAMI
* kemunculan Dinar & Dirham di tengah2 sistem duit kertas
* kenaikan mendadak harga minyak-emas-perak-elektrik-garam-gula-tepung-beras
(adalah signal2 TERTUTUPNYA TANDA2 KECIL)
(dan signal2 TERBUKANYA TANDA BESAR)
bila 3 pemimpin akhir zaman hadir, "tak lama aje lagi".


Dan...
Wahai ibu2 yang melahirkan anak2 muda pada hari ini,
betapa manjanya anak2 kalian menayangkan wajah di Facebook,
iaitu anak2 anda yang berumur sekitar 7~10 tahun hari ini,
bahkan yang sedang hensem & cantik dewasa dengan gayanya,
anak2 anda pasti berhadapan dengan 3 pemimpin akhir zaman ini,
langsung tak boleh elak...
dengan berbaki 30~40 tahun ini,
apakah persediaannya ???
sudahkah anda sampaikan apa yang perlu diketahui mereka ???
Tahukah anda,
untuk menyelamatkan umat akhir zaman ini,
Allah telah turunkan seorang nabi penghabisan untuk makhluk berakal
bukan untuk manusia sahaja, bahkan untuk JIN...
dan tahukah anda...
apa yang Nabi Muhammad lafazkan Umatku2 Umatku itu...
adakah benar2 hanya untuk bangsa manusia sahaja ???
sudah tentu tidak !!!
umat Muhammad terdiri dari JIN & MANUSIA.
ini adalah ASABB kerana adanya dakwah Nabi di kalangan Jin juga,
kerana Nabi pun taknak Jin ditipu sama masuk dalam neraka,
sebab itu jugaklah,
Allah berkias dalam wahyu Al-Quran,
yang penghuni syurga & neraka ada juga JIN & manusia,
untuk bukti lagi,
maka diabadikan Surah Jin dalam Al-Quran...
Sesungguhnya,
umat Muhammad terdiri dari (Jin & Manusia).
tetapi harus diingat,
dari umat Muhammad itu,
telah terpecah mereka yang besar itu kepada 73 kumpulan,
tapi yang masuk syurga itu 1 kumpulan sahaja,
dan...
daripada 1000 orang anak adam, 1 sahaja yang masuk SYURGA,
dan...
daripada 1000 orang dari penduduk akhir zaman, 999 adalah Yakjuj & Makjuj,
sebahagian dari anda hari ini,
telah melayakkan diri anda menjadi Yakjuj & Makjuj,
kerana apa?
merekalah bangsa manusia yang telah mewujudkan TREND GLOBALISASI dunia,
kalau anda meniru cara hidup mereka baik dari segi:
- pakaian
- minuman
- makanan
- matawang
- tentera
- perdagangan
- hiburan
- dan beribu2 contoh (yang dah kami lepaskan sebelum ini)


Tahukah anda...
Nabi Muhammad pernah cakap...
umatku yang paling selamat di akhir zaman,
adalah umatku yang paling ASING & paling PELIK amalannya,
seperti PELIK & ASING nya ISLAM ketika aku mula2 menyampaikannya di Mekah.
orang2 Islam yang pelik ini terdiri dari 1 manusia dari 1000 manusia.
dan daripada 73 pecahan umat islam, hanya 1 yang masuk syurga kan ?
perhatikan baik2...
katakanlah golongan 1 ini kita labelkan sebagai Ahli Sunnah Wal Jemaah,
tetap dalam golongan ini juga di dalamnya berpecah2 lagi kepada kumpulan kecil,
ada yang berwarna hijau ada berwarna biru, ada berwarna putih,
tapi warna hitam menDIAMkan diri...
dan golongan HITAM ini lah yang benar2 masih memegang ajaran asal Nabi,
golongan inilah golongan terpaling betul di dalam kebenaran,
sedangkan pula mereka ini tidak mendapat perhatian sebab apa ?
SEBAB MEREKA PELIK & ASING...
cara mereka berpakaian tidak seperti manusia2 yang UP TO DATE...
di saat isteri2 bandar memakai seluar jeans dan keluar dengan bangga,
isteri2 mereka memakai Jubah Hitam dan bertutup muka macam PENGGANAS,
kalau mereka ingin ke bandar di tengah2 masyarakat globalisasi,
mereka inilah golongan pertama yang dimaki, disindir, dihina,
dan paling sadis sekali mereka akan digelar PENGGANAS,
dan inilah yang sedang berlaku di seluruh dunia...
sebab itulah kalau anda perasan...
pemimpin2 dunia Islam seolah2 disuruh TANPA PAKSA memakai kot hitam,
supaya mereka tidak dilabelkan sebagai PENGGANAS dari negara XXXXXXXX,
sungguhpun begitu,
pemimpin islam yang berpakaian barat,
tetap menggegarkan dunia barat kerana mesej2 yang disampai depan dunia !!!
Now...
ke mana kumpulan2 asing & pelik ini dan apa misi mereka secara tak langsung ?
mereka inilah wahai sidang pembaca sekalian,
kumpulan ALTER TERAHSIA yang tetap
ingin mengembalikan Al-Quran & Al-Sunnah di pentas dunia,
dan boleh jadi anda merupakan salah seorang dari mereka ini,
tapi sayang 1000 kali sayang lagi...
kalau anda percaya anda adalah the chosen 1 to be in HEAVEN,
pastikan anda sebagai contohnya:
benar2 dari golongan 1 itu,
yang benar2 pula mengamalkan Al-Sunnah & Al-Quran
- adakah anda memakai seluar jeans ?
- masih makan makanan Yahudi
- tetap bangga bawak anak2 makan makanan keluaran penduduk Israel
- masih keluar rumah tak pakai tudung ?
- bagaimana dengan duit kertas (ini Nabi tak ajar,tapi kita pakai)
- dan banyak lagi contoh2 pelik yang lain
(iaitu...)
(contoh2 yang confirm menarik kita keluar dari golongan yang 1 itu)
ingat ye...
tiket masuk syurga mahal...
sebab itu perkampungan Melayu kena dikekalkan...
kerana hanya perkampungan ala2 beginilah,
yang hampir sangat sama dengan KAMPUNG ISLAM,
seperti yang mentor kami sarankan iaitu:
BUILD YOUR OWN ((( MUSLIM VILLAGE )))
tetapi siapakah mereka2 yang sanggup itu ???
mereka2 yang sanggup itu,
adalah mereka2 yang bakal dinobatkan sebagai PELIK & ASING,
merekalah Islam yang terasing...
dan golongan yang dianggap asing inilah,
mempunyai peluang yang lebih,
untuk mengamalkan Al-Sunnah & Al-Quran,
seterusnya bakal dikategorikan kepada 1 kumpulan dari 73 tadi,
cari LAGU M.NASIR yang lriknya ada ayat berikut...
"73 jalan, yang sampai hanya 1 jalan...."
perkara2 ini dah Nabi Muhammad pesan dalam banyak rekod2 hadis,
tapi sayang 1000 kali sayang...
mana2 manusia yang mengamalkan ISLAM sebegini rupa,
akan dicopkan MEDIA MASSA ketika itu sebagai apa ye???
ya betul...
sebagai pengganas dunia ???
kerana apa ye?
kerana cara berpakaian mereka tidak selari dengan globalisasi dunia,
ketika dunia sedang memakai TAI, JEANS, SKIRT,
NAMPAK BETIS, TIDAK BERMISAI, TIDAK BERJANGGUT,
orang2 Islam yang dianggap pelik dan asing ini pula,
akan dilabelkan sebagai ???
- orang asing
- pengganas
- perlu dibunuh
- pelik
- akan di-I.S.A.kan
- akaun bank akan disekat (masa tu dah era SISTEM DIGITAL)
- dan macam2 sekatan selagi mereka di bawah SISTEM DIGITAL


Dan tuan-tuan semua...
Allah telah turunkan tanda yang TERANG LAGI NYATA,
kalau tak cukup lagi dengan bukti2 di atas...
pergi ke GOOGLE MAPS buat rekod hari ini,
dan buat lagi rekod 5 tahun akan datang,
dan buat lagi rekod 10~20 tahun akan datang,
perhatikan saiz TASIK GALILEE,
kolam air tawar ciptaan Allah ini akan semakin kecik,
dan akan terus hilang...
sepatutnya dengan kehadiran teknologi yang hampir sama
hebat dengan teknologi zaman Nabi Sulaiman ini,
yang sedang anda pegang di hujung jari ini,
anda gunakan ke jalan untuk mengenal RASUL & mengenal ALLAH,
melalui tanda2 realiti yang dahulunya adalah fantasi...
dan...
anda sepatutnya bertambah naik keyakinan anda kepada
semua kata2 Nabi Muhammad sejak 1432 tahun yang lepas,
tentang hampir semua tanda2 akhir zaman selama sejarah manusia ni,
telah benar2 berlaku,
hanya di zaman anda sahaja...


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
On The 5th Day Of The Battle In The City Of The Kings,
Look through Your Eyes To The East...
Your Army Will Arrive...
(Petikan Kata2 Gandalf The White...)
(Dari Filem THE LORD OF THE RINGS)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


((( The Lord Of The Rings )))
Tolong Study Filem Ini Sampai Habis,
Kerana Illuminati Meluahkan Kejadian Akhir Zaman Melalui Filem Ini.
Dalam Filem Ini Ada Kod2 Penting Untuk Anda PECAHKAN,
dan antaranya ialah:
- bangsa Melayu
- kebangkitan emas
- watak2 Isa, Mahdi, Dajjal, tentera2 ghaib
- perang badar (manusia + jin + malaikat)
- kemunculan binatang2 pelik (Sila rujuk Surah Ababil)
- cincin yang hilang
(sila rujuk kisah cincin Muhammad, tongkat Musa, cincin Sulaiman)
- tentera panji hitam
- panglima panji hitam
- tentera yang tak TERKALAHKAN
- orang bunian (inggeris dinamakan ELVE)
- dan macam2 lagi
- kembalinya raja yang ditunggu untuk ditabalkan
Tuan-puan semua...
Filem ini diwujudkan untuk 1 tujuan sahaja,
untuk bagitau seluruh dunia,
yang ISLAM pasti tetap memerintah dunia di akhir zaman,
dan usaha2 untuk menghalangnya sudah pasti datang dari
si mata 1...
tahukah anda,
karektor MATA 1 dipunyai oleh 2 makhluk berakal,
1 dari bangsa JIN dan 1 dari BANGSA manusia,
dan kami menamakan 2 makhluk berakal ini dengan nama:
- IBLIS (dibutakan matanya oleh Nabi Idris dengan jarum)
- Dajjal (memang buta dah pun mata dia sebelah kiri)
Sedangkan filem ini,
diarahkan oleh orang Yahudi,
tetapi filem ini berakhir dengan kekalahan si MATA 1,
dan anda semua tentu tahu apa maknanya...
Sebelum artikel ini ditamatkan pada sirinya ini,
mari kami ingatkan kepada anda semua 1 KOD yang telah kami
pecahkan dalam filem ini,
salah 1 kod itu telah terjadi dan sedang terjadi,
filem ke-2 THE LORD OF THE RING adalah bertajuk...
The 2 Towers...
tahukah anda,
di dalam filem ini ada 2 menara yang tumbang
pada masa yang berlainan...
tahukah anda...
selepas MENARA BERKEMBAR NEW YORK runtuh tahun 2001,
MENARA BERKEMBAR yang mana lagikah yang bakal runtuh pula ?
dah tahu jawapannya ?
so,
bersedialah...
setiap penyakit ada ubatnya...
begitu juga dengan kiamat...
sebelum nak jadi kiamat, akan hadir tanda2nya dulu...
begitu juga mati,
sebelum mati akan hadir tanda2nya juga...
begitu juga konspirasi...
daripada dituduh fantasi pasti berakhir dengan REALITI.
BE PREPARED.
Artikel Asal Dari www.Dinar-Emas.COM
Kiriman ini bukan ditulis dalam banyak peringkat,
AMARAN:
salah 1 signal dalam ARTIKEL VATICAN telah pun berlaku bulan ini.
sila ke google.com dan tulis keyword Artikel Vatican.


KLU MAHA BESAR:
Antara tanda2 kedatangan 3 pemimpin akhir zaman ialah...
kita akan secara otomatiknya pesan-memesan sesama keluarga,
betapa pentingnya menDAULATkan kembali dinar & dirham...
walaupun apa yang kita buat tu,
tak disuruh oleh sesiapa pun...
tetapi seolah2 ada tenaga luar biasa di belakang tabir yang mengALTERkannya...
itulah tanda2 dekatnya sistem Khalifah yang ditunggu2...
Tuan-puan semua...
sistem Khilafah hanya akan muncul "DENGAN SEMPURNA"
hanya apabila sistem matawangnya diESTABLISHkan lebih dahulu,
kerana itu,
kami hadir untuk menerangkan kepada khalayak ramai,
tentang pentingnya Dinar & Dirham untuk dijadikan matawang,
sebelum sistem duit kertas pupus...
& digantikan pula dengan sistem duit digital yang sedang berpusat ke TEL AVIV...
sila baca berkenaan isu kajian KAMI ini dari atas semula kalau tak paham2...
Misi kami mengALTERkan umat Nusantara mencetak DINAR & DIRHAM
akhirnya menjadi realiti...
dahulunya fantasi kini realiti dari daerah ke semua negeri2...
di saat Bani Saud diharapkan menjadi pembela umat Islam...
Bani Jawi dari Nusantara muncul tanpa diduga merancang khilafah dunia...
Allah sahaja maha tahu kesudahannya...
"...kesudahan yang baik, hanyalah bagi orang2 yang bertakwa..."



Ingat tuan-puan sejarah ini...
Nabi Muhammad pernah berkata...
...ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis Direkodkan Oleh Imam Ahmad)
Dan tuan-puan...
nak tahu apa kisahnya ???
selepas beratus tahun kemangkatan Nabi Muhammad...
hampir setiap bangsa di dunia yang menganut Islam,
berlumba2 untuk menjadikan diri mereka...
orang2 yang dimaksudkan Nabi Muhammad...
dan akhirnya...
Hadis Nabi Muhammad ini direalisasikan...
hampir 800 tahun kemudiannya...
oleh Sultan Muhammad Al Fatih,
khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Tuan-puan...
kini...
Nabi Muhammad sudah meninggalkan kita melebihi 1400 tahun++
beliau meninggalkan hadis2 sahih yang direkodkan oleh sahabat2...
untuk dibaca oleh umat akhir zaman (siapa lagi kita lah !!! )
Nabi Muhammad sengaja membiarkan sebahagian dari tanda2 akhir zaman itu,
yang telah kami ketahui melalui pecahan KOD2 kami,
untuk dipecahkan kod2nya oleh genius2 akhir zaman khasnya ILMUWAN ISLAM...
Tahukah tuan...
Muhammad Al-Fateh akhirnya dinobatkan sebagai...
calon2 yang Nabi Muhammad maksudkan...
"...Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
sebagai pendamai agung untuk Istanbul (selepas 800 tahun Nabi Muhammad mangkat)
fikir2kan sekali lagi...
pada saat ini...
siapakah pula dari dunia Islam di planet ini,
yang benar2 ingin menDAULATkan sistem DINAR & DIRHAM ???
sebelum terbentuknya sistem Khilafah...
(kalau sampai di tahap ini pun anda masih tak paham, bergurulah lagi...)


Tuan-puan semua...
berkenaan menDAULATkan kembali sistem Dinar & Dirham sebagai matawang DUNIA,
anda nak harapkan Bani Saud (yang kaya-raya) hari ini ???
anda nak harapkan Bani Afghan hari ini ???
anda nak harapkan Bani Jazirah hari ini ???
ya...merekalah yang sepatutnya berPOTENSI tinggi menaikkan sistem DINAR & DIRHAM,
kerana di bumi merekalah melimpah2nya kurniaan galian bumi,
tapi kenapa sehingga hari ini...
kelibat mereka tidak ke arah kata2 Nabi Muhammad yang diucapkan itu ???
atau...
Bani Jawi dari Nusantara ini ???
NOTA:
- di sini bukan perjuangan politik, mahupun keturunan, ataupun taksub dengan bangsa
- tetapi kerana ISLAM lah, segala2nya akan diMARTABATkan...
- jangan komen sebarangan kalau minda cetek dalam reban...
Habis tu...
apakah umat Nusantara sememangnya umat2 yang dimaksudkan Nabi Muhammad ???
jawapan kami = wallahualam (tapi tanda2nya ke arah kata2 Nabi)
sepertimana kisah Muhammad Al-Fateh...
di mana umat di [kala itu] berebut2 menjadikan diri mereka umat2 yang dimaksudkan
menawan kota Istanbul...
Yang peliknya...
umat Nusantara tidak pernah hendak merebut2 tanda2 kebangkitan akhir zaman ini,
bahkan ia seolah2 timbul di hujung timur sana terangkat tanpa disuruh...
kononnya akibat MEMENUHI KATA2 NABI ???
ya...nampaknya umat dari sini tidak merebut2 ke arah kejadian itu,
tetapi seolah2 apa sahaja yang mereka lakukan untuk ISLAM...
walaupun tidak merebut gelaran2 akhir zaman yang dimaksudkan Nabi...
tetap tanda2 itu tempias ada pada umat Nusantara ini...
di manakah lagi sinar2 Islam di timur yang benar2 menDAULATkan Islam...
anda semua masih ingat teori pemimpin ke-7 dari Malaysia & dari Indonesia ???
pegang cakap kami...
kalau bukan anda yang menyaksikannya,
percayalah anak2 anda lah yang bakal berhadapan dengannya...
Tuan-puan,
hidup kita sangat berkait dengan sejarah,
manusia yang tak mengenang sejarah akan diSEJARAHkan...
sejarah yang salah akan ditanam pula dalam hati yang bersih,
untuk meMINDCONTROLkan bahawa yang salah itu adalah benar...
inilah namanya FITNAH AKHIR ZAMAN,
di mana setiap nabi pada umatnya pasti mengingatkan pengikutnya berkenaan DAJJAL.
Ingat ye...
KAMI tak cakap rasul...
kami cakap Nabi pada setiap umat...
(maknanya apa ???)
Maknanya anda mesti baca komen TERAHSIA kami di sini:
(klik & baca sekejap aje, lepastu sambung baca sini balik ok...)
http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/setiap-umat-pernah-didatangi-nabi/183210651701628
Maknanya:
-setiap tamadun besar di dunia ini pernah dihadiri Nabi2
untuk mengingatkan bahayanya fitnah TEKNOLOGI & BUDAYA Al-Masih Dajjal
- tapi sayang 1000 kali sayang, tiada rekod sahih pun menyatakan yang Al-Masih Dajjal
pernah keluar dari gelombang masanya...
- dan lebih memburukkan keadaan, Al-Masih Dajjal tetap juga belum keluar ketika
Nabi Muhammad mengesahkan kehadirannya...
- dan bertambah malang lagi,
kita benar2 hidup di ambang munculnya 3 pemimpin akhir zaman
---------------(sila rujuk TASIK GALILEE)--------------------
Tuan-puan...
kenalilah tanda2 di bawah sebelum kemunculannya:
ya betul...
tanggungjawap kita cari nafkah, kasih sayang, didik anak2, semua dah buat...
tapi apakah berbaloi pengorbanan kita selama ini,
apabila IN THE END,
keluarga kita di bawah genggaman "MEREKA" ?
faham ke tak ni ?

PENCERAHAN SKUAD TERAHSIA www.Dinar-Emas.com :
- kenali ahlul bait yang telah memilih tanah kamu sebagai persinggahan mereka...
- kenali sahabat2 nabi yang telah berASIMILASI dengan bangsa kamu...
- siapa raja2 yang pernah kahwin dengan "mereka"...
- bumi mana yang selalu dipandang untuk ditawan, tapi raja2nya gagal dihapuskan...?
- dari negara manakah punya bendera hitam sejak negera itu wujud...
- di benua manakah rakyatnya suka berdagang dengan EMAS...?
- manakah bangsa yang paling mudah menerima ajaran TAUHID berbanding bangsa lain ?
- orang Arab kalau melancong, ke bumi manakah mereka suka datang ?
- pemimpin Islam dari negara manakah yang kalau bersuara di dalam dewan PBB,
tidak menyebabkan ahli sidang keluar dari dewan ???
sedang Ahmadinejad yang dikatakan pembela Islam pun,
kalau bersuara di dewan PBB,
lantas ahli sidang protes dan keluar dewan ?
- siapakah dari keturunan Bani Ishak yang masih memiliki keturunan yang cantik2 dan tampan di dunia ini ?
- di manakah keturunan mereka berada di semenanjung emas ini ?
- sila rujuk http://www.facebook.com/photo.php?fbid=178410095540959&set=a.148419288540040.28921.112606472121322&type=1&pid=410003&id=112606472121322
(klik gambar2 seterusnya untuk mengenali siapa KAMI)
NOTA:
- selain Turki & Timur Russia (dari keturunan Ishak),
mana lagi bangsa di dunia yang masih memakai songkok,
memukul BEDUK sebelum solat,
dan berSAMPIN ?
Rajin2lah membaca:
........IQRAK BISMIROB BIKALLAZI HOLAQ !!!


Forum: www.Dinar-Emas.com
Kedai: www.DinarMas.com
=Takkan Dinar Hilang Di Dunia=
=Takkan Islam Hilang Di Dunia=
=Takkan Melayu Hilang Di Dunia=
=Takkan AHLUL BAIT Hilang Di Dunia=
=Takkan RAJA Hilang Di Dunia=

Artikel sebelumnya :  Siri 1/13 = INTRO Kitab Memintas Al-Masih Dajjal 
                                (( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )) 3/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 1/3)
                                (( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal ))) 3/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 1/3)