Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Tuesday, November 22, 2011

tahniah Harimau Muda juara bola sepak sukan Sea di Jakarta, ayuh mengaum!!!aummmmmmm!!


Assalamualaikum.....

Sekalung tahniah diucapkan buat pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Gelora Bung Karno ....sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa sokong perkembangan bola sepak negara sudah pasti aku turut gembira...



Sea Games
para pemain meraikan kemenangan..

walaupun permainan malam tadi berkesudahan dengan penalti sebab skor masih 1-1 walaupun dah diberi masa tambahan, namun kecekapan KFCM , Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex dan beberapa pemain lagi berjaya memberikan kejayaan pada Malaysia...kita menang dengan 5-4 pada saat penalti..

kalau dilihat pada perlawanan memang agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan cuba untuk menggegarkan gawang gol...ada juga beberapa peluang dan cubaan yang tidak dapat disudahkan, termasuk juga 'offside' yang berlaku ke atas kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.

apa yang best bila JAK FM, Jakarta FM telah memainkan lagu-lagu Malaysia hari ni di radio mereka.. diorang sebenarnya dah buat bet, kalau Malaysia memang bola sepak malam tadi, Jak fm akan pasang lagu Malaysia seharian..ini diambil dari website rasmi 101jakfm :)


Kalau ditaruhan pertama Jak vs Hitz muterin lagu Malaysianya Cuma 4 jam di jam ROTI, kali ini taruhannya adalah seharian penuh! Kalau Indonesia menang, lagu-lagu Indonesia akan diputar seharian penuh di Hitz FM plus, mereka akan pakai Jersey Indonesia, sebaliknya kalau Indonesia kalah, kita harus memutarkan lagu Malaysia seharian penuh dan memakai Jersey Malaysia.



Dan hasil skor 5-4 Malaysia – Indonesia membuat kami dengan sportif harus menjalankan taruhan kami.


We had so much fun on the air, we know it was a bit crazy, but a bet is a bet right?! Karena Jak FM sportif banget menurut mereka, dan disaat bersamaan twitter dan facebook juga penuh dengan dukungan baik dari Indonesia dan pendengar dari Malaysia, it’s proven that Music really unites the two countries!



Dengan ini kita bisa melihat juga kalau Indonesia dan Malaysia bisa bersahabat. Banyak pro dan kontra memang, tapi yang kita lakukan sepenuhnya untuk mendukung Garuda. To be a champion we always have to fight another round!

gud job.. cmni lah yg dikatakan manusia dipegang pada jnjinya...





Thursday, November 17, 2011

Imam Abu Hanifah dan pendakyah Yahudi





“Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

“Subhanallah. … Subhanallah …. Walahaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’ man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

“…Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga.”

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta’bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

” Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

” Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah,” sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah : 11 )


Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan atheisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?” Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!” Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.


“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya.. .” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.

Semoga bermanfaat... InsyaAllah. - anis 

crdt: Lurim.blogspot.com

Thursday, November 10, 2011

My birthday





Assalamualaikum semua..


Ramai yang menanti-nantikan tarikh ari ni, kononnya tarikh bertuah ye 11.11.11… Ramai jugak yang terlalu takjub dengan tarikh keramat ni. Sampai nak beranak ari ni, nak kawin ari ni.. tpai xde pulak aku dengar yang nak mati ari ni hehehe.. Ada yang kata  tarikh ari ni hanya berlaku 1000 tahun sekali aje… Yeke?

Bagaimana pulak dengan hari semalam 10.11.11? tarikh minggu lepas? 05.11.11? Berlaku setiap bulan? 6 bulan sekali? Setahun sekali?

Tak!

Yang pasti ari semalam tak akan pernah kembali buat selama-lamanya.

Walau sesaat sekalipun.

Hargailah  masa kita.
apa-apapun  hari ini amat bermakna bagi aku sebab hari ini ialah hari lahir aku yang ke 24.. so  xslah kalu aku cakap tarikh ni bertuah bagi aku.. bukan sebab takjub dgn no tu, tapi bertuah sebab aku n bbrapa org yang bertuah lagi yg smbut ari lahair ari ni.. korang xde kan.. so jgn jeles eyh hahhaha


apa-apa pn yang korang lakukan ari ni.. do the best,.. "man jadda wajada" jgn hanya tarikh ari ni je 11.11.11 tapi kita tak berusaha untuk jadi no 1.. hehehe.. ( cakap je ni aku pn sme gak hahaha)

Apa yang tak mungkin perasan dalam filem Transformers 3: Dark Of The Moon (2011)


Nuffnang Ads
1. Bayang krew dapat dilihat sedang mengawal dolly (alatan kamera) di kereta Presiden.

2. Bayang equipment pula dapat dilihat sebelum pintu kereta dibuka.

3. Rambut Carly yang curly tiba tiba jadi lurus selepas dia naik atas katil.

4. Malah, rambut Carly yang berada di kanan bahunya tiba tiba berada di belakang secara tiba tiba selepas bertukar syot. Rambut Carly berada di kanan bahunya semula semasa dia tunduk ke dada Sam.

5. Semasa Carly peluk Sam, bunny berada di tepi bantal. Namun, syot seterusnya, bunny tersebut tiba tiba berada dekat dengan telinga Sam.

6. Kedudukan tiga gambar mak ayah Sam berubah kedudukan secara tiba tiba selepas beberapa syot.

7. Tangan Sam tiba tiba kosong semasa dia ambil kotak sedangkan awalnya dia memegang Wheelie (CGI Wheelie terlupa buat la tu.. haha)

8. Wheelie duduk di atas tengah sofa. Bila dia hendak bangun, syot seterusnya menunjukkan dia bangun dari bahagian tepi sofa.

9. Semasa Soundwave tembak, cermin kereta tak pecah. Kita dapat lihat hanya satu kesan tembakan saja di cermin. Tetapi, ketika Soundwave keliling kereta dan mendarat, lubang besar di kereta tiba tiba terbentuk.

10. Once again, kamera dan kereta krew kelihatan mengekori kereta mak ayah Sam.

11. Semasa Megatron dalam mood treler pertama kali muncul, ada pokok di belakangnya. Di tanah pula ada rumput yang lebat. Namun, semasa dia tukar mood, rumput jadi jarak jarak dan pokok tidak kelihatan kerana asap muncul tiba tiba entah dari mana. Malah, mood treler (yang memang menggunakan treler sebenar) lebih kotor. Semasa hendak bertukar mood, treler (yang adalah CGI) nampaknya suci berbanding semasa awalnya.

12. Semasa Carly datang pejabat Sam, dia bawa Carly masuk meeting room. Sam edar file atas meja. Sampai ke laptop Lenovo, Sam masih pegang failnya. Namun, between syot, korang akan tengok fail di tangan Sam sekejap di tangannya dan sekejap di atas meja dan diselak selak Sam.

13. Semasa Carly cakap tentang Mercedes SLS AMG, Sam taip. Ada 3 fail di tepi kanan Sam. Namun, 3 fail tadi hilang semasa Sam cakap ‘you drove this here?’Malah posisi fail juga sudah berubah secara tiba tiba.

14. Bayang kenderaan yang membawa kamera untuk mengekori kereta Sam dapat dilihat di atas jalan semasa kereta Sam membelok ke NEST.

15. Semasa Carly di luar NEST, dia pakai kasut tumit tinggi. Tetapi, lepas tentera bagi Sam dan Carly masuk NEST, kasut Carly tetiba bertukar jadi kasut but (tumit tebal).

16. Lennox garu belakang dan dari posisi cekak pinggang, tangannya kemudian dijatuhkan. Namun, tukar je syot, tiba tiba dia dalam posisi cekak pinggang semula secara tiba tiba.

17. Semasa seorang tua jatuhkan penukul di sebelah Agent Simmons, kedudukan penukul berbeza daripada syot awal semasa orang tua tersebut ambil penukulnya semula.

18. CGI Bumblebee tertinggal menyebabkan Bumblebee tidak kelihatan dalam satu syot ini (rujuk gambar atas). Mana mungkin Bumblebee yang memenuhi kawasan belakang Simmons tidak kelihatan sedikit pun.

19. Decepticons lompat dan menyebabkan papan tanda jalan jatuh menegak ke hadapan. Tulisannya jadi terbalik. Namun, syot seterusnya menunjukkan papan tanda tersebut tiba tiba membentuk tanjak sebelum menegak semula selepas syot lompatan kereta.

20. Semasa dua Decepticons buat lompatan dan transform, papan tanda kembali jadi terbalik (perhatikan perkataan MILE yang terbalik). Namun, semasa syot driver Simmons cuba hidupkan enjin kereta, papan tanda yang membentuk tanjak tiba tiba muncul (perhatikan perkataan AURORA yang tidak terbalik) semula.

21. Bumper belakang kereta merah ini yang tidak terkena sedikit pun semasa pertarungan Decepticon dengan IronHide ini tiba tiba terbuka dan remuk secara tiba tiba.

22. Posisi kereta merah berubah kedudukan. Semasa pertarungan, posisi kereta merah berada di antara garaj dan sebuah bangunan putih. Namun, semasa Decepticon ditolak masuk garaj, Ironhide tolak kereta tersebut dari kawasan simpang lain (dimana pertarungan berlaku dan kedudukan sebenar kereta merah tadi) ke kawasan yang berlaku pertarungan. Lihat bangunan putih (tempat pertarungan dan kedudukan asal kereta merah) yang berada di simpang lain semasa letupan berlaku di dalam garaj.

23. Mood treler Megatron selepas kapal angkasa Autobot ditembak berbeza dengan mood trelernya semasa di Afrika. Dalam mood treler Megatron semasa dia di Chicago, tiada besi tajam di atas bumbung.

24. Semasa Epps halang Sam supaya tak teruskan rancangan untuk selamatkan Carly, dia tarik Sam dan Sam lepaskan beg ke pegangannya. Syot seterusnya, begnya berada di bahunya semula secara tiba tiba.

25. Kepala Sam terkeluar dari sebalik tempat persembunyiannya. Mana mungkin maid tu tak nampak kepala Sam yang terbonjol keluar tu.

26. Semasa tentera keluar dari pesawat dalam kekalutan, bayang kamera/krew kelihatan pada seorang tentera.

27. Semasa meja besar jatuh di sebelah Shockwave, korang akan perhatikan ada gelas putih yang jatuh dan kedengaran bunyi kaca pecah. Lepas tu, syot tunjukkan Epps yang bertahan di bangunan yang senget. Syot seterusnya menunjukkan gelas tersebut ada kembali, dah jatuh semula secara perlahan. CGI dan editing yang cuai!

28. Sam alihkan begnya ke hadapan dan keluarkan alat ciptaan Wheeljack / Que. Namun, semasa dia ditarik Starscream, begnya sudah berada di belakang secara tiba tiba.

29. Babak sebelum Sam says ‘No, I’m just a mesenger’. Sebelum Sam pukul Dylan, jam menunjukkan 12.40 tghari. Lepas Sam pukul Dylan sehingga mengenai pillars, jam menunjukkan 2.20 ptg. Wow, jauh tu masanya. Ha3

30. Semasa Dylan terkena pillars dan jatuh, jam menunjukkan 2.20 petang. Namun, syot Sam menunjukkan jam 12.15tengahari. Ha3.

31. Lagi.. semasa syot Sam lepas Dylan jatuh, jam menunjukkan jam 12.15 tengahari. Namun, semasa Autobot datang dan musnahkan pillars, jam menunjukkan jam 11 pagi. Aiyoyo… ini cerita time traveler ka dei.. kejap ke depan kejap ke belakang…

32. Tangan Carly berubah ubah kedudukan between syot. Sekejap tangannya di telinga Sam, sekejap lagi tangannya di bahu Sam

Wednesday, November 2, 2011

SIAPA PALING KEJAM


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..


Artikel ni terkona batang idung eden... klo korang kene jugak, Klik "share" jika anda sayangkan palestin dan umat islam~