Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Friday, July 27, 2012

Maafkan aku

assalamalaikum pada semua followers blog kembara di tanah gersang.. 
ada satu cerita yg nak aku kongsikan dgn korang..
hari rabu yg lepas, pakcik depan rumah sewa aku meninggal dunia.
masa tu lebih kurang jam 2 pgi.

ms tu aku dlm blik duk brsmbg ngn housemate aku.. 
yg lain2 duk memekak main game n gitar kat ruang tamu..
pintu rumah diketuk berkali-kali seorang pun x ambik peduli.
mungkin sebab terlalu bising sampai xdengar orang ketuk pintu n bg salam.

aku yg duk dlm bilik ni ingt nak tido mata dah mengatuk,
aku pun ajak la mmbr ni pegi kedai kat simpang umah tu nak pgi beli nasi nak sahur,..
keluar je umah tgok rumah depan lampunya cerah, rmai org n pintu terbuka luas..
aku jenguk dlm rumah dr jauh nmpak sekujur tubuh terbaring ditutup dgn kain batik..

dlm hati aku innalillahhi wainna ilaihira jiun. siapa pulak yg meninggal ni.. xde pn dgr de org skit..
aku pn xpegi tgok lgi, aku trus pgi kedai ngn mmbr pegi beli nasi.
lepas beli nasi aku balik umah letak nasi kat dapur n then trus ajak kwn aku tu pergi ziarah umah depan tu
n aku warning kwn2 yg lain supaya diam n aku bgtau org depan umah tu meninggal..

ms aku pegi tu aku bg salam ada la 2,3 org pkcik kat depan tu.. aku pun tya siapa yg meninggal. dia kata pakcik mat lah yg meninggal. terkejut aku pkcik tu nmpak sihat je. setiap hari kayuh basikal pergi surau..
bila ms lak dia skit.. 
mula2 aku ingt isteri dia yg meninggal sbb isteri dia mmg jarang aku nmpak keluar umah..

ms tu aku terpikir senangnya la kita ni nak mati.. bila2 je tuhan boleh cabut nyawa kita.. ajal maut kita tanpa sedar je boleh tiba,.. tersentak ati aku.. aku duk kat umah pkcik tu smpai pukul 4 pgi..lpas tu aku mntak dri balik nk brshur.. esok pgi aku bgun pegi kelas.. kelas aku jam 8-9 je.. lpas kelas aku terus cepat2 balik pergi ziarah arwah.. sampai la habis bacaan talkin, aku sedih brtambah takut ms dgr bacaan talkin tu n aku trbyang yg aku brada kt dlm tu ...

smpai hari ni da 3 kali aku mimpi buruk.. aku xtau la apa petandanya.. aku takut jugak,, ade org kata mimpi buruk tu mainan syaitan, tpi syaitan mne ade bulan ramadhan ni.. 
aku jadi takut tertekan bila pikir sal mimpi tu...aku jdi takut sgt..

pada semua yg baca ni aku mintak maaf andai selama ni ada aku terkasar bhasa dgan korang sume.. andai pernah aku mengguris hati korang aku mintak maaf..

aku takut andai nnti tiba masa aku aku xsempat mohon maaf kat korang sume.. aku xnk mati dlm keadaan bersalah.. maafkan aku kwn2.. wlupun ada antara korang yg aku xkenal.. setakat brkwn di blog n facebook.. aku mntk maaf byk2.. selamat menyambut ramadhan n aidilfitri yg akan dtg.. assalamualaikum

Saturday, July 21, 2012

Berita Terkini , Gempar dan Hot: Peristiwa aneh dan pelik yang berlaku di Malaysia!!!

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di Negara Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 9 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

Saturday, July 14, 2012

Aku Tak Sempurna

Aku cuma anak kampung, tak pndai brgaya, tak berhrta, tak byk ilmu didada. 
Aku cuma seorang anak penoreh getah yang setiap hari membanting tulang utk menafkahi keluarganya. 
Aku cuma anak seorang lelaki dan wanita tua yang gigih dan tabah dalam hidupnya..

Aku bukan anak orang kaya dan banyak harta. 
aku tak mampu memberikan apa yg kau mahu ,
aku tak mampu memberikan apa yg mungkin org lain blh berikan pdmu,
aku cuma mampu memberi secebis kebahagian 
yg brbekalkan rasa cinta & syg.. 
itu shja yg mampu aku jnjikan buat dirimu saat ini.


aku kini sdg melalui hidup2 ku dgn perbhan demi prbhan ke arah mencri bkalan di ms hdpn,
 bukan wang yg aku mksudkn, bukan harta yg kuidamkan. 
cuma secebis ilmu yg blh mmberi kita kbhgian brsama di akhirat sana.

Aku mungkin tidak mampu memberikan kau kbhgian di dunia, 
tapi aku sdg brusaha dgn gigih untuk kita mncpai kbhgian di sana.
 Andai dunia matlamat utama dirimu, lupakanlah aku, 
krna aku tak mampu hidup slmanya brsmamu di dunia ini.


Andai akhirat pilihan hatimu, berdoalah agar kita dapat brsatu, dgn redha & rahmat dr Allah yg satu.
Berdoalah agar aku mampu menjadi imam dalam solatmu, 
menjadi ketua bagi keluargamu, dan wali kepada anak-anakmu. 
Yg paling pnting menjadi seorang yg brtggjwb mmbwa kita brsama ke Syurganya,...

Aku bukan manusia sempurna..terkadang leka dan alpa....



Tuesday, July 10, 2012

Kisah Hang Tuah...


Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.