Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Monday, April 29, 2013

kisah kancil subaru dan ferrari


Seorang pakcik Tua memandu sebuah proton kancil, malangnya kereta pakcik tu rosak di tepi jalan.. dalam masa yg sama lalu sebuah kereta subaru warna biru yg dipandu oleh seorang pemuda.. kerana rasa kasihan dan belas ihsan pemuda itu menawarkan untuk menarik kereta orang tua tersebut ke bengkel yang berdekatan.

Pemuda : Biar saya tolong tarikkan kereta pakcik ke bengkel di hujung simpang tu.

Pakcik Tua : Terima kasih nak, baik sungguh anak ni..

Pemuda : Tak mengapa pakcik memang tanggungjawab kita untuk membantu orang yg dlm kesusahan.

Orang Tua : baiklah nak

Pemuda : masa saya tarik kereta pakcik nanti kalau pakcik rasa saya bawa laju sangat. pakcik angkat tangan keluar tingkap nanti sya fahamlah.(sambil mengikat tali yg memang sentiasa dibawa untuk sebarang kemungkinan..

Orang Tua : Baiklah nak

Maka bermulalah perjalanan mereka menuju ke bengkel tersebut..
Tak sampai 5 minit perjalanan pemuda tersebut memandu dgn laju. pakcik tu pun angkat tangan. kemudian pemuda tu memperlahankan keretanya..( kejadian ini berulang 3 kali)..

selepas itu ada sebuah kereta ferrari dari jauh memcut dgn laju dan memotong kedua-dua kereta tersebut..( dia potong kerana bengang, dalam hati dia kata takkan kancil boleh cucuk angin subaru, aku pakai ferrari xkn xboleh)

Pemuda yang memandu subaru tadi terkejut setelah kereta ferrari itu memotong dengan laju, dia pun tekan minyak dan kejar kereta ferrari tu..( sehingga lupa pada pakcik tua yg mengangkat tangan di belakangnya)

mereka semua kemudiannya ditahan oleh polis yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan. yg hairannya apabila ditahan kereta subaru dan ferrari itu langsung tidak dipedulikan sebaliknya kereta kancil itu yang dipersoalkan..( mungkin kerana kancil laju sangat kot)

Find the moral value of the story and write a comment space..






Sunday, April 28, 2013

Satu Malaysia Pakatan Rakyat Version


Rakyat kian berubah
semangat melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan kian terbukti

Verse 2
Pakatan yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita lain bangsa, Kita lain agama
Kita satu matlamat, oooo
Kita lain bangsa, satu matlamat
Kita pakatan rakyat

Verse 3

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan seputrajaya

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
sepakat membawa berkat

Chorus x2
Kita lain bangsa, Kita lain agama
Kita satu matlamat, oooo
Kita lain bangsa, satu matlamat
Kita pakatan rakyat