Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Thursday, March 31, 2011

Penghinaan terhadap Islam

Assalamualaikum..


kepada semua ummat islam..jika anda sayangkan ALLAH S.W.T, Islam dan NABI MUHAMMAD S.A.W
plez report or block this person n pages.. n share this post to all your fren.. ajak kwn2 untuk sama2 ambik tindakan

islam telah dihina dengan teruknya
http://www.facebook.com/pages/Wanita-islam-jdi-korban-kontoly-Mamad/112872955458926


http://www.facebook.com/pages/Si-Muhammad-suka-ngentot/119700788107263



http://www.facebook.com/pages/Muhammad-keong-racun/186918981353109


http://www.facebook.com/profile.php?id=100002227536150&sk=wall

http://www.facebook.com/pages/kitab-yg-benar-alkitab/209808472364623


http://www.facebook.com/pages/alQuaran-bukan-kitab-suci/190984814272870
contoh
Ikut langkah ini:
1. Klik url ini : http://www.facebook.com/profile.php?id=100002227536150
2. Sila klik : Report/ Block This Person
3. Tick/Pilih mana-mana jenis report
4. Tick pada Block Jasmine Slalu Hepi
5. Klik Continue.


wat tuk semua url yg sy senaraikan di atas ini bru sebahagian mungkin ada lagi yang lain..


klu online facebook jgn hanya fikirkan keduniaan sekali sekala luangkan masa untuk wat perkara-perkara berfaedah

Penipuan Yahudi


Assalamualaikum...........

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:

POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.


Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini


info : Ym Nurnadiah II  facebook note's

Puisi untuk Ibu


Buat Ibu Tersayang :

Ibu,

Kaulah yang bertakhta dihatiku,
Kaulah segala-galanya bagiku,
Kaulah insan yang bertarung dengan nyawa demi melahirkanku.

Ibu,

Kaulah insan yang tak pernah mengenal erti penat dan lelah,
Insan yg tak pernah mengeluh walau terpaksa bersusah payah,

Ibu,

Kaulah insan yang menghabiskan seluruh hidupmu untukku.

Waktu Pagi dan petangmu waktu jaga dan tidurmu,
Semuanya hanya untukku.

Ibu,

Kaulah insan yang sentiasa bersamaku saat suka dan duka,
Sentiasa rela tak pernah terpaksa,

Ibu,

Kaulah insan yang mengandungkanku 9 bulan 10 hari.

Membawaku ke mana sahaja kau pergi,
Menyayangi diriku dengan sepenuh hati,
Kasih sayangmu ibarat lautan tak bertepi.

Ibu,

Kaulah insan yang membesarkan dan menjaga ku sehingga dewasa,
Sehingga kenal mana dosa mana pahala,
Sehingga kenal mana syurga mana neraka.

Kaulah insan yang memberiku makan dan minum,
Mengajarkanku setiap apa yang kau tahu,
Memberikan ku kesemua yang ku mahu.

Ibu,

Apa lagi yang boleh ku harapkan darimu,
Apa lagi yang boleh ku pinta darimu.

Semua yang kupinta ditunaikan sepenuhnya,
Kasih sayangmu kau curahkan segala-galanya buatku,
Sehingga aku tak terbalas setiap jasa-jasamu.

Ibu,

Andai aku mati hari ini,
Andai aku pergi meniggalkan mu sendiri,
Kau ampunilah segala dosa-dosaku,

Kau ampunilah segala kesalahan-kesalahanku,
Kau ampunilah segala kerenah dan keinginanku,
Kau ampunilah andaiku pernah mengguris hatimu.

Ibu,

Tiada apa yang ku harapkan lagi darimu,
Tiada apa lagi yang ku pinta darimu,
Hanya kemaafan dan restu darimu….Ibu.

Ibu,

Ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu

Wednesday, March 30, 2011

RAHSIA DISEBALIK SOLAT LIMA WAKTU




Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat
muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata :' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi
utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuaatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang
akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.,

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana
taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap
dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena
nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada
kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan
itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan
ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu
adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas
kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan
makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan
kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."
(Al-Baqarah :155)



Sumber : zulkefli bin mohamad ( zulmujahid87.blogspot.com)





cinta


nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini.. heran....

pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?...

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...

bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahannya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susut nilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat....

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...

Saturday, March 26, 2011

Kebijakan orang Asia

SEORANG warga Indonesia berjalan memasuki sebuah bank di New York untuk mengajukan pinjaman. Dia menghampiri petugas bahagian pinjaman, mengatakan dia perlu pergi ke Jakarta untuk urusan bisnis selama dua minggu dan memerlukan pinjaman dana US$5,000.

Pihak bank perlukan jaminan untuk pinjaman tersebut. Lelaki itu sanggup. Diberinya kunci dan dokumen sebuah kereta Ferrari berharga $250,000 sebagai jaminan. Kereta itu berada di depan bank. Pinjamannya pun di persetujui.

Setelah dua minggu kemudian, lelaki itu kembali dari Jakarta dan datang ke bank, untuk mengembalikan pinjaman dana US$5,000 beserta bunga US$15.41.

Pegawai bank itu bertanya, “Mister Sastro, kami sangat gembira melayani dan berbisnis dengan tuan. Tetapi ada sesuatu yang amat membuat kami bertanya-tanya. Waktu tuan pergi ke Jakarta, kami lihat balik rekening tuan di bank kami, rupanya tuan memiliki dana jutaan dollar. Kenapa tuan masih perlu pinjaman hanya dengan US$5,000?

Sastro menjawab, "Dimana lagi di kota New York ini, saya boleh parkiing kereta selama dua minggu dengan hanya membayar US$15.41 dan kereta saya tidak dicuri sampai saya kembali?” (IH)

Friday, March 25, 2011

Disebalik tabir sebuah kegagalan

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Di tengah-tengah kepanasan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada seorang yang sangat kreatif membuat lawak cerita belakang tabir kisah ini.

Video klip 3 minit 53 saat ini bakal menjadi antara video yang popular dalam Youtube.

Ia telah naikkan oleh seorang pengubahsuai video, Suaremerdeka, berdasarkan sebuah cerita zaman Jerman dijangka menjelang perang dunia kedua dahulu.

Ia mengisahkan bagaimana seorang pemimpin yang mereka panggil 'Datuk Seri' marah-marah ekoran kegagalan video seks terbaru yang didedahkan oleh Trio Umno.














Thursday, March 24, 2011

Akibat tolak Islam

PEMIMPIN  2X5.... nak kata apa lagi.. klu da bapak borek anak rintik,, jgn tanya kenapa, semakin hari semakin bnyk masalah gejala sosial timbul.??? klu dilihat da macam cendawan tumbuh mslh sosial di negara kita ni.. dari remja, shingga ke tua semua ada.. malangnya kanak-kanak ppun terlibat sama.. mengapa masalah ni berlaku..??? sebab kita tak menggunakan hukum Allah (Hudud) sebaliknya kita guna hukum yang kita reka sendiri, hukum yang boleh dipinda dr masa ke semasa?? klu da dr kepimpinan mcm tuh bawahan mcm mane pulak... pikirlah sendiri?





siapa ni ha??









makin lama makin banyak masalah sosial




yang menjadi pujaan



yang menjadi ikutan


yang sangat memalukan



yang semakin menjadi-jadi



Idola 

islam hadhari

islam hadhari vs first gurl

muhrim ker?


muhrim ke ni?

Wednesday, March 23, 2011

Peristiwa 30.Feb 2011 (adakah ini realiti)


Assalamualaikum warahmatullah…
Selamat membaca, semoga anda menerima dan memahami apa yang bakal di sampaikan dengan pintu hati yang terbuka, aku bukan mahu membuka keaiban dan kekurangan seseorang tetapi aku mahu mahu menceritakan realiti kehidupan yang sebenar.. Apa yang telah aku lalui dan  apa yang telah aku rasa, aku kongsikan cerita supaya korang yang membaca post aku ni tidak mengalami nasib yang sama.. Sebelum aku mulakan cerita aku nak kongsi dulu satu pesanan orang tua-tua  katenye :”semakin cantik seseorang wanita itu, semakin bijak tipu helahnya”..
Sebelum ini aku aggap kata-kata ni sebagai permaianan dan gurauan orang tua-tua.. tpi setelah apa yang berlaku pada diri aku, aku dapat rasakan ade benarnya kata-kata ni..Bukan semua kata-kata mereka ni satu gurauan.. kita sering mendengar org tua-tua kata, “jgn tido tepi pintu nanti mimpi ular” apa yang dieorg nak sampaikan sebenarnya… Ular –(apa kaitan ular dengan tido tepi pintu) sebenarnya dieorang xbagi tido tepi pintu sebab mengganggu jalan orang keluar masuk, lagipun tido tepi pintu ni kurang sopan.. bukan adat kita orang Melayu… Tapi (kenapa dikaitkan dengan Ular????) ular tu sebagai penyedap cerita menakutkan kita yang masih kecil supaya kita tak buat mende yang dilarang tuh..
Menurut satu kajian kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ialah kanak-kanak  yang  minda nya separuh sedar.. Apa yang dikatakan separuh sedar??? Minda separuh sedar ialah minda yang tidak bertindak balas dengan larangan seperti, “jangan” dan “tidak” . kalau tak percaya lihat pada adik-adik 2 anak-kita yang kecik2 tu.. cuba dilarang “jangan panjat meja tu nanti jatuh” takkan ada tindak balas, sebaliknya dia tetap akan tetap  panjat dan bila dia jatuh dia akan serik dan tak akan buat lagi..cuba la perhatiakn… itulah serba sedikit yang saya tahu tentang apa yang dikatakan minda separuh sedar.nak tahu lebih kena cari info dari sumber2 lain yang berkaitan..hhehe
Berbalik kepada cerita aku tadi, (da jauh sgt menyimpang ni) hehe sebab apa aku cerita fasal minda separuh sedar ni, sebabnya kita berbalik semula pada cerita ular tadi, kenapa dikaitkan dengan ular?? Ular dijadikan sebagai perumpamaan atau kiasan untuk menakutkan kita yang masih kecil ni,,itu je sebabnya…. sebab kalau dilarang dengan perkataan “tidak” dan “jangan” kita tetap akan buat.. jadi di situlah sebabnya mengapa orang tua-tua buat perumpamaan macam tuh.. Supaya kita patuh pada arahannya tanpa kita dan die dapat susah..
Mulanya aku tak faham juga ngn perumpamaan ni :”semakin cantik seseorang wanita itu, semakin bijak tipu helahnya”.. tapi bila aku fikirkan dan renungkan kembali, (setelah aku mengalaminya ) aku dapat memahami maksud di sebalik perumpamaan tu,.. Aku pendekkan cerita sebab takut korang bosan ngan celoteh aku yang tak seberapa ni..hehe
Kisah bermula masa aku mula2 jejak kaki aku ke darul takzim ni, seminggu aku kat sini teringin la nk usha2 line kn.. kat mne tmpat nk bli brg2 kprluan tmpt2 nk tenangkan fikiran..(karoeke la tuh) huhuh  aku pun ajak mmbr2 kuar pgi bndr TUUUTTT (dirahsiakan atas sebab2 tertentu). Ms aku pergi tuh xde pape yg jadi .. mse blik tuh certa bermula.. heheh


Aku naik bas &%^*(rahsia lagi) time dlm bas tuh ade la awek dua org duk kt depan aku ni.. yg si mmbr aku kat sebelah ni da start  mengayat lak dak yang kt depan die tuh.. aku tgok je wat xtau jelakan.. tpi bila tgok minah sebelah die tuh cam pandang2 belakang je aku pn tegur la..hehe dalam sembang2 aku pn tye la serba sdkit fasal diri dia (nama dia A) asal (parit A) Umur (2A) hhee mmbr sblah dam kin rancak bersembang siap tukar2 no fone g.. aku pun mula rse tercabar..hehe normal ar laki kan.. aku pun mintak la no.. tpi die xbgi (eleh aku xheran pun ade kau kisah hahah) tpi die mintak no kau. Aku pun bg la no aku(012___4537) hehe.. da org mintak kan.. nk berkawan xslah kan.. x smpai 5 minit die turun kat die punya destinasi…tinggallah aku ngn mmbr sblah serta bbrpa org rakan yang lain.. heheh (ayat buku teks la pulak)..
Malam tuh aku mcm biasa ngn mmbr2 pergi mkn kt warung (di kwsn B) ms tengah syok duk kunyah nasi tiba2 pone aku duk bunyi,, sape la sms time2 aku nk mkn ni???.. tengok2 no yang naik xde dlm senarai.. erm lain mcm je ni.. tpi ms tu aku x syak lgi minah tu yang kol aku.. aku pun ape lgi terus je kol mklum kredit tgh bnyk mse tuh..huhu tup2 yang angkat lembut je suaranya.. mcm kenal je suara ni.. tba2 die kenalkan diri n say sory sebb mggu.. aku pn ape lagi aku ckap xde ape la perkara biasa hehe.. Tengok 2 ayat tu “permainan die cmne” hehehe
Maka bermula dri situ semakin lama semakin keraplah sms , n yang wat aku jdi suka layan minah ni sebab die suka dok kol aku.. baguih la jimat kredit aku..heheh pastu ade skli tuh die nk 3g tpi ms tuh aku xde pone 3g, pone aku roasak terpaksa pinjam membr punye..hehehe skli-skla menyusahkan mmbr2 kn.. arghhhh penatnya nk menaip nih.. tpi mengenangkan certa ni da hampir tamat aku rasa elok aku teruskan…hehehe
Setelah hampir dua bulan kenal tiba2 dalm duk sembang sms tu, terkeluar pulak topik sal hati n perasaan ni, aku pn xtau cmne tbe2 leh terkeluar topik tuh.. Tapi die xksah n die pn brcrta la ttg cinta die sblm ni, prngai pkwe die sblum ni.. aku pun jdi terharu dan teramat simpati ngn nasinya hehe.. aku pun bnyk la mnshtkan die n bg dorongan kat die.. tpi dlm aku tak sedar perbuatan aku tuh membuat die jadi tertarik n berminat mngnali aku lebih jauh.. ms tu xslap aku kiteorang da penah jumpa kat (bndr A). tpi tu pn 5 mnit je kot.. msing2 ade perkara yg lenih pnting yg nk disetlekan..hehe
Jumpa 5 minit smpat ke nk kenal ati budi,??? nk renung ke dalam mata pn x sempat hahaha.. 2 yg wat aku pelik xkan sebab kata2 nasihat aku tuh die jdi tertarik sgt kat aku.. bgus sgt ke kata2 aku tuh hahah.. (poyo la pulak aku nih) Aku pn ape lgi org mengatuk disorongkan bantal. Dan org memberi kita merasa.. betul x? org kata cinta tak dpt klu x beri.. hehe so da de org yg sudi memberi kita terima jelah..wlupn ms 2 aku langsung xde pape perasaan pd die aku trma je die sbb nk mnjga ati dan prsaan die..
Maka bermula la kisah yang membuat aku merasa benci pada “permainan seorang wanita“  permulaan perkenalan yang agak baik, biasala mula2 bercinta kan.. lame2 aku jadi bosan sebab aku terpaksa menurut sgla kehendak die, jge ati die. Ati aku sape nk jge hah (cuba cakap).. aku da jdi mcm boneka terpaksa beralah aje denagn die.. padahal aku lelaki, sebagai pemimpin,, kenapa aku pulak yg dipimpin.. ini tak boleh jadi..

(pada fikiran aku mungkin Perempuan ni rase die tu cantik sgt sampai aku syok giler kat die, n turut je ape kata die)sory gurl wa x mcm tu heheh..
Lama-kelamaan aku semakin muak dan bertambah2 bosan dengan perangai die, aku pun diam kan diri xmcg n kol  die,shri je. Tiba2 die anta mcg cakap kita putus huhu ( die ingt die wat cm2 aku ni rase kecewa ke) sory beb hati wa keras hehe wat bukan mat bunga..haah Aku pn cuba la pujuk die nk tgok die cmne tpi die trus diam xrply n agkat kol aku.. (dalam ati aku) “ade aku kisah” hehe aman hidup aku.. aku xrugi pape die yg rugi sebab handphone die ade kat aku… Aku da sms kt mmbr die n aku pesan klu nk henset tuh cntct aku, lau x aku buang je..hahah aku pn da mnymah tengok mende tuh.. tpi smpai skg die xde cntct aku.. mybe die benci sgt kat aku kot..yang wat aku bengang ngn pompaan ni.. (aku tak tau ape salah aku smpai die benci sgt kat aku, aku Cuma nk tau tu je) hahah sampai die remove aku dr fren fb die (die ingt aku kisah hah)
Aku ni bukan lah kejam sgt nk mempermainkan perasaan org tpi klu da org wat aku cm2 aku bls la.. haha aku tak rasa pape pn die wat cm2 Cuma yg aku tak puas ati 1 perkra ni je kenpa die benci sgt kt aku???? tu je…..(aku nk tau pe slh aku kat die??) klu die rse die da berjaya mainkan prsaan aku die silap la.. heheh sebab aku mmg da xde prsaan pd pmpn ni .. only fren hhaah.. aku penah kecewa so aku xnk kecewa lagi..tpi aku xmembenci org pmpn aku tetap anggap pmpn sbhgian dr hidup aku.. tu da fitrah mmg da x boleh dinafikan lagi… So klu rase nk kecewakan aku simpan jela niat tuh.. huhu
Bila aku renung balik pada pepatah org tua2 tdi tu :”semakin cantik seseorang wanita itu, semakin bijak tipu helahnya”.. aku rase mende ni mungkin ade kene mengena ngn cite aku,, tpi aku sndri pun xpasti.. pndai2 la menilainya hahah
Papepun aku tak ruhi pape.. “SIAPA YANG BACA CERITA NI N RASA DIA ADA KAITAN DENGANNYA SILALAH HUBUNGI SAYA UNTUK MENGAMBIL HANDFONE ANDA” jika tidak aku akan buang kat kedai henset  hehe… HARAP MAKLUM 

Tuesday, March 22, 2011

Penipuan Dalam Pemakanan


Penipuan dalam MAKANAN   

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

kopi
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

kambing
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

McD
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

cocacola
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudarakanser ovarikanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah Al-Baqarah : 168)

Firman Allah:
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Surah Al-Maidah : 88)

Firman Allah:
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,  jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(Surah An-Nahlu : 114)