Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, March 16, 2011

Masjid Twin Tower Ground Zero Dan Kaitannya Dengan Al-Quran =Yang Bersifat Back To The Future= RELEVAN SEPANJANG ZAMAN --------> Surah At-Taubah Ayat 109 <--------

Dinar-Emas.COM: http://www.dinar-emas.com/thread-348.html#ixzz1GldzSACj
Dapatkan Dinar Emas Anda Yang Pertama Di http://www.dinarmas.com



    

Quote:Maksudnya;
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik,
ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh,
lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?
Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 
dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. 
Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”
Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. 
‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, 
ASMA , 
pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, 
syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. 
Ini kerana, 
pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal 
mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.
Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

    
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”
Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). 
Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

    
Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. 
Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.
Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? 
Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.
Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), 
jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. 
Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. 
Lihat gambar bawah.

   









Allah Mencela 

Orang Yang Merendah-rendahkan 

Hikmah Ayat Al-Quran


    

Quote:Maksudnya;
“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran)
maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek):
“siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?”
Dan adapun orang-orang yang beriman,
maka surah itu menambahkan iman mereka,
sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, 
lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124
Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. 
Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah
Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.
Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero
Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu:
(109 -107 = 2), 
maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911
Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.
nine one one = 911

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran
Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, 
ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.
Di sebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, 
ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.
Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, 
gerakan Islam, 
persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …


Dipeti dari web dinar-emas.com



No comments:

Post a Comment