Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.
Implikasi dan Bahaya Penubuhan IFC
  • Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
  • Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
  • Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
  • Orang Islam bebas untuk murtad
  • IFC berhak dan diberi kuasa menentukan status agama seseorang
Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Penubuhan IFC

Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban anda semua sebagai orang Muslim di Malaysia ini untuk:
  • Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya
  • Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya
  • Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan
  • Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen
  • Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya
  • Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang

Sumber rujukan: http://geocities.com/bantah_ifc/