Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, August 24, 2011

Faceblog


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Kesabaran dan Kebersihan Sebahagian atau Separuh dari Iman


Kebanyakan dari kita sering salah erti tentang maksud kebersihan dan  kesabaran bukan sahaja dari golongan yang tidak berilmu bahkan dari golongan-golongan yang berilmu dan mempunyai pengetahuan ilmiah dan syariah yang tinggi juga sering tersalah erti..

Sebagai contoh kebanyakan dari kita sering mengatakan bahawa ”kita haruslah bersabar dalam menghadapi sesuatu musibah atau bencana yang menimpa kita kerana kesabaran itu separuh dari iman”.

Ada juga yang mengatakan seperti ini,, “kita mesti menjaga kebersihan kerana kebersihan itu separuh dari iman .. 

Soalan aku... Apa yang korang dapat melalui dua contoh ayat diatas.. mungkin sebahagian dari korang mengatakan tiada suatu perkara yang pelik atau tidak kena dengan ayat di atas dan mungkin sebahagian yang menyedari tentang kekurangan dalam ayat di atas.. tetapi sebenarnya jika anda ulang membaca  semula ayat di atas dan anda renungkan sejenak anda akan mengatakan bahawa  Iman anda telah sempurna apabila anda mengamalkan kebersihan serta kesabaran dalam kehidupan seharian anda.
Aku buktikan..

Kebersihan = separuh ( ½ ) daripada iman
Kesabaran = Separuh ( ½ ) daripada iman
½ daripada iaman  + ½ daripada iman = 2/2 iman,, jadi iman anda telah sempurna dan anda layak digelar sebagai manusia yang beriman.. betul x??
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI..

Dengan bersih dan sabar iman anda masih belum sempurna.. Sebenarnya Kebersihan dan Kesabaran bukanlah separuh dari iman tetapi sebahagian daripada iman. Dan ayat yang patut kita ucapkan ialah

“kita haruslah bersabar dalam menghadapi sesuatu musibah atau bencana yang menimpa kita kerana kesabaran itu sebahagian dari iman”

“kita mesti menjaga kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian dari iman”

Inilah sebaik-baik ucapan yang patut kita lontarkan..Kerana iman Itu sebenarnya sebahaian daripada iman dan bukan separuh dari iman.. Jika ianya separuh daripada iman cukup sekadar mengamalkan kebersihan dan kesabaran kita telah menjadi seorang muslim yang beriman.. jadi kita tidak perlu melakukan ibadah lain lagi,, jadi apa gunanya Allah menciptakan amalan-amalan lain  seperti solat dan berpuasa??? Adakah hanya untuk memenuhkan jadual kita sebagai manusia, atau sekadar untuk menyeksa kita..??? Allah s.w.t tidak begitu.. setiap yang diciptakan mempunyai sebab dan tugas tersendiri.... sama-samalah kita renungkan..

Satu lagi ucapan yang sering kita lontarkan, “jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Allah s.w.t”  ini satu lagi ayat yang tidak patut kita gunakan ianya ibarat kita menzahirkan zat Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.. Lebih elok kita ucapkan seperti ini  “jodoh pertemuan ajal dan maut ketentuan Allah s.w.t”  Ayat ini lebih sesuai kita gunakan dan ingatlah Bahawa kita sebagai amkhluk yang kerdil ini tidak mampu menzahirkan zat Allah bahkan tidak mampu memikirkannya.. disini ada satu kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa A.s tentang Seorang yang ingin mengenali atau mengetahui tentang zat Allah baca dan renungkan..



Adeep, The Fabulous Cats, Ingin Jadi Pendakwh.Gudjob!!



Dari kiri: Cat, Wangi, Zizi dan Adeep
HALAMAN HIBURAN

KL
: Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.
Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nema kumpulan mereka mulai gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya menjadi contoh kepada artis-artis lain
Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.
"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.
"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seoarnag lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.
Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini. 

Kisah mencari tuhan

Tersebutlah satu kisah bahawa sewaktu Nabi Musa AS telah sampai di negeri Mesir setelah kembali dari negeri isteri Baginda di Madyan, maka Baginda telah menyampaikan risalah ke Rasulannya dan ajaran-ajaran agama yang telah diterima dari Tuhannya sewaktu menyendiri di bukit Tursina (Sinai) di lembah Thuwaa dengan ayat-ayat dalam kitab Taurat.

Dimulainya seruan ini kepada kaumnya Bani Israil di samping menghadapi Firaun dengan kaumnya yang memerintah Mesir waktu itu. Yang menjadi pokok ajaran Nabi Musa sama saja dengan asas ajaran segala Nabi SAW dan Rasul sebelum dan sesudahnya. laitu:

Bahawa kamu menyembah Allah dan janganlan kamu persekutukan-Nya dengan sesuatu pun!

Akhirnya sampailah seruan dan ajaran Nabi Musa ini ke satu negeri kecil yang jauh terpencil di hulu sungai Nil. Nama negeri itu Qiryah.

Adapun penduduk negeri ini antara seribu ke tiga ribu orang yang kebanyakannya terdiri dari suku-suku Bani Israil. Di antara orang-orang beriman yang tinggal di sana termasuklah seorang pemuda yang bernama Abdullah Syarafi. Pemuda tersebut tidak berasa puas hati sekadar beriman begitu saja kepada Allah SWT, malahan timbul keinginan dalam dirinya untuk mengetahui nyata siapakah sebenarnya Allah, Tuhan yang akan disembahnya nanti.

Perasaan ini mengganggu benaknya siang dan malam. Akhirnya beliau membuat satu keputusan. laitu dia akan pergi ke Mesir untuk menemui Nabi Musa AS supaya dapat bertanyakan halnya itu.

Qiryah ialah satu negeri yang jauh. Perjalanan ke Mesir memakan masa berhari-hari dengan menempuhi berbagai kesukaran mendaki bukit-bukau, merentasi hutan rimba yang tebal, penuh dengan binatang buas, melintas pula padang pasir tandus yang kering kontang. Semua itu sudah terbayang di kotak ingatannya.

Tetapi adakah itu semua menghalang beliau untuk meneruskan niatnya. Sama sekali tidak. Abdullah Syarafi terus bersiap-siap dan pada satu saat dan hari yang dikiranya baik, lalu mulalah beliau mengatur langkah seorang diri.

Sesudah menempuh beberapa hari perjalanan, kini hutan rimba menanti di hadapannya. Hutan rimba itu merupakan suatu pemandangan yang mengerikan. Sunyi dari suara manusia. Beliau terus melangkah semakin jauh ke tengah hutan rimba.

Tiba-tiba, beliau dikejutkan oleh satu pemandangan yang menakutkan sekaligus amat menyedihkan. Apa yang ditemuinya ialah sekujur tubuh manusia yang sudah dianiayai. Tubuh yang cuma tinggal badan dan kepala itu terlantar di bawah satu pohon. Kedua-dua kaki dan tangannya telah dipotong. Dia tidak dapat bergerak lagi kemana walaupun sekadar untuk mengiring ke kiri atau ke kanan.

Kaki dan tangannya yang sudah terpisah itu telah hampir reput dan penuh dikerumui ulat, lalat dan bermacam-macam binatang kecil yang memakan bangkai. Demikianlah keadaannya sehingga tiada apa lagi yang dinanti melainkan maut sahaja. Pemandangan itu amat mengharukan perasaan Abdullah Syarafi.

Namun! Satu perkara sangat mengejutkan beliau. Dilihatnya beratus-ratus ekor semut bergotong royong mengusung dengan susah payahnya akan buah-buah hutan. Dengan perlahan-lahan buah hutan itu dibawa hingga ke mulut insan yang malang itu. Lalu dapatlah dia makan dan menyambung sisa-sisa nyawa yang masih ada.

Kepada Abdullah Syarafi lalu diceritakan kisah dirinya hinggalah beliau jadi begitu sengsara. Katanya, semua itu berpunca dari perbuatan satu kumpulan penyamun yang telah merampas harta bendanya. Kemudian diceraikan pula kaki tangannya dan ditinggalkan di dalam hutan itu sejak lima hari yang lalu.

Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa besarnya kesengsaraan yang ditanggungnya. Tetapi rupanya, ajal belum ditakdirkan untuknya lalu digerak Tuhan akan ratusan semut-semut untuk membawakan buah hutan sebagai rezekinya.

Itulah makanannya sejak terlantar tidak berkaki dan tidak bertangan.

Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuannya untuk ke Mesir. Setelah habis diceritakan lalu orang itu berkata:

"Kalau begitu, tolonglah tanyakan kepada Nabi Musa, sesudah sampai begini rupa kekejaman orang terhadap diriku, maka adakah aku akan masuk syurga dengan menanggungnya?"

"Baiklah," balas Abdullah Syarafi dengan perasaan yang hancur luluh, lalu dia pun meminta izin untuk menyambung perjalanannya.

Abdullah Syarafi pun meneruskan perjalanannya yang masih jauh itu.

Beberapa hari kemudian, beliau terserempak dengan kumpulan penyamun yang telah menzalimi lelaki malang yang ditemuinya sebelum itu.

Rupanya Abddulah telah memasuki kawasan 'sarang' penyamun. Didapatinya mereka amat garang, bengis dan tidak ada tanda bersifat belas kasihan di wajah mereka. Sembilan orang semuanya.

Mulanya mereka hendak merampas barang-barang yang ada pada Abdullah, tetapi bila tidak mereka temui sesuatu pun yang berharga, lalu mereka bercadang untuk membunuhnya.

Berkata Abdullah, "Jikalau kematianku ada guna dan manfaatnya kepada tuan-tuan semua, maka bunuhlah hamba."

Tenang saja Abdullah menuturkan kata-katanya. Tidak ada rasa takut sedikit pun kerana beliau yakin bahawa Allah yang sudah dipercayainya diimaninya itu tidak akan membiarkan hal itu berlaku jika ianya memang tidak ditakdirkan atas dirinya.

"Tetapi," sambung Abdullah lagi, "Menurut fikiranku, tiada gunanya sama sekali tindakan tuan-tuan. Bahkan hanya akan mendatangkan kesusahan dan jadi beban pula kepada tuan-tuan. Kerana jika aku tuan-tuan bunuh, terpaksa pula mayat aku ditanam. Bermakna tuan-tuan terpaksa menggali tanah. Alangkah banyaknya kerja tuan-tuan hanya untuk menguruskan sekujur mayatku."

Abdullah Syarafi memerhatikan riak di wajah mereka. Kata-katanya memberi kesan terus ke hati mereka.

"Atau, jika tuan-tuan ingin membuang mayatku dari sini, tentulah terpaksa pula mengheret mayatku sekian jauh

Jikalau tidak, maka akan terganggulah tempat tuan-tuan ini oleh sebab busuknya bau mayatku nanti.

Maka jelaslah, jika tuan-tuan tetap akan membunuhku, hanya akan menyusahkan diri tuan-tuan juga.

Sedangkan manusia diberi akal oleh Tuhan. Supiaya dapat dengannya kita menimbang buruk baiknya sesuatu yang akan dikerjakan. Adakah ia memberi faedah atau sebaliknya. .."

Demikianlah Abdullah Syarafi terus berbicara hingga mulalah dia menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuan dia menempuh perjalanan yang penuh bahaya itu. Selanjutnya berkata Abdullah, "Tuan-tuan, selama mana pun manusia hidup, akhirnya. akan mati juga.

Dan kelak sesudah mati, tiap-tiap manusia akan menghadapi pengadilan Tuhan. Menerima hukuman atas segala kejahatan yang telah dilakukannya. Jadi, bertaubatlah tuan-tuan dan berhentilah dari kejahatan ini sementara pintu dan jalan untuk taubat masih terbuka."

Demikianlah Abdullah mengakhiri nasihatnya. Dengan kehendak Allah jualah, maka segala tutor kata dan nasihat Abdullah Syarafi yang bersungguh-sungguh dian dengan penuh ikhlas itu rupanya menyelinap masuk ke dalam hati mereka langsung meresap masuk ke dalam perasaan keinsafan.

Lantas berbicara seorang dari mereka. "Bagaimanakah kami akan bertaubat Sedangkan dosa-dosa kami sudah terlalu amat banyak. Sudah sekian banyak harta benda manusia yang kami rampas, kami samun. Belum lagi dihitung penganiayaan yang telah kami lakukan terhadap mereka. Adapun nyawa manusia sahaja, sudah sembilan puluh sembilan yang terbang melayang.

Tetapi, meskipun demikian, memang kami telah mempunyai rasa takut terhadap azab-azab Allah di akhirat kelak. Oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, maka tolonglah tanyakan keadaan kami ini. Adakah Allah akan menerima taubat kami ini.. ?"

"Baiklah, akan hamba tanyakan kepada Nabi Musa," jawab Abdullah Syarafi dan dia pun meneruskan perjalanannya.

Selanjutnya, tinggal satu pertiga saja lagi perjalanannya, Abdullah Syarafi sedang melewati padang pasir yang tandus pula. Terdapat bukit-bukit berbatu-batan di beberapa tempat.

Tiba-tiba, beliau terserempak pula dengan seorang perempuan yang tinggal dalam sebuah gua batu. Perempuan setengah umur itu didapatinya tinggal di situ seorang diri.

Wanita separuh umur itu sedang tekun beribadah ketika Abdullah Syarafi terpegun melihatnya dengan rasa kagum.

Takala dia sudah selesai dari solatnya dan mendapati ada seorang pemuda tercegat di pintu guanya maka terkejutlah dia seraya membentak, "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu? Adakah kamu hendak mengganggu ibadatku di sini?"
"Tidak! Sama sekali tidak bahkan hamba tidak tahu menahu adanya tuan hamba di sini. "Jawab Abdullah dengan tenang saja. Dan tidak langsung terlintas dalam benaknya untuk berlaku jahat.

"Tapi hamba amat hairan. Sebab melihat keadaan tuan hamba yang sendirian di sini. Jauh dari manusia dan tekun pula beribadah. Tidakkah tuan hamba berasa takut tinggal seorang di sini? Bahkan hamba pada mulanya menyangka tuan hamba ini entahkah jin atau peri yang menghuni tempat ini. Bolehkah tuan hamba menceritakan mengapa tuan hamba berada di sini?"

"Tuan hamba pula dari mana dan apa tujuan?" Tanya perempuan itu pula.

Lalu untuk kali ketiganya, Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya dari mula dia beriman dengan risalah yang disampaikan oleh Nabi Musa AS hinggalah dia menempuh perjalanan yang serba sukar, bahaya dan meletihkan itu.

Setelah itu perempuan itu pula menceritakan hal ehwal dirinya. Maka fahamlah oleh Abdullah bahawa perempuam itu berada di situ kerana mahu mengasingkan dirinya dari manusia untuk melakukan ibadatnya dengan tekun.

Tidak diganggu oleh sesiapa. Dia juga berasal dari Mesir. Sudah bersuami dan punya beberapa orang anak.

Tetapi lantaran berasa khuatir, semua itu akan menghalanginya dari melakukan ibadat kepada Tuhannya, maka dia pun ber'uzlah' ke tempat sunyi itu.

"Hamba senang berada di sini." Tambah wanita itu lagi, "Asyik beribadat. Siang berpuasa. Malam beramal. Hidup hamba kini semata-mata untuk Tuhan dan hamba tidak lagi rasa khuatir akan terganggu oleh urusan rumah tangga, suami dan anak-anak juga masyarakat dan oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, tolonglah tanyakan kepada Baginda, adakah Tuhan menerima sekelian ibadat dan amal hamba ini dan memasukkan hamba ke dalam syurga-Nya lantaran demikian banyaknya amalan hamba ini." "Baiklah. Akan hamba tanyakan."

Lalu Abdullah Syarafi pun mohon izin dan dia pun berlalu dari situ, Tiada lama kemudian, sampailah dia di Mesir dan setelah dapat berjumpa dengan Nabi Musa AS maka segeralah dia menyatakan maksud kedatangannya yang hendak mencari Tuhan supaya biar tentu benar siapa Allah Tuhan yang hendak disembahnya itu.

Sebelum dia menutup kisah dirinya, sempat dia menyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang dipesankan oleh mereka yang ditemuinya semasa dalam perjalanan. Jawab Nabi Musa AS:

"Wahai Abdullah Syarafi! Engkau fikirkanlah dan renungkanlah akan sifat-sifat dan makhluk bekas kekuasaan Allah SWT itu. Jangan sekali-kali engkau memikirkan zat Nya. Kerana engkau tidak akan sama sekali dapat memikir-Nya walau bagaimama sekali susah payahnya engkau.

Tetapi sentiasalah engkau akan menemui bukti kewujudan Allah itu pada semua bekas kekuasaannya yakni kejadianNya. Lihatlah alam yang terbentang ini. Termasuk juga kejadian dirimu sendiri, adalah menjadi saksi dan bukti akan adanya Tuhan. Dari mana engkau dan semua makhluk yang ada telah datang dan kemanakah nanti akan pergi?

Wahai Abdullah Syarafi, jangankan hendak menemui wujudnya Zat Tuhan itu yang memang sudah sengaja dighaibkan oleh-Nya kepada kita semua sekarang ini. Entah mungkin nanti dizahirkan-Nya di akhirat, kalau memang hijab sudah diangkatNya. Bahkan sesuatu yang ada dalam tubuhmu yang kamu sendiri pasti akan adanya dan kamu dapati bekas-bekas dan kesan perbuatanya, itupun tidak dapat kamu melihatnya. Yakni ruh kamu sendiri.

Maka apatah lagi Zat Dia yang telah mengadakan segalanya itu!

Jikalau Allah SWT menzahirkan Zat-Nya kepada kita ummat manusia sekarang ini... maka apalah gunanya lagi tugas kami sebagai Rasul utusan-Nya ini. Sedangkan kami ini menyampaikan khabar-khabar ghaib yang wajib diimani dipercayai itu?

Maka bukankah telah nyata bahawa ghaibnya Zat Tuhan dijadikan suatu ujian bagi keimanan seseorang hamba."

Termenung. Terpegun dan bungkamlah Abdullah Syarafi mendengar huraian yang sangat tepat dari Nabi Musa AS itu. Terus meresap ke dalam relung-relung kesedaran jiwanya akan segala kebenaran yang dituturkan oleh RasuluLlah Musa AS itu.

Dan dia mendengar lagi huraian-huraian selanjutnya bagi tiga persoalan yang dibawanya.

"Adapun kemudian dari itu, sehubungan dengan tiga jenis pertanyaan dari tiga golongan yang telah engkau temui itu, beginilah keterangannya.

Adapun yang ditimbulkan oleh Hakikat Iman seseorang manusia itu, ialah adanya empat macam sifat pada dirinya: Dua yang wajib diingati dan dua yang wajib dilupakan.

Maka dua yang wajib diingati ialah jasa-jasa orang terutama nikmat Allah terhadap dirinya. Dan kedua, ialah kesalahan- kesalahan dan kejahatann dirinya terhadap orang lain, terutama dosa-dosanya terhadap Allah.

Serta dua macam yang wajib dilupakan, ialah jasa-jasa dan kebaikan dirinya kepada orang lain, termasuklah amal-amal dan ibadatnya kepada Allah.

Serta yang kedua, akan kesalahan-kesalahan dan kejahatan orang terhadap dirinya.

Dari itu, wahai Abdullah Syarafi, adapun orang yang engkau temui menderita di dalam rimba itu sengsara dengan sebab kekejaman-kekejaman dan aniaya orang ke atas dirinya, maka ia telah mengingat-ingati barang yang wajib dilupakan. Dan sebaliknya dia telah melupakan apa yang wajib diingati.

Diingat-ingatinya kejahatan penyamun yang dialaminya, tetapi ia melupakan jasa-jasa semut yang telah disuruh Allah untuk menghantarkan makanan ke mulutnya. Maka dengan demikian itu dia tidak mempumyai "Hakikat Iman", dan dari itu tidaklah akan masuk syurga.

Begitu pula tentang perempuan yang engkau temui mengasingkan diri ke tempat yang sunyi itu.

Ketahuilah bahawasanya agama itu disyariatkan Tuhan kepada umat manusia, ialah untuk membawakan ajaran dan petunjuk-petunjuk hukum bagi mereka, bagaimana adanya peraturan hubungan dengan Allah dan hubungan antara manusia.

Nyatalah dengan tindakannya mementingkan dirinya meninggalkan rumah tangga, suami dan anak-anak serta masyarakatnya itu, suatu tindakan putus asa, yang dengan sendirinya dia telah merosakkan ajaran agamanya sendiri kerana ia telah memutuskan hubungannya dengan manusia.

Padahal, menanggung kesusahan kerana perhubungan demgan manusia itu, baik berupa hubungannya dalam melayani kepentingan suami sendiri, anak-anak atau masyarakatnya, adalah yang demikian itu termasuk amal dan ibadat juga baginya. Dan itu juga termasuk ajaran-ajaran agama kepada manusia.

Dan lagi sebabnya Tuhan mengharamkan bunuh-membunuhnya dan peperangan terjadi, ialah kerana akibatnya memusnahkan isi dunia, memutuskan perhubungan antara manusia dan memutuskan keturunan. Sedangkan tujuan Tuhan ialah supaya dunia ini diramaikan dengan manusia.

Maka kalau sama sajalah pendapat segala manusia dengan perempuan itu, yang lelaki tidak hendak beristeri dan yang perempuan tidak pula hendak bersuami lagi, maka tentulah dengan sendirinya, paling lama sesudah satu keturunan yang akan datang ini, akan putuslah keturunan manusia, mereka akan musnahlah dari permukaan bumi. Dari itu, samalah dosanya dengan membunuh orang ramai.

Lagi pula yang dikehendaki oleh Hakikat-lman, ialah melupakan jasa-jasa diri, termasuk amalan dan ibadat kepada Tuhan. Maka sikap perempuan itu menunjuk-nunjukkan ibadatnya, seakan-akan ia telah berasa cukup mengadap Tuhan dengan ibadatnya itu.

Teranglah dengan demikian, dia pun tidak mempunyai Hakikat-lman. Kerana itu dia tidak akan masuk syurga, malahan masuk ke dalam golongan isi Neraka.

Tetapi tentang penyamun yang sembilan orang itu, mereka telah mengakui kesalahan-kesalahannya. Bahkan mereka telah saling merasa takut akan hukum siksaan, akibat daripada dosa-dosanya itu.

Maka justeru kerana itulah mereka telah bertanya tentang taubat kepada aku. Jikalau tiada kerana keinginannya hendak bertaubat itu, tentulah mereka tidak akan bertanya sedangkan Allah SWT. tidak pernah menutup pintu taubat buat sekalian hamba-Nya (kecuali dosa syirik), sekalipun banyaknya dosa-dosanya itu memenuhi ruang langit.

Dari itu, dengan demikian merekalah yang mempunyai Hakikat Iman. Dan jikalau mereka meneruskan taubatnya itu, maka merekalah yang akan masuk syurga ....

SOLAT ISTIKHARAH:PEMBUKA KETENANGAN JIWA DAN KEDAMAIAN HATI





Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan Islam. Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah. Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepada NYA. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah. Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjuk NYA dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali. Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Penciptanya. Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan. Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seorang pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati. Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.

Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu cara seseorang itu memohon istikharah dari Allah. Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita peroleh adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Isi Terpenting Istikharah
1. Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
2. Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?

Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang. Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan. Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

’Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).’ Ayat 152 Surah Al-Baqarah

Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar. Ayat 153 Surah Al-Baqarah


Bila Mahu Dilakukan?

Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagi ku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepada ku dalam urusan agama ku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusan ku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Mengapa Solat?

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Penciptanya. Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hamba NYA, itulah sujud. Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Allah seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Kasih sayang Allah, melebihi kasih sayang seorang ibu. Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum. Setiap tindakan , ruku’ , iktidal, sujud , berdiri , tahiyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekalian Alam. Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Dan Selamat Hari Merdeka

 Hari Raya Aidil Fitri

Diraikan oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya musim berpuasa pada bulan Ramadan selama sebulan.Perayaan ini ditentukan dengan melihat anak bulan.
Ini adalah perayaan yang paling ketara bagi umat Islam.
Umat Islam memulakan hari raya dengan berkumpul di masjid pada awal pagi untuk melaksanakan solat Hari Sunat Aidil Fitri yang diikuti dengan lawatan ke kubur Saudara mara.
Majlis perayaan ini disambut dengan kegembiraan,
anak-anak muda akan meminta ampun daripada orang yang lebih tua dan semua orang akan memakai pakaian baru.
Rumah terbuka atau jemputan untuk saudara-mara dan rakan-rakan untuk datang ke rumah mereka diamalkan.
Banyak makanan tradisional Melayu dihidangkan pada musim perayaan ini.
Rumah pula secara menyeluruh dibersihkan
dan dihiasi dengan lampu lampu minyak untuk mengalu-alukan malaikat yang dipercayai datang untuk melawat bumi dalam tempoh tujuh hari sebelum perayaan (malam tujuh liku). perayaan tersebut berlangsung selama sebulan yang mana sambutan itu tertumpu pada tiga hari pertama.




 Eid Mubarak


Celebrated by the Muslims signifies the end of the fasting season of Ramadan for a month. The celebration is determined by sighting of the new moon. 
This is the most significant celebration for the Muslims. 
Muslims starts the day by congregating in the mosques early in the morning to perform Hari Raya Puasa prayers followed by visits to the graves of the departed. 
This festive occasion is greeted with great joy, 
the young will ask for forgiveness from their elders and everyone will put on new clothes. Open house or invitation for relatives and friends to come to their house is practised. Plenty of traditional Malay delicacies are served during this festive season. 
Houses are thoroughly cleaned and decorated with the lighting of oil lamps 
to welcome the angels which is believed 
to be visiting the earth during the seven days preceding the festivall. 
The celebration lasts for a month which the celebration is concentrated in the 
first three days.



Merdeka



Merdeka adalah satu perkataan dalam makna bahasa Indonesia dan Melayu Bebas atau kebebasan. Ianya berasal dari Maharddhika Sanskrit bermaksud "yang kaya, makmur dan berkuasa". gugusan kepulauan Melayu, istilah ini telah memperoleh ertiseorang hamba yang dibebaskan. 
Mardijker istilah rasuah Belanda versi Portugisperkataan Sanskrit yang asal dan telah digunakan untuk menetapkan bekas hambaPortugis dan Belanda dari India di India Timur, dikenali sebagai Mardijkers, dari mana erti Melayu "free (dom)" berasal . 
Mardijker bekas hamba katolik yang dibelidari India dan Hindia Timur yang telah dibebaskan oleh Belanda jika mereka meninggalkan agama Katolik dan memeluk gereja diperbaharui Belanda. [1] Istilah ini ketara semasa anticolonialist dan gerakan 
pro-kemerdekaan daripada jajahanIndonesia , Malaya, dan Singapura, dalam sejarah Indonesia, sejarah Malaysia, dandalam sejarah Singapura. Ia menjadi Laungan perjuangan bagi menuntutkemerdekaan 
orang-orang dari pentadbiran kolonial Belanda dan United Kingdom.Maharlika istilah Filipina, yang bermaksud "yang kaya, makmur, dinaikkan",mempunyai asal-usul yang sama Sanskrit sebagai Merdeka Melayu.


Indipendant 


Merdeka is a word in the Indonesian and Malay language meaning Independent or freedom. It is derived from the Sanskrit Maharddhika meaning
"rich, prosperous and powerful". In the Malay archipelago, this term had acquired the meaning of a freed slave.
The term Mardijker is a Dutch corruption of the Portuguese version of the original Sanskrit words and was used to designate former
Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, known as Mardijkers, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived.
Mardijker are the former catholic slaves bought from India and the East Indies that were liberated by the Dutch if they abandoned catholicism and embraced the reformed Dutch church.
 The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Indonesia, Malaya, and Singapore, in the history of Indonesia, history of Malaysia, and in the history of Singapore.
It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the Netherlands and United Kingdom.
The Philippine term Maharlika, meaning "rich, prosperous, elevated", has the same Sanskrit origins as the Malay Merdeka.