Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, July 6, 2011

Simbolisme Dalam Soundtrack Transformers: Dark of the Moon

 credit by Anti 11 Anti Illuminati Anti Freemason on Wednesday, 06 July 2011 at 14:21

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Filem terbaru yang sedang panas di pasaran sekarang ini ialah Transformers: Dark of the Moon. Untuk filem ini, pengarah Michael Bay telah memilih band Linkin Park untuk menyediakan soundtrack utama filem ini. Lagu “Iridescent” telah dipilih dan pada bulan Jun lalu, muzik video lagu itu telah pun dikeluarkan.

Muzik video itu mempunyai banyak unsur-unsur yang mencurigakan yang berkaitan dengan Illuminati dan Freemasons.

Muzik video itu dimulakan dengan imej salah satu ahli Decepticon, Shockwave yang mempunyai satu mata dan diikuti satu imej mata. Suatu ciri All-Seeing Eye atau Eye of Providence.


Kemudian diikuti dengan imej satu tangan dan beberapa orang yang telah ditutupi kepala mereka. Imej ini membawa maksud, majoriti penduduk dunia (yang dilambangkan oleh manusia ditutupi muka mereka) adalah dikawal oleh The Hidden Hand dan golongan elit. Majoriti penduduk dunia pada masa kini tidak sedar akan wujudnya golongan ini yang mengawal kehidupan manusia di dunia.



Satu imej seorang yang dikelilingi oleh bintang 8 poin seterusnya ditunjukkan. Bintang jenis ini amat signifikan kepada banyak jenis budaya dan masyarakat seperti Islam (khatim sulayman atau “Seal of the Prophets”), Kristian (Star of Redemption), Hindu (Ashthalakshmi), Sumeria (melambangkan dewi Inanna) dan Freemasons (Chaos Star sempena moto: ORDO AB CHAO.) Corak ini dikaitkan dengan astronomi, agama dan alam mistik.


Melambangkan bahawa terdapat golongan yang mengawal dunia. Seperti seorang puppetmaster atau puppeteer.

Seterusnya, penyanyi sedang berdiri di tengah-tengah dua tiang yang serupa dengan tiang-tiang Masonic, iaitu Boaz dan Jachin. Boaz dan Jachin adalah dua tiang pada pintu masuk Temple of Solomon (Haikal Sulaiman). Boaz menandakan “strength” dan ia berada di sebelah kiri (utara). Manakala, di sebelah kanan (selatan) ialah Jachin yang menandakan “to establish in the Lord.” Adakah tiang-tiang ni membawa maksud pembinaan semula Haikal Sulaiman adalah hampir siap?



Suatu rujukan kepada The Last Supper of Jesus Christ. Perhatikan bagaimana kedudukan Mike Shinoda hampir bersamaan dengan kedudukan Jesus Christ. Menurut Kristian, Last Supper adalah waktu makan yang terakhir bagi Jesus Christ bersama 12 hawarinya di Jerusalem sebelum beliau disalibkan.



Sebuah piramid yang mempunyai bulan di tengahnya.


Mike Shinoda yang buta mata sebelah kirinya. Simbolisme ini ada sedikit bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh Maulana Syeikh Imran Hosein, iaitu Dajjal buta mata sebelah kanannya dan membonjol keluar seperti buah anggur. Maksudnya hatinya buta. Namun dalam video ini, Mike buta mata kirinya. Walau apapun, hal ini tidak membatalkan fakta bahawa ia ada kaitan dengan Illuminati.


‘Haikal Sulaiman’ bersama ‘pemerintahnya’ yang disokong oleh beberapa tali yang ditarik oleh beberapa hamba manusia. Adakah ini melambangkan bahawa kekuatan pemerintahan mereka adalah hasil sokongan majoriti penduduk bumi yang tidak sedar akan kewujudan mereka?

Berikut merupakan komen Mike Shinoda dalam sebuah interview mengenai muzik video ini:
"All I know about the concept is that Joe Hahn sent me an e-mail that said something about “in the valley of the blind, the one-eyed man is king,” or something like that. And the next thing I know, I’ve got horns growing out of my shoulders, and I’ve got one blind eye, and I’ve got a white dog and a snake on a throne made of antlers. I think you’d have to ask Joe what that all means."

“In the valley of the blind, the one-eyed man is king.”
“Di lembah insan-insan yang buta, manusia bermata satu adalah raja.”

Muzik video ini diarahkan oleh ahli kumpulan Linkin Park sendiri, iaitu Joe Hahn. Dan berdasarkan video ini, ia seolah-olah seperti mereka sudah bersedia untuk melaksanakan misi terakhir New World Order mereka. Mereka sudah semakin lama semakin keluar dari persembunyian mereka.

1 comment:

  1. terdapat banyak unsur2 atau element2 yang mencurigakan buat masa sekarang..
    hakikat sebenarnya memang terdapat orang yang mengawal manusia infact sekumpulan iaitu iluminati..

    ReplyDelete