Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Saturday, July 23, 2011

Juara Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53


Alhamdulillah, semalam semua peserta Qari dan Qariah telah pun selamat menyempurnakan bacaan masing-masing dan bacaan Qari dari Vietnam menutup majlis tilawah-al-Quran. Pada malam ini pula, akan berlangsungnya majlis penutupan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 dan acara penyampaian hadiah kepada para peserta.

Untuk makluman, Majlis tilawah al-Quran yang berlangsung selama lapan minggu ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"Malaysia diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-54 baru-baru ini iaitu Encik Amirahman bin Abas dari Negeri Sembilan dan Puan Hajjah Suraya binti Abu Hassan dari negeri Johor.

Johan tilawah akan membawa pulang sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan, Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600, cenderamata dan juga sijil penyertaan. Selain itu, hadiah sagu hati kepada setiap penyertaan adalah berupa wang tunai berjumlah RM 4,800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Pemenang Johan bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 akan diupdate pada malam ini.Harap-harap peserta dari Malaysia memenangi Johan pada malam ini. Apa-apa pun, jom kita saksikan dulu bacaan Qari dan Qariah Malaysia pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dulu..

Qariah : Puan Hajjah Suraya binti Abu Hassan dari negeri Johor.


Qari : Encik Amirahman bin Abas dari Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment