Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Thursday, July 14, 2011

Pantun melayu lama

kadang2 berpantun ni seronok jugak, teringat zaman dulu-dulu.. 
teringat waktu ayah masih ada,
teringat pada orang-orang lama kat kampung.. 
hhehe bila bercakap bermadah je..
kadang2 kita pun terikut.. ada pulak org yg tegur, rasa segan pun ada..."amboi bermadah nya awk ni bila berkata-kata"...hakhakhakhak tergelak aku..
tapi papepun bahasa menunjukkan bangsa...
tiada apa lagi yang boleh kita banggakan dengan bangsa kita di dunia ini melainkan bahasa yang kita tuturkan..
 Di sana kelak hanya 1 bahasa yang kita gunakan, 
bahasa Al-Quran, 
Bahasa ibunda Muhammad S..A.W 
bahasa syurga yang kita idamkan..
Tiada lagi bhasa kita,
tiada lagi madah pujangga..  

mari kita berpantun bersama-sama..

Batang nangka batang bergetah,
Buahnya besar bercabang tinggi,
Orang Islam pantang menyerah,
Orang Melayu berpantang lari.

Walaupun rumput mati terlapah,
Uratnya tidak mahu tenggelam,
Walaupun laut menjadi darah,
Semangat Melayu tidakkan padam.

Aku bersedia keringat dan darah,
Akan ku kunci si tali barut,
Aku menanti semboyan dikerah,
Akan ku serang hingga ke maut.

sampan kolek mengapa dikayuh,
untuk menghilir dibawa pulang,
patah sayap bertongkatkan paruh,
takkan ku mengalah di tengah gelanggang.

kalau hatiku sudah berontak,
usah dikekang dengan rantai,
kalau ku takut dilambung ombak,
takkan ku berumah di tepi pantai.

No comments:

Post a Comment