Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Monday, May 9, 2011

Utusan Malaysia Umno (Versi Khurafat)





Buat pertama kalinya aku agak terkejut lah baca perkara neh dalam akhbar. 
Aku sebenarnya taktahu bahawa ada susuk halal di malaysia neh 
even di dunia neh senang cakap lah kan. Okey katakanlah susuk neh tak halal
 jadi apa sebab utusan malaysia promosikan pula pemakaian susuk neh? 
Pada orang bukan islam? Aik.. akhbar neh kebanyakkan dibaca oleh orang islam aka melayu beb.
 So pandangan pertama aku apabila terbaca artikel mengenai susuk neh
 for sure lah susuk neh jenis susuk yang halal. Kalau sungguh halal, aku pun nak pakai beb
 Siyes.

Info yang aku dapat dari akhbar neh ialah ;

1. maksud susuk ialah memasukkan bahan asing ke anggota badan 

    tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.

Ini maksud dan tujuan dia. So halal ke tak halal neh?
 Aku sejujurnya rasa was2. Tapi kalau halal, aku sungguh buat. Siyes.

2. Dua jenis susuk yang di amalkan ialah ;

- susuk logam
- susuk ayat

3. Susuk bukan hanya utk dipasang pada wajah, malahan ia boleh dipasangkan di alat kelamin,
    payudara dan mana2 tempat yang mereka inginkan.

4. Pemakaian susuk neh pula bukan lama mana. Untuk ;

- susuk logam = 20 minit
- susuk ayat = kurang dari 60 minit

Dan bukan semua orang leh pasangkan susuk neh beb. Mereka guna khidmat bomoh.
Dan bomoh yang dipromosikan oleh utusan ialah ;

- Awang mohd haji yahya
- dia neh bomoh artis. Dalam erti kata lain dah banyak dah artis guna khidmat dia.
- cara2 dia pasangkan susuk kepada pelanggan ialah seperti berikut ;


1. tempat yang nak dipasangkan susuk ditandakan dengan sejenis alat berbentuk pensil.
2. Selepas itu proses pembacaan ayat2 pun di mulakan.
3. terdapat kain2 yang dipotong kecil diletakkan di tempat yang ditandakan utk 

    dimasukkan susuk tadi.
4. tujuan kain tersebut adalah utk memastikan susuk tersebut meresap masuk 

    ke dalam tempat yang ingin diperbaiki.
5. Kemudian bomoh akan tutupkan muka sang pemakai susuk sehingga ke paras hidung 

    [dari dahi sampai ke hidung] menggunakan kain kuning dan kain merah dari hidung 
    ke leher dalam masa 10-15 minit.
6. Tujuan sama macam potongan kain kecil tadi iaitu untuk membiarkan susuk meresap dalam badan sang pemakai.

Then lepas proses tue habis, selesailah.

Kata tukang bomoh neh kita kalau nak pakai susuk mesti ada niat yang baik. 
Tapi aku pelik. Kalau dah bersusuk di payudara apa kes pula? 
Takkan si bomoh neh pergi tanda [mark] bahagian tue pula? 
Kalau tak mark bahagian tue macam mana dia nak pasangkan susuk?
Dah kalau dia pergi mark benda tue, tak ke jadi haram?
Ke boleh atas nama perubatan? Woitt.. korang faham ke apa yang aku fikirkan neh?

Dan tukang bomoh neh siap cakap ada pantang larang kalau korang nak pakai susuk neh beb. 

Pantang larang yang korang kena follow ialah ;

1. Kalau korang pakai susuk, diam2 sudey. Jangan citer kat orang lain. Pandai makan pandai simpan.
Alamak. Cam buat kerja curi2 plak bai.Biasa kerja2 cam neh salah neh.

 Dan biasa kalau salah selalu haram dalam islam neh. Apa citer?
2. Selama sebulan si pemakai susuk tak boleh makan keladi dan rebung 

selepas dimasukkan susuk dalam badan mereka.

Fulamak.. aku makin pelik neh bai.

3. Tidak boleh lalu di bawah ampaian basah selama sebulan.

Kah kah kah.. aku dah memang pelik ..

4. Dalam masa tiga hari kuku tidak boleh menyentuh ataupun terkena pada wajah sang pemakai susuk.

Kah kah kah.. ini btl2 khurafat a.k.a khurafat

Adoiiyaii.. tolonglah jangan mengkhurafatkan umat islam. 

Neh siap promote dalam paper. Bagi no telefon.
Orang yang taktahu tapi teringin nak cantik mesti tertarik. 
Adoiiyaii.. utusan utusan ko neh makin parah lah..

From Sozcyili : khurafat versi 1malaysia kot.

2 comments:

  1. adehhh macam-macam hal... bahaya la macam ni... tak penah dengar ada susuk halal...

    ReplyDelete
  2. peliknye... (bodonye...), penulis tu yg pelik, skolah tinggi2, tp x tau ke susuk tu haram trg2 lg menyucuk bijik mata (x menyucuk bijik mata dia la tu), editor tu pon pelik, mcm mana leh lps artikel gini, skolah lg tinggi dia tu (kot2 ada fling ngan penulis tu kot, kang kalu x siar x mendpt plak kan)... x de kena2 ngan 1 m'sia pon.. (aih awok ni... sket2 nk kait kan ngan politik ye.. :-) )

    ReplyDelete