Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Saturday, May 7, 2011

Kematian Osama Syahid?



Azmi Abdul Hamid selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, di sini hari ini

Sebelum ni aku ada post pasal kematian Osama sekarang ni aku nak sambung sikit sebab ade kemusykilan sikit..
KL 6 Mei 11: Kematian Osama adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika. Kata Mohd Azmi wakil sekumpulan NGO merangkap presiden Teras Pengupayaan Melayu dan Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura).
Beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama.
"Kita kesal ada pemimpin yang sanggup buat kenyataan yang tidak mewakili orang Islam di sini. Kita mengutuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara kita sendiri.
"Kematian Osama bagi kita adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika," kata Mohd Azmi seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.
Beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama. Beliau bimbang AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.
"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.
"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Obama," katanya lagi.
Notis bantahan itu diserahkan kepada setiausaha kanan kedutaan berkenaan, Greg Chapman petang ini. Notis mewakili suara daripada 21 buah NGO termasuk Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia dan Muslimat PAS.
"Kita nyatakan kutukan keras terhadap pembunuhan (Osama) yang diarahkan presiden Barack Obama kerana ia merupakan operasi tidak bertamadun dan sangat terkutuk kerana tentera Amerika masuk ke bumi negara berdaulat tanpa berunding dan tanpa kebenaran.
"Mereka melakukan pencerobohan untuk membunuh. Kalau ini dilakukan di AS, adakah ini dibenarkan?," soalnya.
Beliau turut membangkitkan tindakan AS yang didakwa melakukan penghinaan ke atas Osama dan juga kepada umat Islam dengan "membuang jenazahnya ke laut." Difahamkan, seramai kira-kira 30 orang daripada wakil pertubuhan berkenaan turut berdemonstrasi secara aman di hadapan kedutaan berkenaan pada petang ini.
Allahyarham Osama yang hidup dalam buruan AS sejak sekian lama, dilaporkan terbunuh dalam satu operasi serangan yang dijalankan anggota risikan negara berkenaan pada Ahad lalu di Pakistan.
Beliau juga menyuarakan kutukan ke atas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.



No comments:

Post a Comment