Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Monday, May 9, 2011

Suara Mahasiswa


Mahasiswa koyak,pijak Utusan tanda bantah

KUALA LUMPUR, 9 Mei:Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(Gamis)
hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan
muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'

Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan
di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30
dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam
 yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.
















Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan
pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini
kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.

Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya
dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog
yang bersifat pandangan peribadi penulis.

Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap
pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut.

Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta
maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang
dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu.

"Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana
media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh
menjejaskan perpaduan di negara ini", katanya

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa
Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan
Utusan itu cuba mengautkeuntungan politik tanpa
mengira kesannya kepada rakyat di negara ini.


Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang
pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi
dilemparkan akhbar tersebut.



Pandangan sama turut disokong
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh.

"Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media
yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini,
 saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar
dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu
agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan
keharmonian yang sedia ada di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan
 tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut.

















Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar
utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit.

Komen Kembara di tanah gersang : Ramai ni je ke yg membantah..
mana suara anak-anak muda yang lain, mana perginya
mahasiswa universiti-universiti lain.. takkan sekadar pandang dan
lihat sahaja..xde sensitiviti pada Agama dan bangsa ker???

No comments:

Post a Comment