Dalam minggu-minggu final exam ni aku selalu lah pergi study dekat library, time-time macam ni memang ramai lah student yang datang study, wat research la mcm2 lagi lah. Bila dah ramai macam-macam lah gelagat yang kita boleh lihat. Dalam pemerhatian aku kebanyakannya tak menunjukkan imej seorang melayu muslim. Ape yang aku maksudkan ??? ha ni dia... ni la yg aku nk btau hangpa semua.... Satu hari tuh aku lewat p library.bila da lewat hangpa faham2 lah memang ramai lah orang.. so aku n kwn2 aku pun duk pusing2 cr stu meja yang cukup tuk kiteorang (8 org lau xsilap) pusing punya pusing dapat lah satu meja kosong..Tapi.. tapi pa??? tpi mlm tuh mmg byk dosa dr ilmu yang aku dapat...sebab ape?? sebab depan,belakang,kiri kanan semua hampeh...
pandang depan rambut merah, toleh kira kain berbelah, pandang kanan "tubuh bergetah" (ayat remaja sekarang) last2 aku duk pandang je kat buku tuh.. tpi klu mengadap buku je boleh gila jadinye..hahah
so kali ni aku nak berkongsi ngn pembaca-pembaca blog aku tentang aurat..korang baca jelah ape aku nk tulis..aku nk smbg stdy...
Aurat.??? ya aurat yang sudah menjadi kewajiban kita sebagai seorang muslim untuk menjaganya bukan menutupnya. Tak perlulah aku nyatakan aurat lelaki dan aurat perempuan sebab kita sebagai seorang muslim patutnya dah tau pasal benda ni.
Sebenarnya aku menulis entry ni untuk menyatakan kebencian dan kebencian aku terhadap golongan yang tidak menjaga aurat , terutamanya kaum wanita. Lepas tu bila aku bagi pendapat macam ni , maka ada la perempuan yang akan kata "Eleh . Perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik. Diorang tu cuma hipokrit je" -kata-kata dari perempuan yang tak pakai tudung Okay , aku mengaku ada sesetengah wanita yang memakai tudung , tapi perangai macam *tuuuut!* . Tapi kalau dah tau menjaga aurat tu perkara yang wajib , korang buatlah! Lantak la diorang yang pakai tudung tapi hipokrit tu . Yang penting perempuan yang free hair tu sendiri pon kena menjaga aurat sebab dia sendiri pon sedang melakukan dosa dan boleh menyebabkan orang lain berdosa. Aku tak paham la kenapa pemikiran diorang ni sangat... Entahlah..Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menjaga aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak menjaga aurat, jagalah aurat sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menjaga aurat..buzy body...!!
sekadar hiasan
Aurat itu perlu di sembunyikan
Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menjaga aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?
Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.
Aurat itu pintu kepada zina!
Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.
Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.
Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga. sebab tuh kene faham konsep menutup dengan menjaga.. nampak sama tapi tak serupa
budak-budak pun pandai pakai tudung
Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menjaga aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menjaga aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menjaga aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!
Kesimpulan
Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!
Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!
Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.
Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/27/hukum-amalan-seseorang-yang-tidak-menutup-aurat/
SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?
JAWAPAN: Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya. Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain. Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
bagus shukri, teruskan usaha ni....
ReplyDeletesemoga kita semua mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.
alhamdulillah..
ReplyDeletemasih ada lelaki yg benci melihat aurat wanita..
*salam singgah..