Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke pusat membeli-belah untuk dibelanjakan!
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.
Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-Qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid
Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk perkara yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Qur'an namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Qur'an.
Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir, atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa. Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mel, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api namun kalau ada e-mel yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada ikon 'DELETE' .
ANDA TERTAWA...? atau ANDA TERFIKIR-FIKIR...? Sebar luaskanlah & bersyukurlah kepada ALLAH, YANG MAHA ESA, PENGASIH DAN PENYAYANG. Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesanan ini. Betapa ramai orang tidak akan menerima pesanan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka masih percaya akan sesuatu?
No comments:
Post a Comment