Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buat sahabat -sahabat yang mengambil 'exam' dalam masa terdekat ini aku mengucapkan selamat menjawab dengan jayanya dan semoga sukses ya. Diharapkan kalian dapat memperoleh keputusan yang terbaik dan membanggakan. oh ! yeah.hehe
Berusahalah menjawab sebaik mungkin kerana inilah masanya untuk kita membuktikan dan menguji sejauh manakah kebolehan kita memahami apa yang telah diajar dan yang telah kita belajar.
Bagi yang dah pernah mengambil 'final exam' sebelum ini mungkin bagi anda ianya 'simple' saja, tapi bagi kami yang 'first time' ambil 'final exam' ni memang ada sedikit perasaan gugup @ gementar.. maklumlah baru pertama kali. Dengan persediaan yang tidak cukup dan perasaan yang gementar macam2 boleh berlaku. tak mustahil apa yang dihafal bertahun-tahun dahulu boleh jadi lupa dalam sekelip mata..
satu lagi pesanan aku buat sahabat-sahabat semua apa yang paling penting kesihatan dan keselamatan diri adalah perkara yang paling penting sebelum menghadapi peperiksaan.. kalau boleh xdela kawan-kawan aku yang ambil final atas katil kat hospital..hehehe jangan nak jadi mat rempit sangat lah hahaha
malam sebelum peperiksaan harap korang tidur awal supaya korang dapat rehat yang secukupnya. takut gak nanti pagi-pagi terlajak tidur, sedar-sedar member da habis jawab 'exam'...Tak ke huru-hara korang 'time' tu..hehhe
paling penting pada hari peperiksaan datanglah awal. kalau boleh 15minit sebelum 'exam' korang da ada kt dewan peperiksaan.. lagi satu jangan lupa kad pengenalan, slip peperiksaan, dan matrik kad korang.. nnti xpasal2 kena halau (xboleh masuk dewan peperiksaan) tak ke kelam kabut korang 'time' tu nak pegi cri semua tuh...
da masuk dewan peperiksaan jaga lah adab sopan korang sebagai mahasiswa dan mahasiswi jangan lah duk bersembang dan bising-bising macam dalam pasar tani.. yang paling penting "do not cheating" ingat kalau kita ni mahasiwa dan mahasiswi TUHAN tu MAHAKUASA MAHA MENGETAHUI..
GUDLUCK to ALL my FRIEND....
P/S : Usaha, doa , tawakkal.
No comments:
Post a Comment