Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Showing posts with label uji minda. Show all posts
Showing posts with label uji minda. Show all posts

Monday, April 29, 2013

kisah kancil subaru dan ferrari


Seorang pakcik Tua memandu sebuah proton kancil, malangnya kereta pakcik tu rosak di tepi jalan.. dalam masa yg sama lalu sebuah kereta subaru warna biru yg dipandu oleh seorang pemuda.. kerana rasa kasihan dan belas ihsan pemuda itu menawarkan untuk menarik kereta orang tua tersebut ke bengkel yang berdekatan.

Pemuda : Biar saya tolong tarikkan kereta pakcik ke bengkel di hujung simpang tu.

Pakcik Tua : Terima kasih nak, baik sungguh anak ni..

Pemuda : Tak mengapa pakcik memang tanggungjawab kita untuk membantu orang yg dlm kesusahan.

Orang Tua : baiklah nak

Pemuda : masa saya tarik kereta pakcik nanti kalau pakcik rasa saya bawa laju sangat. pakcik angkat tangan keluar tingkap nanti sya fahamlah.(sambil mengikat tali yg memang sentiasa dibawa untuk sebarang kemungkinan..

Orang Tua : Baiklah nak

Maka bermulalah perjalanan mereka menuju ke bengkel tersebut..
Tak sampai 5 minit perjalanan pemuda tersebut memandu dgn laju. pakcik tu pun angkat tangan. kemudian pemuda tu memperlahankan keretanya..( kejadian ini berulang 3 kali)..

selepas itu ada sebuah kereta ferrari dari jauh memcut dgn laju dan memotong kedua-dua kereta tersebut..( dia potong kerana bengang, dalam hati dia kata takkan kancil boleh cucuk angin subaru, aku pakai ferrari xkn xboleh)

Pemuda yang memandu subaru tadi terkejut setelah kereta ferrari itu memotong dengan laju, dia pun tekan minyak dan kejar kereta ferrari tu..( sehingga lupa pada pakcik tua yg mengangkat tangan di belakangnya)

mereka semua kemudiannya ditahan oleh polis yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan. yg hairannya apabila ditahan kereta subaru dan ferrari itu langsung tidak dipedulikan sebaliknya kereta kancil itu yang dipersoalkan..( mungkin kerana kancil laju sangat kot)

Find the moral value of the story and write a comment space..






Monday, February 6, 2012

JAWAB SECARA SPONTAN:



Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

~>> bawak2 la berehat~ :p

Saturday, October 30, 2010

duit

ahmad pinjam duit RM50 ngan bapak dia, pastu dia pinjam RM50 lg ngan mak dia.. jumlah duit dia skang RM100..

ahmad pun beli kasut reebok tuk wat joging dgn harga RM97.. pastu baki duit ahmad skang RM3 lg.. ahmad pun byr hutang RM1 kat bapak dia dan RM1 lg kat mak dia.. RM1 dia simpan tuk beli aiskrim..

skang ni ahmad hutang RM49 ngan bapak dia dan RM49 ngan mak dia..

RM49 + RM49 = RM98..

persoalannya.. ahmad beli aiskrim ngan baki RM1 dia..

mana lg RM1?

sape dpt jwb aku bg ice pop satu....

MySpacepergh!!cool lak ak tgk icon nie..ish2...disbbkan ak pnat memikirkan tjok ntok dipost..ak punmembuang msa ak ngn xplore dunia..haha...then ak tercaik teka teki..waa...manyak ow..teka teki ak jum..pa hehe...so ak kongsi ngn korg sume.....korg pk la lek lok...nk jwpn de kt bwah dy lor..haha..tp pk dulu bru tgk jwpn...hak2...selamt berpikir yea MySpace
1 Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
...................................
2 Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
.......................................
3 Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
....................................
4 Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
.......................................
5 Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
.........................................
6 Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
.......................................
7 Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
...................................
8 Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
...................................
9 Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
..................................
10 Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
                  
                 Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati
                          
                         orang bertepuk tangan. Apa dia?  
                            Gajah terbang dengan ape?

Monday, October 25, 2010

teka-teki pening kepala

Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda. Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaan yang berbeda-beda. Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu, merokok satu merk rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu. Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok merk rokok yang sama dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.
Pertanyaannya : Siapakah yang memelihara IKAN?

Petunjuk:
Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Swedia memelihara anjing.
Orang Denmark senang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau senang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield senang minum bir.
Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia.
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.

Albert Einstein menyusun teka teki ini pada abad yang lalu. Dia menyatakan, 98% penduduk di dunia tidak mampu memecahkan teka teki ini. Apakah anda termasuk yang 2%?

Wednesday, October 20, 2010

pantun teka - teki

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?

Jawapan semua teka-teki di atas, sila lihat di bawah sekali.

——————————-

Teka-Teki dan Jawapan

Soalan:

Ulat daun tidur berembun
Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?

Jawapan:

Banyak orang pergi ke dusun
Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan

—————————

Soalan:

Ada satu teka-teki
Pada tuan saya bilang bagi
Kalau tuan bijak sekali
Apa binatang tiada kaki?

Jawapan:

Jangan fikir aku budak-budak
Aku tahu kamu punya cabar
Di tengah padang terlengkak-lengkak
Yang tiada kaki binatang ular

———————————

Soalan:

Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?

Jawapan:

Bawa orang dari hulu
Cendawan bulat tepi paya
Kecil segan, besar tak malu
Itulah nama kuntum bunga.

———————————-

Senarai Jawapan

Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2: Gasing
Jawapan 3: Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8: Jarum
Jawapan 9: Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur

Saturday, October 16, 2010

teka-teki pening kepala

Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda. Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaan yang berbeda-beda. Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu, merokok satu merk rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu. Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok merk rokok yang sama dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.
Pertanyaannya : Siapakah yang memelihara IKAN?

Petunjuk:
Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Swedia memelihara anjing.
Orang Denmark senang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau senang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield senang minum bir.
Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia.
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.

Albert Einstein menyusun teka teki ini pada abad yang lalu. Dia menyatakan, 98% penduduk di dunia tidak mampu memecahkan teka teki ini. Apakah anda termasuk yang 2%?