Ilmu utk dikongsi bersama :
Berdasarkan radio IKIM (91.50 FM), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulallah S.A.W.
Antaranya tentang bab memberi SALAM.
Baginda memberi salam dgn lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh“
Memberi salam – “Assalamualaikum”
Menjawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”
Apabila berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
(Contoh) “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye”.
Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”
Dan bukannya “Kirim salam maut” – statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Untuk renungan bersama :
* Maksud “Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
* Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
* Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi terhadap orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
* Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’yang bermaksud ‘Hamba-hamba Binatang Dan Orang-Orang Sesat ‘.
* Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” iaitu sama makna denganAssalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya yang dapat di kongsi bersama..
Daripada sebuah hadith rasulullah
S.a.w ada menyebut ttg 5 jenis salam yang tidak wajib dijawab.
1)salam yang dilafazkan oleh imam dalam solat berjemaah
2)salam yang dilafazkan oleh orang kafir(jika anda tahu dan benar2 yakin akan agamanya)
3)salam yang didahulukan dengan percakapan( contoh ketika mempengerusikan sesuatu majlis)
4)salam yang dipermainkan contohnye (salam maut kat sipolan bin/binti sipolan)
5) salam yg tidak sempurna contoh dlm dunia sekarang (salamualaikum, askum,akum,samekom dll istilah yg digunakan)
Menurut islam dalam ucapan salam tiada kalimah 'taala' hanya Assalamualaikumwarahmatullah.
petikan blog : http://rosmerah.com/blog/assalamualaikum/
No comments:
Post a Comment