Kebanyakan dari kita sering salah erti tentang maksud kebersihan dan kesabaran bukan sahaja dari golongan yang tidak berilmu bahkan dari golongan-golongan yang berilmu dan mempunyai pengetahuan ilmiah dan syariah yang tinggi juga sering tersalah erti..
Sebagai contoh kebanyakan dari kita sering mengatakan bahawa ”kita haruslah bersabar dalam menghadapi sesuatu musibah atau bencana yang menimpa kita kerana kesabaran itu separuh dari iman”.
Ada juga yang mengatakan seperti ini,, “kita mesti menjaga kebersihan kerana kebersihan itu separuh dari iman “..
Soalan aku... Apa yang korang dapat melalui dua contoh ayat diatas.. mungkin sebahagian dari korang mengatakan tiada suatu perkara yang pelik atau tidak kena dengan ayat di atas dan mungkin sebahagian yang menyedari tentang kekurangan dalam ayat di atas.. tetapi sebenarnya jika anda ulang membaca semula ayat di atas dan anda renungkan sejenak anda akan mengatakan bahawa Iman anda telah sempurna apabila anda mengamalkan kebersihan serta kesabaran dalam kehidupan seharian anda.
Aku buktikan..
Kebersihan = separuh ( ½ ) daripada iman
Kesabaran = Separuh ( ½ ) daripada iman
½ daripada iaman + ½ daripada iman = 2/2 iman,, jadi iman anda telah sempurna dan anda layak digelar sebagai manusia yang beriman.. betul x??
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI..
Dengan bersih dan sabar iman anda masih belum sempurna.. Sebenarnya Kebersihan dan Kesabaran bukanlah separuh dari iman tetapi sebahagian daripada iman. Dan ayat yang patut kita ucapkan ialah
“kita haruslah bersabar dalam menghadapi sesuatu musibah atau bencana yang menimpa kita kerana kesabaran itu sebahagian dari iman”
“kita mesti menjaga kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian dari iman”
Inilah sebaik-baik ucapan yang patut kita lontarkan..Kerana iman Itu sebenarnya sebahaian daripada iman dan bukan separuh dari iman.. Jika ianya separuh daripada iman cukup sekadar mengamalkan kebersihan dan kesabaran kita telah menjadi seorang muslim yang beriman.. jadi kita tidak perlu melakukan ibadah lain lagi,, jadi apa gunanya Allah menciptakan amalan-amalan lain seperti solat dan berpuasa??? Adakah hanya untuk memenuhkan jadual kita sebagai manusia, atau sekadar untuk menyeksa kita..??? Allah s.w.t tidak begitu.. setiap yang diciptakan mempunyai sebab dan tugas tersendiri.... sama-samalah kita renungkan..
Satu lagi ucapan yang sering kita lontarkan, “jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Allah s.w.t” ini satu lagi ayat yang tidak patut kita gunakan ianya ibarat kita menzahirkan zat Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.. Lebih elok kita ucapkan seperti ini “jodoh pertemuan ajal dan maut ketentuan Allah s.w.t” Ayat ini lebih sesuai kita gunakan dan ingatlah Bahawa kita sebagai amkhluk yang kerdil ini tidak mampu menzahirkan zat Allah bahkan tidak mampu memikirkannya.. disini ada satu kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa A.s tentang Seorang yang ingin mengenali atau mengetahui tentang zat Allah baca dan renungkan..
sumber dari mana?
ReplyDeletehehehe!! separuh tu bukanlah bermaksud figure 1/2, 0.5, ia bermaksud perkara penting, perasaan yang penting, sesuatu yang amat penting yang perlu ada dalam membentuk iman yang kental.. selain dari kebersihan..
ReplyDelete