Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Monday, August 15, 2011

Isu murtad : Tiada paksaan dalam beragama


Assalamualaikum Warahmatullah..salam Ramadhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah dalam kesibukan ternyata ada juga kesempatan yang diberikan Allah s.w.t. Hari ini penulis berpeluang  juga untuk memberi pandangan dan pendapat  mengenai isu yang sedang hangat di negara kita sekarang (isu murtad)..
Apabila kita berkata tentang isu murtad ini sudah tentu banyak pihak terutama majoriti masyarakat islam amat sensitif.. ini perkara biasa yang pasti berlaku...
sebenarnya tahap sensitiviti kita itu harus kita seimbangkan dengan pemikiran yang waras dan pertimbangan akal yang tinggi..
Apabila berlaku seseuatu permasalahan didalam agama maka kita harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah..
Ini yang sepatutnya kita lakukan dan bukan hanya menuding jari kepada sesetengah pihak dan bukan dengan hanya menyalahkan orang lain..
Di sini penulis kongsikan kisah-kisah tentang murtad dan beberapa Firman Allah S.w.t. tentang golongan murtad ini..jadi sama-sama kita baca fahami dan renungkan
Dalam kitab muwatta' karangan Imam Malik diceritakan Umar bertanya khabar kepada seseorang lelaki.
Umar bertanya, "adakah khabar dari maghribah?"lelaki itu jawab, "ya, seseorang kafir selepas islam.”
umar bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan terhadapnya?"
           Jawabnya, "Kami memanggilnya lalu kami penggal kepalanya."

Umar berkata, "kenapa dia tidak dikurung saja tiga hari dan diberi makan roti setiap hari dan minta dia bertaubat. Siapa tau ia mahu bertaubat dan kembali kepada Agama Allah... Ya Allah, sesungguhnya aku tidak ada di sana saat itu, aku tidak pernah menyuruh seperti itu dan tidak terima peristiwa itu" [muwatta]


Dalam riwayat lain;

Umar berkata, “Wahai Anas bagaimana khabar tentang enam orang dari Bakar bin Wail yang murtad dari Islam dan bergabung dengan kaum musyrik”Anas pun cerita untuk alih pembicaraan. Namun umar tetap bertanya dan Anas menjawab, "wahai amirul mukminin, mereka telah terbunuh dalam peperangan tustur"
Umar berkata, "Innalillah wa inna ilahirajiun. Aku sukai dari kemilau indah cahaya matahari"
Lalu Anas bertanya, "apakah ada pilihan lain selain bunuh?"
Kata umar, "aku akan menawarkan Islam kpd mereka. Jika mereka menolak, aku akan sumbat
mereka dalam penjara" [tamhid : Ibn Abdul Bar]
Firman Allah s.w.t dalam:
Surah Nisaa ayat 137 : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar."

Jelas sekali keluar dpd Islam/beriman adalah murtad. Tetapi sila pehatikan bahawa walaupun ayat ini tidak halalkan murtad, tiada sebarang halangan dalam ayat ini kepada sesiapa pun yang hendak murtad. Cuma jika orang yang murtad itu kekal dalam kekufuran, maka Allah tidak akan ampunkannya atau memberinya petunjuk.

Firman Allah S.W.T : “Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” (QS. Ath-Thalaq: 7)
Allah membiarkan manusia untuk memilih sendiri apa yang menjadi tanggungjawabnya.
Allah berfirman:
“Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu. Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarkanlah ia kafir.’ Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih dan menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” (QS. Al-Kahfi: 29)
Selain itu, Allah tidak pernah menghalang kehendak manusia. Ia pun menjadikan kehendak itu benar-benar boleh difungsikan untuk memilih.
Allah berfirman:
“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik.” (QS. Al-Isra’:19-19)

Disini penulis mengutarakan pendapat dan pandagan dari pemikiran dan ilmu yang tidak seberapa.. semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dapat memuhasabah diri dan menghijrahkan diri ke jalan yang diredhai allah s.w.t..
Menurut pandangan penulis ”tiada paksaan dalam Agama”,. Kerana lemahnya iman Masyarakat islam dan lemahnya sistem pemerintahan (undang-undang) dalam negara kita (negara islam) maka mereka mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama mereka..
Cara/strategi mereka adalah cara yang terbaik iaitu menyerang apabila musuh leka..
( ini adalah strategi yang digunakan dalam peperangan )
kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana menyebarkan agama mereka..
itu hak mereka..
yang perlu kita fikirkan bagaimana cara kita mnenguatkan sistem dakwah kita supaya boleh mengatasi mereka dan bagaimana cara kita mengembangkan agama kita..
Jika kita katakan islam yang terbaik,, kita mesti buktikan yang islam itu terbaik...
jika iman dan taqwa kita tetap pada Allah s.w.t dihunus pedang sekalipun islam tetap digenggam, syahadah tetap jadi pegangan.

Kita tiada hak menghalang mereka dalam menyebarkan dakwah, mereka juga tidak berhak dan tidak menghalang kita menyampaikan dakwah.. Kita menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara contohnya melalui buku-buku agama, ceramah-ceramah di masjid, radio dan televisyen.. Pendekatan kita dalam menyampaikan dakwah islam tidak pernah mereka pertikaikan dan ini menunjukkan mereka bersifat terbuka dalam menerima kedudukan agama kita sebagai agama rasmi..

Cuba kita lihat mereka langsung tidak berpeluang menyampaikan dakwah melalui penulisan buku, radio mahupun televisyen..
dakwah mereka hanya di gereja dan pergaulan dalam masyarakat..
Terlalu sikit ruang untuk mereka menyampaikan dakwah tetapi mereka boleh mempengaruhi penganut agama lain mengikuti mereka,,
sedangkan kita berdakwah dengan lebih luas dari mereka tapi hakikatnya ummat kita (islam) tetap ramai yang lari dari landasn islam yang sebenar..
Di manakah silapnya kita.. Dari segi dakwah??? Atau dari segi iman kita...

Allah s.w.t berfirman : “ aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment