Seorang gembala di Chenor sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda pelajar dari universiti lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri encik. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Ah, tanyer la koi takder hae.."
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Hok mane, hok putih ke hok itang?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, hok putih te berjalan dalang enam batu sari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "hok itang pun same la dia bejalan skali ah awok"
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Hok mane, hok putih ker hok itang?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "aa, hok putih ter kuat mentedaroh, sari dalang 20 ikat rumpuit."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Hok itang ter same jugek."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Hok mane, putih ker itang?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...yg dah lepas2 hok putih ter dekat2 6 kati bulu..."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Hok itang ter same la jugek ah awok ni, sokmo nanyer bende pelek2."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa encik membezakan biri-biri encik yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja !!"
Gembala :"Aikk, maroh? Memang la mende nyer hok putih ter hok koi..."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, habis tu yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Hok itang ter koi punyer jugek...hehehe"
Pemuda ..: (benggang, geleng kepala dan berlalu).
lawak la,tp x phm loghat phg ni,huhuhu
ReplyDelete