Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Monday, October 25, 2010

kenderaan 130 tahun rempuh dinding


GAMBAR menunjukkan kenderaan penunda berusia 130 tahun merempuh sebuah dinding di Ford, Britain baru-baru ini.


FORD, Britain – Sebuah kenderaan penunda berusia 130 tahun yang menggunakan enjin stim merempuh dinding sebuah taman di sini. Pemandu kenderaan itu hilang kawalan di sebuah bukit menyebabkan ia terbabas dan melanggar dinding tersebut baru-baru ini.
Tiga orang yang menaiki kenderaan tersebut tidak cedera namun anggota-anggota bomba di lokasi kejadian pada mulanya berasa bimbang enjin stim itu akan meletup.
Semasa kejadian, kenderaan itu cuma selaju lapan kilometer sejam.
Kenderaan penunda itu mempunyai nama S Kavanagh dan kontraktor jalan Surrey.
Semasa kejadian, kenderaan itu menarik sebuah karavan sebelum ia merempuh dinding pada pukul 9.30 pagi.
Kenderaan penunda itu yang diberi gelaran lokomotif jalan menjadi popular di Britain pada tahun 1850-an.
Ia kerap digunakan untuk mengangkut kenderaan berat dan bergerak pada kelajuan antara 4.8 kilometer sejam hingga 6.4 kilometer sejam. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment