Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Saturday, March 19, 2011

Mukjizat Al-Quran (melalui Pengkajian Saintis Islam) It's time to know the thruth.

   
Bertemu kembali kita dalam ruangan Ilmu bersama Blog kembara Di tanah Gersang..

         Baru-baru ini aku membuat kajian tentang kejadian siang dan malam untuk presentation subjek Akidah ketuhanan dan sains . Dalam aku membuat kajian aku telah terjumpa kajian seorang saintis Islam tentang mukjizat Al-quran..Masyaallah Ku amat terkejut dan kagum dengan hasil penemuannya..Tetapi malangnya dalam dunia sekarang ramai yang tidak percaya dengan apa yang aku sampaikan dan mengatakan aku  jahil, mengikut syaitan kerana aku percaya dan bermain-main dengan nombor, lalu meneka-neka pengertiannya! dan aku ni serupa dengan ahli sihir dan nujum.


         Terserahlah pada pemikiran anda aku cuma sampaikan apa yang aku tahu kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda "sampaikan pesananku walau satu ayat" dan ada pepatah yang mengatakan ilmu yang baik lebih berguna dan bermakan bila disampaikan dan dikongsikan (keberkatannya bertambah) kalau aku tak mengenangkan kata-kata Rasulullah tu xde ms aku nk bazirkan masa aku untuk semua ni baik aku belajar dan wat assingment aku yang berlambak2 nih..hehehe korang pikirkanlah


Dr Tariq Al-Suwaidan


              


Ini adalah sebahagian daripada penemuan hasil kajian yang dijalankan oleh seorang ahli saintis Islam Dr. Tariq Al-Suwaidan ,seorang sarjana dan ahli ikhwan-ul-Muslimin yang dikenali, Islamic Gateway dan Ununah.net telah menjalankan kajian ke atas kandungan ayat Al-Quran .


                  Kajian ini adalah berdasarkan data statistik ke atas perkataan-perkataan tertentu yang terdapat di dalam Al-Quran.Keputusannya Diumumkan di dalam Internet Dan terdapat di dalam beberapa laman web, antaranya ialah 


http://mokk6363.blogspot.com/2011/01/mukjizat-al-quran-dan-matematik.html
http://baloohakimi.blogspot.com/2008/12/sedikit-mengenai-keajaiban-al-quran.html
http://feryco.com/kebenaran-islam-keajaiban-al-quran


              keputusan kajian ini adalah data statistik yang menarik dan menakjubkan, bukan sahaja kepada ummat islam tetapi juga kepada bukan islam, tetapi terutamanya kepada sarjana-sarjana sains dan pakar-pakar statistik. Ia membuktikan bahawa kitab suci ini benar-benar mukjizat dari Allah S.w.t yang maha berkuasa dan tidak dapat dicipta oleh akal manusia. 


Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain" Surah Al-Israa Ayat 88




Keputusan kajian adalah seperti berikut:




perkataan Al_Dunya (dunia) 115 kali
perkataan Al-Akhira (akhirat) 115 kali
perkataan Al-Malaikah (Malaikat) 88 kali
perkataan Al-Shayateen (Syaitan) 88 kali
perkataan Al-Hayat ( Hidup ) 145 kali
perkataan Al-Al mout (Mati) 145 kali
perkataan Al-Rajul (Lelaki) 24 kali
perkataan Al-Marha (Perempuan) 24 kali
perkataan Al-Shahar (Bulan) 12 kali
perkataan Al-Yaom (Tahun) 365 kali
perkataan Al-Bahar (Laut) 32 kali
perkataan Al-Bar (Darat) 13 kali




Dengan mencampurkan bilangan perkataan "laut" dan "darat", hasilnya adalah 45.


pengiraan mudah boleh menunjukkan : 


**32/45 x 100% = 71.11111111% 
**13/45 x 100% =28.888888889%


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan... 


Satu lagi Mukjizat di dalam Al-Quran.. 
Siapa kata nombor tak membawa apa-apa maksud...???????. Sekarang ianya telah terbukti dengan nyata.......Wallahhuallam

No comments:

Post a Comment