kemana saja aku pergi, aku tetap aku cuma kadang-kadang aku boleh jadi bukan aku..
terserah pada keadaan atau situasi semasa..senang aku katakan aku lebih suka jadi diri aku sendiri dari menjadi sesuatu yg lain, tapi aku mengubah diriku menjadi sesuatu yg lain untuk menyuaikan diri dengan keadaan.. bak kata pepatah masuk kadang kambing mengembek,, masuk kandang harimau mati ler,,heheh (rosak peribahasa).. aku tak pasti dan tak tahu apa kelebihan yg ada pada diri aku, yang aku nampak dalam diri ini cuma kelemahan yang sering terserlah,, mungkin belum tiba masanya untuk aku menemui kelebihan dan kehebatan diriku ini..aku masih mencari dan tercari-cari, siapakah aku sebenarnya, untuk apa aku diciptakan, perlukah aku wujud dalam kehidupan ini????
untuk menjawabnya memang amat mudah...
**aku manusia
**diciptakan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini
**untuk mengabdikan diri pada allah yang mencipta segala-galanya..
tapi adakah jawapan ku itu benar, atau mungkin ada jawapan yang lebih benar,
ku masih dalam pencarian.
hidup ini aku rasakan ibarat putaran jam, kadangkala aku di atas dan kadangkala aku dibawah..
kehidupan ini ibarat satu pelayaran dan aku sebagai nakhodanya,, akulah yang menentukan arah perjalanku.. ke timur,barat, utata, dan selatan.. kemana arah ingin ku tuju, di mana penghujung pencarianku...
aku dalam pencarian.......................
No comments:
Post a Comment