Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog kembara di tanah gersang, kali ini aku nak kongsi dengan korang sedikit ilmu yang dipetik drpda sebuah blog http://hikmatun.wordpress.com/2011/05/17/kalau-tolak-hukum-hudud-hukum-allah-ada-hati-lagi-mahu-guna-dalil-alquran-dan-alhadith/
“Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49
FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115
“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
Rasulullah S.a.w bersabda: “Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan).” (Hadith Riwayat Bukhari)
Dalam hadith yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
sebelum ini aku pernah berdebat dgn bbrpa orang sahabat mengenai hukum hudud, mengenai demonstrasi bersih 2.0 yng akan diadakan 9 julai ini.. aku kongsikan hadith2 serta firman Allah ini kepada mereka namun apa yang aku dapat adalah tohmahan dan kejian.. ada yg mengatakan hukum hudud ini tidak relevan.. ada yang kata bangsa melayu harus diutamakan,, ada yang kata tak guna kalau setakat bagi ayat ciplak dr blog orang.. inilah yang cuba aku sampaikan pd korang yng mmbca... tidak kira dr mana sumber aku mendapatkan bahan2 ini, yang penting ayat2 ini tidak diubah dan ianya asli.. aku takkan post sebelum akau kaji kebenaran ayat ni.. aku cuma ingin berkongsi pendapat dan ilmu yg aku peroleh .. ilmu yg baik lebih baik jika dikongsikan.. namun aku kecewa kerana ada sesetengah pihak melemparkan tohmahan di atas perbuatan aku menyebarkan nasihat dengan hadith dan firman Allah ni.. yg lebih menyedihkan yang melemparkan tomahan ini ialah melayu islam.. lagi meneyedihkan ada yang sanggup kata jagan hanya pandang pada ulama dan ustaz, kena tgok dan pikir pasal bangsa melayu jugak..jatuh naik bangsa melayu.. itu aku tak nafikan, tapi apa darjat bangsa jika nak dibandingkan dengan ulama dan ustaz2 yang mewarisi ilmu2 Rasulullah s.a.w dan sebagai pemimpin serta penyebar islam..sudah tentu darjat ulama ini lebih besar... cukup lah dengan melayu, melayi, melayu... fikirkan islam, islam islam....
selamat membaca.....
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49
FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115
“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45
“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.
“…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
Rasulullah S.a.w bersabda: “Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan).” (Hadith Riwayat Bukhari)
Dalam hadith yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment