Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Saturday, July 16, 2011

Dakwah perlukan teknik yang mantap


 Assalamualaikum kepada pengungjung blog kembara di tanah gersang. 
Alhamdulillah saya baru pulang dari sebuah majlis ilmu yang penuh dengan satu pendekatan yang baik untuk golongan remaja terutamanya.. 
Satu majlis perkongsian ilmu yang penuh bermakna dan penuh dengan pengajaran serta semangat untuk terus berjuang dalam menegakkan dakwah islam.. 
Menurut salah seorang panel penceramah ( Ustaz Haji Mutalib bin Abd Rahim Al-Hafiz/ Qadhi daerah Segamat) dakwah merupakan wahana terpenting dalam membangunkan masyarakat. 
Tetapi dakwah itu sendiri bersifat dinamik, berubah mengikut suasana, masa dan kemudahan prasarana yang ada. 
Namun demikian perlaksanaan dakwah perlulah berprinsip. 
Usaha dakwah perlu dilaksanakan dalam semua suasana @ keadaan..
Dalam ceramah yang disampaikan beliau memaparkan ciri-ciri dakwah oleh para ilmuwan dan pengalaman para aktivis yang melaksanakan dakwah dalam kegiatan hidup mereka.

Beliau juga mengatakan dakwah ini bukan sahaja dari segi penyampaian dalam majlis2 ilmu, tetapi ianya juga boleh dilakukan melalui kesenian, penulisan, rakaman dan sebagainya selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak..


teknik berdakwah dengan rakaman

beliau juga ada berkongsi sebuah kisah yang disebut oleh Hisham Altalib (1991) dalam bukunya yang berjudul Training guide for Islamic Workers. Sebuah kisah bagaimana seorang pendakwah yang cuba menyampaikan dakwahnya melalui percakapan.. Kisahnya begini ;

Pada suatu masa, terdapat seorang sheikh (ulama) mengajar murid-muridnya untuk melakukan kerja-kerja dakwah selama 6 bulan teori dan 3 bulan praktikal. 
Seorang pelajarnya telah lulus ujian teori dengan cemerlang dan merasakan dirinya lebih pintar dari pelajar yang lain. 
Dia sangat yakin yang dia boleh melakukan kerja dakwah tanpa diawasi oleh penyelia. 
Pada suatu hari dia pergi ke sebuah perkampungan terpencil untuk melakukan kerja dakwah.
Pada hari jumaat pertama, 
seorang imam palsu telah memberikan khutbah yang penuh dengan pembohongan tentang Allah dan Rasul. Pelajar tersebut bangun dan menjerit." imam pembohong, imam penipu".
dengan segera imam itu berkata "Orang muda ini kafir dan boleh dihukum". 
Para jemaah dalam masjid tersebut kemudiannya bangun dan memukul pelajar tersebut dengan teruknya. Pelajar tersebut pun kembali semula kepada sheikh (ulama) 
dengan  segala luka dan tulang yang patah.. 
Syeikh pun berkata kepada pelajar tersebut. " Mari aku tunjukkan  kepada kamu satu contoh yang baik tentang dakwah secara praktikal". 
Hari jumaat berikutnya mereka sama-sama pergi ke masjid yang sama dimana imam palsu yang sama membacakan khutbah.
Setelah mendengar khutbah. Syeikh pun bagun berdiri dan berkata. "Imam kamu adalah bakal penghuni syurga, Barang siapa yang mengambil walaupun sehelai dari janggutnya, 
akan dimasukkan ke syurga".
maka berpusu-pusulah para jemaah masjid  ke hadapan dan mencabut janggut imam palsu tersebut sehingga tiada lagi dan luka-luka di pipi dan dagunya.
Lalu tersungkurlah imam palsu itu ke lantai. 
Kemudian syeikh membisikkan ke telinga imam palsu tersebut, "apakah kamu akan berhenti daripada berkata dusta terhadap Allah dan Rasul-Nya atau kamu mahu aku lakukan lebih teruk lagi?".
Imam palsu itu mengaku kesalahannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
 Pelajar itu pun sedar tentang kesilapannya dan berjanji kepada syeikh untuk ikut dalam kursus latihan amali dakwah selama tiga bulan!..  

Dari kisah ini kita dapat pengajaran bahawa untuk melakukan dakwah kita memerlukan kesabaran dan teknik yang cukup mantap..
Percakapan dan perbuatan semata-mata tanpa dibantu oleh teknik2 yang mantap menyukarkan kerja-kerja dakwah yang dijalankan..
Semoga anda mendapat manfaat dari pembacaan anda.. Wallahualam bisawab..



1 comment: