Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Sunday, March 18, 2012

Nur Cahaya


Sebuah coretan buat seorang insan yang ku sayang...



Tanpa aku sedari sudah lama kita saling mengenali.. 
walau kita jarang bersama, walau kita jarang bersua.Namun kau tetap dalam hatiku setiap saat setiap ketika..
Mungkin kau tidak menyedari akan kehadiranku dalam hidupmu,
Tapi kehadiranmu dalam hidupku adalah sesuatu yang amat bermakna buatku.

Aku mengenalimu setulus hatiku dan aku menyayangimu sepenuh hatiku.
mungkin kau tidak pernah tahu atau aku tidak pernah ungkapkan padamu.
Selama aku mengenalimu aku tak pernah menyentuh walau secebis dari tubuhmy, aku tak pernah mengguris walau sehiris dari hatimu, aku tidak pernah marah walau amarah menguasaiku..
mungkin semua ini bisa jadi bukti bahawa aku amat menyayangimu.

Andai selama perkenalan kita ini pernah aku mengguris dan menghiris hatimu.
Ampunkanlah daku, mungkin tanpa aku sadari
mungkin bukan niat di hati.

Percayalah walau sebelum ini aku tak pernah ucapkan, atau mungkin dalam nada gurauan.
Tapi kali ini aku mahu kau tahu bahawa aku sangat menyayangimu.
mungkin berat bagimu menerimaku,
tapi jika sudah takdir kita bersama Insyaallah jika bukan di dunia 
kau tetap miliku di Akhirat sana.

andai kau membaca coretanku ini, dan kau menyedari bahawa coretan ini aku tujukan buat dirimu.
kau renungkanlah seketika kata-kataku ini. walau ia tidak keluar dari bibirku.
namun ianya hadir dari hatiku yang paling dalam.

Jari-jemariku hanya menuruti kehendak hatiku yang ingin menyatakan apa yang harus aku ungkapkan.

Hanya untukmu Nur Cahayaku..

No comments:

Post a Comment