Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Thursday, January 26, 2012

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.




Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.


Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
.
Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
.
Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?

Soalan 44 : 
Apakah Maksud jeritan kuda ?

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
.
Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?


JAWAPAN DARI ABU YAZID

Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu 
adalah lapan Malaikat.

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?
Nama empat macam angin.

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?
Awan gemawan di dada langit.

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?
Perahu-perahu yang belayar di laut.

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?
Gunung Tursina

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?
Kuda.

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?
Bulan Ramadhan.

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?
Hari Kiamat.

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 44 : 
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.


SOALAN DARI ABU YAZID

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

والله اعلم


Kongsikan kepada rakan-rakan,semoga ianya bermanfaat kepada kita semua sebagai seorang ISLAM.

No comments:

Post a Comment