Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.
1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.
2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian
3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.
4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.
5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.
sebahagian dari post dalam blog ini adalah dari pemikiran aku yg tak seberapa, diharap sesiapa yang membaca tidak tersinggung dan tersalah anggap dengan penulisan di blog ini.. Harap maklum.. sebarang kritikan dan cadangan dialukan di ruangan comment.. kalau baik sebarkan kalau buruk nasihatkan.. aku hanya insan lemah
Tuesday, November 30, 2010
kelebihan syaitan berbanding manusia
Kita semua tahu syaitan adalah musuh manusia, mereka berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat. Syaitan tidak mempunyai kuasa apa-apa malah makhluk yang lebih lemah dari insan itu sendiri tetapi lihatlah sekeliling kita betapa ramai manusia yang membuat kejahatan bak kata orang tua ‘perangai mengalahkan syaitan’.
Sebagai umat Islam, kita disunatkan membaca
untuk mengelakkan dari tipu daya syaitan.
Namun begitu syaitan mempunyai atitude-atitude yang kita tidak sedari yang mereka amalkan menyebabkan manusia sering kecundang dek hasutan syaitan, iaitu:
1. Pantang menyerah
Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student “belajar biar ciput, result biar ribut”
3. Konsisten
Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur.
4. Sepakat
Syaitan setan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri.
5. Genius
Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat.
6. Tidak berkira.
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.
7. Suka berteman
Syaitan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego.

Label:
Islamik
Sunday, November 14, 2010
Kisah Hassan Basri
Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah.
Pada suatu hari, sedang dia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu dia terus mengekorinya.Bila wanita itu menyedari ada orang yang mengekorinya, dia pun berkata, "Wahai orang muda! mengapakah kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada ALLAH ?".
Jawab Hassan, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu." Jawab puteri tersebut, "Baiklah kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu sebentar lagi akanku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu.
Sebentar kemudian, datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan. Setelah dibuka bungkusan itu, amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh badan Hassan Basri apabila menyedari kesalahannya.
Pada keesokkan harinya dia pun pergi ke rumah tuan puteri itu untuk meminta maaf di atas kesalahannya. Lalu dia diberitahukan yang tuan puteri tersebut telah meninggal dunia. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam yang ketiga, dia telah bermimpi bertemu dengan puteri tersebut. Berkata Hassan, "Maafkanlah kesalahanku itu, dan berikanlah aku satu nasihat."
Jawab tuan puteri, "Dengarkanlah nasihatku ini, bila kamu bersendirian hendaklah kamu mengingati Allah, berzikir, beristighfar, mohonlah keampunan pada ALLAH dan bertaubatlah kamu kepadanya.

artikel
Thursday, November 11, 2010
Thursday, November 4, 2010
Renung-renungkanlah.......WaHaI SaUdArAkU..!!: F.e.R.y.C.o
Renung-renungkanlah.......WaHaI SaUdArAkU..!!: F.e.R.y.C.o: "Kenapa Diciptakan Neraka? Konspirasi Dunia, The Gate & KLCC Disebalik Anugerah Juara Lagu 24 dan Isu Masonic Hukum Orang Bukan Islam Me..."
Tuesday, November 2, 2010
BANTAH IFC BERSAMA-SAMA
Bantah IFC! Ini ancaman besar kpd Islam
Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.
Implikasi dan Bahaya Penubuhan IFCTiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
- Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
- Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
- Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
- Orang Islam bebas untuk murtad
- IFC berhak dan diberi kuasa menentukan status agama seseorang
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Penubuhan IFC
Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.
Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban anda semua sebagai orang Muslim di Malaysia ini untuk:
- Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya
- Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya
- Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan
- Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen
- Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya
- Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang
Sumber rujukan: http://geocities.com/bantah_ifc/
C.I.N.T.A
mude-mude dah gatal nak bercinta,
konon da cukup remaja,
tapi makan pakai pn mak bapak yang jage,
dah tak tau nak cakap aper,
kalau ditegur bukannyer nak dengar kater,
bila nasihat ader jer jawapannyer,..
darah muder...
macam tu ler...
muler-muler kenal sms n kol jer,
bila masing-masing da kenal mula la ajak berjumper,
dari berkawan jadi bercinta,
bila dah bercinta..
bila dah bercinta macam2 ragamnyer,
sesaat tak berjumper macam setahun lamernye,
itulah kata-kata manis si die,
bila berjumpa nak berdua ajer,
konon nk privasi katenyer,
dier tak tau ader orang ketiga,
yelah mender tak nampak di mate.
mule-mule bercinta semua cantik dimate,
yang panas pn sejuk katenye..
manusia manusia...
inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta..
tapi kalu buta dimana matanya..
cinta xkan datang kalu tak dicari,
cinta takkan dapat kalu tak diberi..
betul ker??
sukar untuk ku percaya..
tapi inilah hakikatnyer...
mind is the greatest gift
gunakan lah sebaiknya..
p/s_cintailah yang maha mencintai
wallah hualam
yang baik darimu yang maha kuasa
yang buruk juga darimu tapi ats kelemahanku..

Subscribe to:
Posts (Atom)