Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Wednesday, February 23, 2011

Wanita yang patut dijauhi oleh lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.


1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Friday, February 18, 2011

RELA

IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA


(RELA)






Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.


Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.



Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.



NILAI TERAS PASUKAN

SETIA
  • Setia Berbakti kepada Negara, Pucuk Pimpinan dan Masyarakat 
PATRIOTISME
  • Membudayakan Semangat Cinta dan Berbangga Terhadap Negara, Agama dan Bangsa
BERDISPLIN
  • Mempunyai Disiplin Serta Jatidiri Yang Unggul dan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang
DEDIKASI
  • Beriltizam Tinggi Untuk Menjayakan Misi dan Visi serta Matlamat Pasukan RELA
IKHLAS
  • Sentiasa Sedia Membantu Dalam Sebarang Penugasan dan Tanggungjawab Tanpa Mengharapkan Ganjaran dan Mementingkan Diri Sendiri
BEKERJASAMA
  • Bermuafakat, Bertolak Ansur dan Bantu Mambantu
BERWAWASAN
  • Berpandangan Jauh, Kreatif serta Sentiasa Berusaha Merealisasikan Wawasan Negara
MESRA RAKYAT

Berhemah Tinggi, Adil, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan serta Berdamping Rapat dengan Masyarakat Setempat




LIRIK LAGU RASMI RELA

gema rela

bergema laungan seruan suci dari ibu pertiwi
mohon jasa putra putri
angkatan rela sejati

menggempur musuh dimana saja
di kota atau di desa
walaupun sampai ke rimba
atau di tengah samudera

setiap langkah RELA berjasa
berjuang untuk negara
membela ibu pertiwi
biar apakan terjadi

inilah SUMPAH RELA sejati
Relawan dan Relawati
menjadi sumpah abadi
kami relakan berbakti

ma..ri..kawan mari kawan
mari kita bangkit bersama
kita gempur biar hancur
biar lebur sama sekali

ma..ri..kawan mari kawan
mari kita..sama ber..satu
itulah seruan kami
Relawan dan Relawati

marilah pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
bangkitlah kita bersama
membela NEGARA JAYA