Friday, January 7, 2011

Cara Menghafal Juzuk Al-Quran Guna Formula Matematik.


asSalamualaikumwarahmatullah...

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. 
Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga
Sunnah utk kita semua amalkan. 
Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?
Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran 
kerana setiap huruf diberikan 10 pahala,
tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah 
(dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yg dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. 
Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, 
kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.




Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
 Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan
 kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 
kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

3 comments:

  1. cuba lah gunakan,, jika ade kesilapan harap perbetulkan.. semua ni penting demi agama kita..

    nnti kita dikatakan mempermainkan al-quran pulak..

    ReplyDelete