Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Tuesday, June 28, 2011

Tujuh golongan yang din aungi Allah

Rasulullah saw bersabda :
“ Tujuh orang yang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :

1. Penguasa atau pemimpin yang adil,

2. Seorang remaja yang mengawal keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3. Seorang lelaki yang hatinya ditautkan kepada masjid-masjid.

4. Dua orang berkasih sayang kerana Allah, iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu dia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang berzikir kepada Allah Taala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya bercucuran air mata.

( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

8 bendera yang berkibar dan 7 golongan yang dinaungi Allah swt di padang Mahsyar



Di Padang Mahsyar nanti, bendera-bendera akan dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :

1. Liwaus Shidqi ( bendera kebenaran), dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar As-siddiq RA.Semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

2. Bendera Fuwaha’ untuk Saidina Muaz Bin Jabal RA.Semua orang yang alim akan berada dan berbaris dibawah bendera panji-panji ini.

3. Bendera Zuhud, untuk Abu Dzar RA , semua manusia yang menjiwai dan berusaha dengan zuhud akan berada dibawah bendera ini.

4. Bendera Dermawan untuk Saidina Usman bin Affan RA.Para dermawan akan berada dibawahnya.

5. Bendera Syuhada untuk Saidina Ali RA. Setiap orang yang mati syahid akan berbaris di bawah bendera ini.

6. Bendera Qurra’ untuk Ubayya Bin Ka’ab RA.Para qari akan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

7. Bendera Mu’adzin untuk Bilal RA.Para mu’adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.

8. Bendera orang-orang yang dibunuh kerana teraniaya untuk Saidina Husain RA.Orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada dibawah bendera ini.

Monday, June 20, 2011

PENGERTIAN SAHABAT,TEMAN ,RAKAN, KAWAN DAN KENALAN

Sebenarnya dalam hal berkawan kita bahagi kepada 4 bahagian.
1. Sahabat
2. Teman
3. Rakan
4. Kawan

Bila kita kenal dimana letaknya seseorang itu dari 4 bahagian di atas....kita akan kenal sapa yg baik & sapakah musuh. Nanti aku citer beza keempat-empatnya. Masa tu kita letak la diri kita dimana yg selayaknya...

1.Sahabat: dizaman Rasullulah, mereka yg rapat kepada baginda dipanggil para sahabat, kenapa? Sebab maksud sahabat ialah mereka yg sanggup berkorban nyawa, harta, mempercayaai, mengenal penampilan luar & mengambilkira penampilan dalam. Sentia...sa membantu ketika diperlukan & amat mempercayai sama lain. Harta, nyawa, kehidupan dan segalanya diletakkan ditempat kedua, kerana persahabatan itu yg TERUTAMA!! Adakah kita dikalangan seorg sahabat?? Klu rasa tidak....kita pergi ke pilihan ke dua...

2.Teman : siapakah yg layak dipanggil teman?? Teman adalah org yg memahami diri kita luar dan dalam, tetapi.....tak mengenal perasaan kita. Teman adalah org yg selalu membantu, ketika susah, tetapi masih ada limitnya. Teman juga adalah org yg... rapat ngan kita dan mungkin menyimpan rahsia hidup kita, sentiasa bersama kita tetapi mcm tadi, tetap ada limitnya....dan limit inilah yg membelenggu teman dari menjadi sahabat. Kekurangan teman adalah....mereka tidak percaya kita sepenuhnya & selalu membuat kita tertanya2.....klu anda rasa anda tak termasuk lam golongan ni....sila pergi ke no 3

3.Rakan : kita menganggap mereka ini sebaik org yg rapat dengan kita, tetapi sebenarnya, itu cuma perasaan kita!! Mereka ini selalunya adalah oportunis!! Atau penunggu peluang, bila kita berharta, terkenal, hebat....mereka rapat dgn kita, tap...i jika kita sebaliknya, mereka masih bersama kita, cuma taraf kita dimata mereka semakin rendah...itulah rakan, opportunis adalah mereka2 ini. Kalau anda rasa anda bukan....sila ke no 4

4.Kawan : kawan cuma mengenal luaran & penampilan kita sahaja. Segala gelodak dalaman kita, mereka hanya mendengar dan cuba utk simpati, tetapi hanya beberapa detik kemudian, rasa simpati itu hilang & diganti dgn perasaan menyalahkan kita pul...a. Tindak tanduk yg bernama kawan susah dikaji & dinilai, hari ni baik, esok bermasam muka. Hari ni ketawa, esok menjauhkan diri dari kita. Kawan adalah dari tafsiran yg bermaksud "hanya seketika".....dan itulah kawan. Kalau masih tak termasuk....kita ada satu lagi pilihan iaitu....yg ke-5!!

Yg kelima ada lah kenalan!!! Dan kebanyakkan kita berada di sini!! Kita kenal seseorg tapi cuma setakat itu sahaja, kita suka dengar cerita, tapi iti pun cuma setakat itu sahaja!! Kenalan akan mendengar & bercerita & berkongsi...tapi hanya ...ketika iti sahaja....seketika kemudian dia akan lupa semula tetapi masih tetap menjadi peneman kita....so....adakah kita termasuk lam golongan ini?? Jawapannya ada lam diri sendiri...dimana kita nak membentuk cara perhubungan sesama kita...





 
 
 
sumber dari sahabat saya : http://www.facebook.com/note.php?note_id=237437486271443

Sunday, June 19, 2011

Pak Uda (Zami Ismail) meninggal dunia




Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pagi tadi. Punca kematian beliau ialah serangan sakit jantung. Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.Selain itu beliau juga turut menghiburkan kita dalam beberapa drama dan juga filem. Beliau ialah ayah kepada pelakon sitkom spanar jaya iaitu opie zami.. Antara filem yang dibintangi oleh Alllahyarham Zami Ismail ialah Zombie kg Pisang dan hantu kak limah balik rumah Arahan Pengarah terkenal tanahair Mamat khalid..




Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Saturday, June 18, 2011

kerosakan Akhlak semakin menjadi-jadi

KL 18 Jun 11: Pilih... pemain @pengguna telefon bimbit boleh memilih permainan elektronik berunsur seks di Internet sebelum memuat turun ke telefon bimbit mereka. Begitulah, satu permainan elektronik yang diadaptasi daripada rancangan realiti seks terkenal di luar negara kini menjadi kegilaan remaja terutama pelajar untuk dimuat turun ke dalam telefon bimbit secara percuma.
.


Antara tarikan utama yang mendorong remaja memuat turun permainan itu disebabkan ia menggunakan visual manusia, bukan animasi seperti permainan elektronik lain. Melalui permainan ini, pemain bertindak sebagai jurukamera program itu dengan merakamkan aksi lucah dan berahi tiga gadis yang menjadi peserta program realiti terbabit.

Pada peringkat permulaan, setiap pemain diwajib menjawab soalan dan menyelesaikan beberapa halangan untuk ke peringkat seterusnya. Permainan itu cukup mudah dan memberahikan kerana setiap pemain disyaratkan menjawab satu soalan di setiap peringkat selain memujuk gadis dalam program terbabit. Sekiranya berjaya, gadis pilihan terbabit akan membuka pakaiannya satu persatu sehingga bogel.

Permainan bogel @ lucah seperti ini jelas bertentangan dengan ajaran @ tuntutan serta sistem didikan Islam. Pihak kerajaan perlu bertindak segera dan mencari jalan mengatasinya, jangan asyik menuding jari menyalahkan pihak lain.

Sumber : Akhbar Metro Sabtu !8 jun 2011

Monday, June 13, 2011

AWAS BAHAYA FACEBOOK


Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, saya ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah..
Adakah satu hari nanti, gambar kita pula yang diedit menjadi gambar lucah? Sekarang ini, beberapa web bangang telah dibuat khas untuk adengan bertudung. Hampir semua gambar di dalamnya diedit. Mana dapat gambar tu?

Di bawah ini pula, satu artikel yang saya petik dariserikandiumar93.blogspot.com, tentang gambar perempuan bertudung, dieksploitasi sehingga seolah-olah mendedahkan susuk tubuh badan.


ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI                                                                                              



Ulasan~

Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.

credit from : http://layarminda2.blogspot.com

Monday, June 6, 2011

Apa itu jujur dan ikhlas???



 Bila sebut  kasih, sayang dan cinta.. korang semua pasti tau dan pasti akan membayangkan  suatu situasi dan perasaan yang sangat indah (romantik lah kononnya) hehehe.. korang semua mesti pernah bercinta (“couple”) kan, pernah putus cinta @ kecewa tak kira lah dikecewa @ mengecewakan, tapi pernah tak korang semua fikirkan mengapa semua ni boleh berlaku dalam kehidupan korang..
Bagi aku ade yang boleh fikir, ade yang susah untuk fikir dan ade yang tak pernah terfikir pun tentang mende ni, couple ni nampak simple je kan, mula-mula jumpa, kenal-kenal tukar no pone.. pastu ari-ari sms, mkin lama makin seronok, makin suka..lepas tu luah isi hati mintak couple.. bila da couple makin lame makin seronok, makin lama makin suka, makin syang katanya…semua mende nak dikongsi bersama, nak klua p pasar ngan mak pun kena sms boyfren dulu.. takut t lau boyfren tau die kate kita tak jujur klua umah tak btau.. (bagusnya la pmpn ni kan ) bertuah sape dpat..
Yang buat aku hairan mende yang tak patut dan tak boleh dikongsi, dicerita, diberi tetap korang kongsi korang bagi korang cerita… apa benda tu korang fikirlah sendiri sebab korang pun pernah mengalami keadaan @ situasi ni..
Kenapalah ramai yang suka buat sesuatu tanpa berfikir dahulu, bila sudah berlaku sesuatu yang tidak diingini barulah nak menyesal menangis dan mcm2 lagi… sebelum buat tak mahu fikir.. yang lagi teruk ada yang sanggup membunuh…… sapa yang dibunuh dan kenapa dibunuh tak perlu aku cerita sebab korang semua da tau semua tu, mungkin korang tak perasan je sebab korang terlalu sibuk dengan kehidupan korang samapai lupa keadaan sekitar korang.tak pun korang tau tapi korang sekadar tak ambik peduli..hehehe macam iklan tv lak daa..
Ok la skg ni aku nak kongsi sesuatu ngan korang…korang tau tak apa itu setia, jujur dan ikhlas.. klu korang tak tau korang teruskan membaca dan fahamkan apa yang cuba aku sampaikan. Tak ramai yang tau mende ni sebab tu kebanyakannya gagal dan sering melakukan kesilapan dalam bercinta..hehehe mcm pakar je kan.. aku xde la pakar dalam bab-bab cinta ni..Cuma ade la pengalaman dari berkawan ngan orang-orang yang lebih tua ni.. huhuhu
Ok fisrt, jujur……ape jujur ni yer..?? kalau aku tanya korang comfirm korang jawab cmni ( jujur ni macam ni, bila kita cakap ngn seseorang tu kita xleh tipu kena cakap betul2, kena jujur ngn die..) panjang betul jwpan yang aku selalu trma.. sebenarnya jujur ni senang je, jujur ni maksudnya kata-kata..
 Ok skg aku bg tau korang apa maksud ikhlas lak, jap g aku buktikan pastu korang nilailah sendiri betul tak apa yang aku cakap ni….. ok ikhlas ni maksudnya perbuatan, setiap perbuatan yang kita lakuakn pada setiap orang mestilah ikhlas… betul x?
Ok sekarang aku buktikan apa yang aku ckapa tadi (jujur = kata-kata Ikhlas=perbuatan)
Ok aku bg contoh Solat, kita solat mestilah jujur dan ikhlas kalu tak solat kita tak khusyuk dan tak diterima allah s.w.t.. tul x?
Ok bila sebut jujur dan ikhlas dalam sembahyang korang boleh bagi tau aku kat part mana dalam solat kita tu yang dikatakan jujur dan kat part mana yang dikatakan ikhlas..???
Hehehe yes bagus la kalau korang jawab cmtu… memang itulah yang aku maksudkan.. macam kau cakap tadi jujur=kata-kata..dalam solat kita ade kata-kata kan..surah yang kita baca doa iftitah doa Qunut.. semuanya kata-kata yang kluar dri mulut kita tul x???
Ok Ikhlas = perbuatan, sujud, rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud semua tu perbuatan kita dalam solat kan..
So betul tak aku kata dalam solat ada jujur dan ikhlas, betul kan?? Kat mana>>>>>>>>kat perbuatan dan bacaan(kata-kata) kita dalam solat.. so skang terbuktilah yang jujur itu kata-kata dan ikhlas itu perbuatan.. so korang nilailah sendiri.. setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri..
P/s ; klu korang da fham apa itu jujur dan ikhlas, korang cri la pulak apa tafsiran setia, cinta , kasih dan syang..kalu korang dapat semua tu barulah korang cari korang punya cinta k..heheh kalau tak korang simpan jelah perasaan cinta korang tu..kalau korang semua faham dan dapat semua ni pastu korang dpat cinta korang, aku jamin korang dapat temui cinta sejati.. insya-Allah korang akan bahagia dengan cinta korang tu