Do what you want to

do,Dream what you want to dream, Go where you want to go, Be what you want to be, because you only have one life and one chance to do all the things you want to do...


Thursday, May 12, 2011

koleksi Pemimpin menghina Islam


Artikel ini aku petik dari laman web berita harian online
(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Tuesday, May 10, 2011

Propaganda Amerika


Setelah kejadian tembak-menembak yang kononnya telah membunuh Osama Ladenm di tempat persembunyiannya di Pakistan, Amerika dan Britain kini mula menuding jari dan menuduh Pakistan bersubahat dalam menyembunyikan Osama yang dikatakan pengganas.

Macam yang aku cakap dlm post sebelum ni, siapa Osama ni?? benarkah dia wujud??

1) Osama adlah pejuang Islam : Andaikanlah osama ni benar-benar wujud.. cuba anda kira peristiwa pengeboman tu bila 9 sept taun brpa?? da spuluh taun kan.. klu betul lah osama ni wujud, xkn lah xboleh dikesan.. 10 taun beb, stiap 1 @ 2 bulan Osama (Al-Qadeda) post stu video.. korang pun tau kan, coz mende ni msuk brta.. eheh Osama rakanm video guna apa?? batu ke?? @atau die pkai kayu... Of coz la die pkai Camera kan (video cam),, so xknlah satelit tak boleh kesan kedudukan die???

2) Osama watak yang di "create" : osama ni tak wujud dan watak serta penglibatannya sengaja dicipta oleh Amerika dan sekutunya , untuk menjatuhkan negara islam.. sebagai sebab untuk menyerang negara islam..,(dlm post aku sblum ni gambar bukti osama anggota CIA) Tim Osman..

bila kita kata osama tak wujud,atau wataknya hanya ciptaan, kita boleh andaikan bahawa osama ni sbhgian drpda Sekutu Amerika...??

bila da sepuluh tahun berlalu, satu dunia da tak ambik tau sal Osama, Akhirnya keluar berita bahawa Osama telah dibunuh dalam satu kejadian tembak menembak??? that the point??

Apa yang cuba aku sampaikan?? korang boleh bayangkan tak apa propaganda yang sedang dimainkan oleh Amerika sekarang??

1) Selepas ni watak Al_Qaeda akan top balik, kononnya menuntut bela atas kematian Osama bin Laden.. Al-Qeda menyerang Amerika, mengebom n mcm2 lagi?..

2) Amerika pun ade sebab nak menyerang mereka, n sekarang salah satu negara yang bakal diserang ialah Pakistan (ini cuma andaian aku), boleh jadi akan keluar berita bahawa angggota Al-Qaeda bersembunyi @ dilindungi oleh pakistan.. n then Pakistan akan diserang...

So korang boleh bayangkan tak?? apa la yang akan jadi selepas ini??
aku cuma bayangkan dan andaikan saja terserah lah kat korang heheh

kembali pada kisah Osama ni, mayat Osama (jasad) tidak pernah ditunjuk, hanya gambar yang dijadikan sebagai bukti kematian.,.kemudian dikatakan mayatnya dilemparkan ke laut.. Apakah Amerika sekarang semakin bodoh dengan menunjukkan kenyataan tersebut kepada dunia.??

Bukankah menjadi suatu kepelikan kerana Osama dikatakan bersembunyi di Pakistan sedangkan orang Pakistan sendiri dikatakan tak pernah berjumpa dengan orang arab disana apatah lagi melihat Osama Laden yang menjadi buruan kuasa dunia..

Tambah memelikkan, tempat persembunyian Osama berdekatan pula dengan akademi tentera Pakistan. Kini, Amerika dan sekutunya Britain mula mendesak Pakistan.. Hmm..Apakah Pakistan pula yang akan menjadi mangsa serangan Amerika selepas ini selepas Iraq, Afghanistan? Pakistan pun Negara umat Islam...Apakah benar perasaan aku ni terhadap permainan Amerika?

Dalam kejadian berasingan, Barrack Obama pulak dikatakan telah menonton video pembunuhan Osama Laden dikediamannya, White House bersama beberapa pemimpin Amerika yang lain. Err... kalau betul ada video tu, kenapa tak tunjukkan saja kepada dunia? 


mayat Osama yang dikatakan Mati


Gambar yang diberi pon memang sah di edit.. Apakah Amerika sudah tiada pakar untuk membuat super impose yang betul-betul nampak real? Stakat gambar bodoh macam tu, aku edit pun lagi cantik...Sama-samalah berdoa agar umat Islam terus selamat dari kegilaan Amerika dan sekutu-sekutunya.. Semoga Pakistan terelak dari menjadi mangsa Amerika yang seterusnya..

Komen aku : Osama tidak wujud, wataknya adalah watak yang dicipta sebagai boneka Amerika untuk memerangi dunia Islam.. (samaada dia bersalah @ tidak bersalah biarlah Allah s.w.t menentukan)

Monday, May 9, 2011

Utusan Malaysia Umno (Versi Khurafat)





Buat pertama kalinya aku agak terkejut lah baca perkara neh dalam akhbar. 
Aku sebenarnya taktahu bahawa ada susuk halal di malaysia neh 
even di dunia neh senang cakap lah kan. Okey katakanlah susuk neh tak halal
 jadi apa sebab utusan malaysia promosikan pula pemakaian susuk neh? 
Pada orang bukan islam? Aik.. akhbar neh kebanyakkan dibaca oleh orang islam aka melayu beb.
 So pandangan pertama aku apabila terbaca artikel mengenai susuk neh
 for sure lah susuk neh jenis susuk yang halal. Kalau sungguh halal, aku pun nak pakai beb
 Siyes.

Info yang aku dapat dari akhbar neh ialah ;

1. maksud susuk ialah memasukkan bahan asing ke anggota badan 

    tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.

Ini maksud dan tujuan dia. So halal ke tak halal neh?
 Aku sejujurnya rasa was2. Tapi kalau halal, aku sungguh buat. Siyes.

2. Dua jenis susuk yang di amalkan ialah ;

- susuk logam
- susuk ayat

3. Susuk bukan hanya utk dipasang pada wajah, malahan ia boleh dipasangkan di alat kelamin,
    payudara dan mana2 tempat yang mereka inginkan.

4. Pemakaian susuk neh pula bukan lama mana. Untuk ;

- susuk logam = 20 minit
- susuk ayat = kurang dari 60 minit

Dan bukan semua orang leh pasangkan susuk neh beb. Mereka guna khidmat bomoh.
Dan bomoh yang dipromosikan oleh utusan ialah ;

- Awang mohd haji yahya
- dia neh bomoh artis. Dalam erti kata lain dah banyak dah artis guna khidmat dia.
- cara2 dia pasangkan susuk kepada pelanggan ialah seperti berikut ;


1. tempat yang nak dipasangkan susuk ditandakan dengan sejenis alat berbentuk pensil.
2. Selepas itu proses pembacaan ayat2 pun di mulakan.
3. terdapat kain2 yang dipotong kecil diletakkan di tempat yang ditandakan utk 

    dimasukkan susuk tadi.
4. tujuan kain tersebut adalah utk memastikan susuk tersebut meresap masuk 

    ke dalam tempat yang ingin diperbaiki.
5. Kemudian bomoh akan tutupkan muka sang pemakai susuk sehingga ke paras hidung 

    [dari dahi sampai ke hidung] menggunakan kain kuning dan kain merah dari hidung 
    ke leher dalam masa 10-15 minit.
6. Tujuan sama macam potongan kain kecil tadi iaitu untuk membiarkan susuk meresap dalam badan sang pemakai.

Then lepas proses tue habis, selesailah.

Kata tukang bomoh neh kita kalau nak pakai susuk mesti ada niat yang baik. 
Tapi aku pelik. Kalau dah bersusuk di payudara apa kes pula? 
Takkan si bomoh neh pergi tanda [mark] bahagian tue pula? 
Kalau tak mark bahagian tue macam mana dia nak pasangkan susuk?
Dah kalau dia pergi mark benda tue, tak ke jadi haram?
Ke boleh atas nama perubatan? Woitt.. korang faham ke apa yang aku fikirkan neh?

Dan tukang bomoh neh siap cakap ada pantang larang kalau korang nak pakai susuk neh beb. 

Pantang larang yang korang kena follow ialah ;

1. Kalau korang pakai susuk, diam2 sudey. Jangan citer kat orang lain. Pandai makan pandai simpan.
Alamak. Cam buat kerja curi2 plak bai.Biasa kerja2 cam neh salah neh.

 Dan biasa kalau salah selalu haram dalam islam neh. Apa citer?
2. Selama sebulan si pemakai susuk tak boleh makan keladi dan rebung 

selepas dimasukkan susuk dalam badan mereka.

Fulamak.. aku makin pelik neh bai.

3. Tidak boleh lalu di bawah ampaian basah selama sebulan.

Kah kah kah.. aku dah memang pelik ..

4. Dalam masa tiga hari kuku tidak boleh menyentuh ataupun terkena pada wajah sang pemakai susuk.

Kah kah kah.. ini btl2 khurafat a.k.a khurafat

Adoiiyaii.. tolonglah jangan mengkhurafatkan umat islam. 

Neh siap promote dalam paper. Bagi no telefon.
Orang yang taktahu tapi teringin nak cantik mesti tertarik. 
Adoiiyaii.. utusan utusan ko neh makin parah lah..

From Sozcyili : khurafat versi 1malaysia kot.

Suara Mahasiswa


Mahasiswa koyak,pijak Utusan tanda bantah

KUALA LUMPUR, 9 Mei:Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(Gamis)
hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan
muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'

Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan
di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30
dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam
 yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.
















Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan
pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini
kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.

Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya
dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog
yang bersifat pandangan peribadi penulis.

Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap
pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut.

Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta
maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang
dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu.

"Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana
media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh
menjejaskan perpaduan di negara ini", katanya

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa
Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan
Utusan itu cuba mengautkeuntungan politik tanpa
mengira kesannya kepada rakyat di negara ini.


Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang
pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi
dilemparkan akhbar tersebut.



Pandangan sama turut disokong
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh.

"Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media
yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini,
 saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar
dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu
agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan
keharmonian yang sedia ada di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan
 tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut.

















Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar
utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit.

Komen Kembara di tanah gersang : Ramai ni je ke yg membantah..
mana suara anak-anak muda yang lain, mana perginya
mahasiswa universiti-universiti lain.. takkan sekadar pandang dan
lihat sahaja..xde sensitiviti pada Agama dan bangsa ker???

Wanita oh wanita


Klik.. klik.. klik..

Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).

Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :

1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)

2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.

3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati "Oh.. comelnya aku".. uwekk..

Entahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.

Pastu, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.."

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

Ada juga yang kata "U tu laki.. mana tau hati perempuan".. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.

Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin.

Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. "Apa hobi kamu".. dia menjawab "berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..". Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.

Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan". Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.

Apatah lagi family..

Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita?

Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?

Lalu, anda pun menjawab di dalam hati "Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. "

Kemudian, anda akan meletakkan@menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..

Kawan oh kawan..

Sebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata "album aku la paling lawa".

Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya "Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20.

Pak Cik pun bertanya "Setem yang ada di sini, biasa-biasa je.."

Anda menjawab "Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin..

Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..

Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..

Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..

Apa yang peliknya, anda "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.

Apabila orang bertanya kehairanan.. "Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?"

Anda menjawab "Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. "

Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.

Sunday, May 8, 2011

Adakah kita lelaki Dayus

Secara mudahnya cuba kita lihat apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)



Wallah hualam aku cuma mencoretkan Sedikit ilmu dari pembacaan, pengkajian dan pembelajaranku. Terserah kepada anda untuk menilai dan mengamalkannya...(Allah memberikan anda akal dan fikiran,gunakanlah sebaiknya)

Hukum muslimah papar wajah

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

(2) wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4)Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5)sabda RASULULLAH S.A.W.;
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2 jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semu alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat.

Wallahu’alam..-Al Azhar Addin

**mohon disebarkan pada yg lain, harap setiap orang dapat copy semua note2 d profile ana ini dan sebarkan pada yang lain sebelum ana delete profile ini.

from Amirul Hadi Facebook note;
dikongsikan oleh Group Badan Dakwah Dan Rohani (Badar)

Kenapa masih ramai yang malu menggunakan perkataan "Zina"


KOTA BHARU - Masih ramai dalam kalangan masyarakat di negeri ini masih segan menyebut perkataan ‘zina’ secara terbuka dan mereka memilih untuk menyebut perkataan lain yang dianggap lebih sopan dan menjaga keaiban.



Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim berkata, perkataan ‘zina’ seolah-olah menjadi fobia kepada orang yang takut kepada perundangan Islam dan mereka tidak gemar menggunakannya dan mempopularkan istilah lain termasuk bersama, hubungan jenis luar nikah, hubungan seks secara haram, persetubuhan haram, bersekedudukan dan berkhalwat.

“Dengan menyebut perkataan zina, masyarakat lebih nampak ada hukuman melalui undang-undang dan zina perlu disebut (secara langsung) bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menjauhi gejala sosial yang boleh mendorong maksiat.

“Melalui maksiat (zina) ini, ia membawa kepada masalah pembuangan bayi ini, malahan zina merupakan puncak kepada segala jenis perubatan jahat antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin,” katanya kepada pemberita semasa berucap semasa Seminar ‘Buang Bayi: Kita Mampu Menghentikannya (Penyelesaian Dari Sudut Syariah)’ di Hotel Raudhah di sini, semalam.

Dr Mohd Sharani, perzinaan itu boleh berlaku yang mana sebelum ini mereka berkenalan, berkawan, keluar bersama, berpegangan, bercumbuan sehingga membawa kepada zina.

Pada seminar julung kali berkaitan masalah pembuangan bayi anjuran Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan, ia mendedahkan peserta mengenai usaha menangani masalah pembuangan bayi.

Menurutnya, antara faktor yang membawa kepada zina, termasuk filem yang merosakkan, pakaian yang menjolok mata, ciri-ciri kehidupan ala barat, terpengaruh dengan kawan jahat, pergaulan bebas, bahan lucah dan lemah iman.

Menurutnya, Islam mendahului zaman dengan mengatur kehidupan umatnya sesuai sebagai satu cara hidup iaitu memperkenalkan pendidikan seks kepada umatnya yang dibahagikan kepada tiga peringkat.

“Antara peringkat umur ini termasuk antara umur tujuh hingga 10 tahun (mumaiyiz) berkaitan dengan adap meminta izin dan memandang dan antara umur 10 hingga 14 tahun (remaja) berkaitan dengan menjauhi daripada unsur rangsangan seks.

“Selain peringkat usia itu, lingkungan antara umur 14 hingga 16 tahun (bersedia) diajar adab-adab berjimak, jika sedia untuk kahwin dan selepas umur bersedia (pemuda) anak perlu diajar mengenai adab kesopanan maruah, jika tidak mampu kahwin,” katanya. 


















Sumber: Sinar Harian

Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Part 2


Sebelum aku da post kat korang 8 jenis game yang menghina Islam, seterusnya pada bahagian kedua ni aku kongsikan ngn korang 1 lgi game yang menghina islam..selamt membaca dan mengambil iktibar Insyaallah jika ada lagi aku akan kongsikan dengan korang semua...


9) Dante's Inferno

Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti LustGluttonyGreedAngerViolence, dan lain sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.


Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu... 

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

Inferno XXVIII, 19-42.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Jadi game Dante's Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Note: Inilah kajian yang dibuat oleh XLAWS sendiri pada game ni. Kalau XLAWS ada tersilap pasal info ni sila beritahu ye! =D